Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Mahu Jadi Blogger Juga.

Ini adalah April, dan dia sedang kebosanan di waktu cuti nya.
Satu hari, dia pergi ke rumah kawan baiknya, May. Ketika dia datang, kelihatan May sedang buat sesuatu.
Apakah tu agaknya? May kelihatan sangat2 menyukainya. Jadi, April pun datang dekat dan bertanya lah...
Oh...jadi rupanya May sedang berblogging.

Setelah beberapa ketika si April melihat si May berblogging membuatkan yang dia ikut teruja nak berblogging jadi dia pun pulang ke rumah dan mencuba sendiri.

Keterujaan mula menular dalam diri. Lagi2 bila dah kenal dengan blogger2 otai dan lihat pencapaian mereka dengan hanya berblogging dapat 'side-income'. Jadi April pun terus blog tentang pelbagai perkara yang dia lintas dalam kepalanya.

Sehingga satu hari, blog dia diserang oleh sekumpulan komen yang menusuk2 hati. Di tambah dengan keadaan blog dia. Maka dia ada terdetik "Blog aku tak cantik...".
Maka, dia pun mula rasa malas nak berblogging. Dan semua kembali seperti biasa. Bosan tampa buat apa2.



Inilah yang biasa aku tengok kat orang2 yang berblogging. Hehe~ Dulu pun aku macam tu sehingga lah munculnya blog ni yang aku cuba untuk serius. 

Tujuan untuk menyampaikan apa yang aku tahu dan pandangan aku sendiri. Memang seronok dapat berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada betul tak?

Tapi hati2, perkara yang terlalu personal akan menyebabkan kebanyakkan orang rasa kita sangat2 lemah dan malas untuk menginjungi blog kita apakan lagi membacanya. Kadang2 juga ia mendatangkan aib pada kita sendiri sebab tampa kita sedar perkara itu telah dibaca oleh sesetengah orang yang anda tak terfikir akan baca.

Lagi satu, jika ianya banyak sangat hal cinta-cintun lagi lah orang malas baca melainkan anda menyampaikannya seperti novel disertakan susunan ayat yang puitis dan mampu menggambarkan keindahan nya. Tapi malangnya TIDAK berlaku pada mereka2 yang sering tulis hal cinta mereka.

Apa2 pun, selamat berblogging!



+++++++++
P/s : Kepada sesiapa yang tak pasti bagaimana aku buat character2 doodle ni dan ada sikit2 ragu. Meh aku bagitahu bahawa aku lukis menggunakan Adobe Illustrator CS5 dan hanya menggunakan tetikus bewarna merah-hitam yang aku beli ketika belajar dulu. 

Ini adalah hasil idea aku sendiri ditokok tambah dari pemerhatian aku serta pengaruh lukisan2 yang aku lihat dan aku adaptasikan menjadi character2 ni. Aku bukan doodler, cuma aku malas lukis. Haha~

#3 Wordless Wednesday sembil9n.com

(boleh kan 2 kali?)





 What about a WordlessWednesday?





+++++++++
T-shirt dengan URL BLOG ANDA
 kini dibuka untuk tempahan!!
RM28 termasuk POSTAGE!!

 Klik sini!

Perlukan undian?

Di suatu hari yang mendamaikan, angin bertiup sepoi2 bahasa...

Makhluk Hijau terpinga2 dengan rakan2nya yang sibuk memancing undi. Jadi apa lagi, kena lah bertanya. Aku pun nak tahu juga. Hehe~
Oh! Event mingguan "Tolong unndi untuk aku!!" rupanya. Aduhai~ 

Haha~ Ini adalah susulan dari event2 yang di postkan di Facebook yang kian di jemput oleh rakan2 semata2 untuk minta tolong kita undi dia dalam sesuatu pertandingan atau seumpama tu lah.

Kadang2 perkara ni mengundang kemarahan orang...eh~ kejap. Bukan 'kadang2' tapi sering kali mengundang kemarahan. 

Sebab ianya sangat2 MENJENGKELKAN! (annoying) betul tak? Dan kadang2 timbulkan pergaduhan je.

Bagi aku, memang betul jengkel dengan perkara macam ni sampai kadang2 malas nak tengok event tu sampai ada kawan2 yang lain adu yang mereka terlepas event sebenar yang lebih penting dari vote2 kejadah tu.

Tapi aku selalunya akan klik NO atau REMOVE je. Tapi aku akan tengok juga dulu apa yang dia suruh vote tu sampai macam terlalu penting. Aku akan vote jika dia layak untuk di undi dan jika tak layak, jangan harap lah. 

Tak kira kawan ke bukan. Hehe~ Sebab bila kita mempertandingkan sesuatu, biarlah kemenangan tu secara bersih dan ikhlas orang nak pilih kita sebagai pemenang. Sebelum minta orang undi, fikir semula: 

Layakkah kita memenanginya? Kenapa perlu orang undi kita untuk pertandingan tu? Adakah hanya untuk kemegahan diri bila menang nanti? 

Bila kita megah, maknanya kita riak. Bila datangnya riak, dah lain hukumnya. Huhu~ Aku tak pasti tentang tu. Siapa tahu, sila terangkan.

Oh! Satu lagi, kalau anda rasa tak nak undi sila jangan maki dia. Sebab dia cuma pancing undi. Jika nak tegur, sila berkata dengan positif. Kalau anda buat kesalahan, nak ke orang tegur anda dengan makian? NAFSU! 

+++++++++
T-shirt kini dibuka untuk tempahan!! Klik sini!

Tutorial: Cara pasang comment Facebook di Blogspot

Ada di antara anda yang terfikir2 adakah mereka yang dibalas komennya akan membaca apa yang anda balas pada entry anda? Aku rasa rata2 mereka tidak pun melihatnya balik kerana terlupa akan entry tu. Jadi ada yang gunakan alternatif lain seperti Intense Debate, Disqus, CommentLuv, dan lain2 lah. Tapi kebanyakkannya memberatkan blog anda kan? Ye, aku tahu tu. Aku dah cuba semua tu. 

Sekarang, aku guna comment Facebook! Kenapa? Sebab majoriti blogger ada akaun Facebook. Apabila kita balas comment mereka, serta merta mereka akan dapat notification di Facebook mereka. Suka tak? Rasa nak pasang? Ni caranya: (sebelum apa2, sila buat Download Full Template dahulu!)

++++++++++++++++++++++++++++

1 - Seperti biasa, buka ke Design > Edit HTML. Tidak perlu tick pada 'Expand Widget' pun tak apa. Lepas tu, anda akan nampak macam yang aku warnakan ini:


2 - Tambahkan xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> dibawah selepas gml/expr' seperti ini:


3 - Kemudian dibawah perkataan <head> tu tambahkan kod:

<meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/>
<meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/>
<meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

seperti aku dalam gambar ni:


4 - Sekarang, anda perlu ke http://developers.facebook.com/setup untuk membuat aplikasi Facebook anda kalau belum. Kalau dah ada gunakan yang lama je. Dah register nanti akan keluar macam ni:


Benda2 yang aku highligh tu penting ye. Jangan buang lagi.

5 - Copy App ID anda tu dan letak dalam ruang biru di <meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/> tadi. (No.3) Jangan lupa isi kan juga yang sebelumnya <meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/> tu dengan nama atau tajuk blog anda. Lepas tu, isikan  <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. 

Mana nak dapat nombor Facebook? Caranya:
  • Buka Facebook anda.
  • Tekan Photo dan select mana2 Photo Album anda.
  • Copy nombor selepas titik di hujung link URL dan paste di ruang biru <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. YANG BELAKANG SAHAJA!
  • Contoh:

6 - Seterusnya, (ctrl+F) cari <data:post.body/> dan pastekan di bawahnya kod ini
<div id='fb-root'/>
&lt;script src=&#39;http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=id application facebook anda&amp;xfbml=1&#39;&gt;&lt;/script&gt;
<fb:comments expr:href='data:post.url' numposts='4'width='500'/>.

Seperti ini:
Seperti sebelum ini, gantikan perkataan yang di highlight biru itu dengan id application facebook anda dan nombor yang bewarna merah tu boleh di tukar2 ikut kehendak anda. 

Untuk numposts='4' bermaksud bilangan komen post yang terpampang. Dan width='500' adalah untuk saiz kelebaran ruangan komen itu. Laraskan ikut saiz blog post anda ye.

Selesai semua tu, klik Preview terlebih dahulu, kot2 ada error ke. Kalau tak ada, dan berpuas hati. Baru klik Save Template.

Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan di ruang komen ye. Atau Shoutkan je. Okay? 

Selamat Mencuba.

PERHATIAN: Jangan terpedaya dengan SPAM di FACEBOOK!


Assalamualaikum, ni aku nak sampaikan sesuatu pada kawan2 aku yang aku tahu sangat2 mereka ada Facebook. Jadi sah2 anda dah tahu tentang spam tu kan? Tak tahu? 

Apa itu spam?

Spam tu adalah sesuatu mesej atau link atau apa2 yang dihantar di internet berulang2 kali pada sesiapa saja. Nak tahu makna mendalam cari kat google.

Kalau di facebook, spam di datangi dalam pelbagai bentuk. Kalau mulanya datang dengan rupa 'teguran dari chat' lepas tu di event alert, dan sekarang terbaru adalah dengan rupa seperti ini:


Yang peliknya. Ramai pula terpedaya. Anda tak perasan ke dia tulis via iPhone?! Mereka2 ni tak teliti ke? Apa rakan anda tu ada iPhone atau tak? Kalau pun dia ada anda kena fikir rasional. Facebook takkan buat sesuatu pengumuman macam tu. Tak ada makna Facebook nak spam2 benda2 applikasi ni kat wall pengguna2 dia. Aduhai...


Mengapa Facebook warna biru?!

Assalamualaikum~! Rindu dengan entry aku tak? Apa tak? Okay, aku sedar aku tidak popular seperti mereka2 yang popular. Yang penting aku happy disamping orang tersayang. Hehe~ Okay, rata2 manusia di dunia yang tahu IT mesti ada Facebook! Bak kata AnwahHadi, bila manusia tak ada Facebook bagai dia tidak wujud! Wah! Dasyat je bunyi nye. Hehe~ Tapi persoalan ni juga biasa aku dengar dan ada pernah jadi perdebatan dan buah mulut orang. Betul? Mengapa Facebook warna Bebiru?! Hehe~ Aku pinjam ayat Masked Rider Kepong.

Okay, tahu kenapa? Jika anda lihat, dari dulu lagi atau maksud aku dari zaman thefacebook.com lagi ia dah di design kan oleh si Mark Zuckerberg dengan warna biru. Tertanya tak?

Di atas ni adalah rupa asal Facebook sebelum di transformasi dalam beberapa bentuk hingga lah yang sekarang ni. Segalanya nak biru kan? Dari ke pop-up dia pun nak warna biru, hingga kan kat applikasi telefon?! Kenapa?


Menurut labnol.org, Mark Zuckerberg ni buta warna merah dan hijau di skrin laptop tu. Patut lah dia pilih biru sebab tu je yang dia nampak. Haha~ Dan jawapan dia bila ditanya kenapa biru, dia kata "Biru adalah warna kekayaan bagi saya, saya boleh lihat semua dalam biru!" Haha~

Tapi menurut kajian kebanyakkan warna website adalah biru di ikuti warna merah. Wah! Kalau macam tu aku nak buat blog aku pun biru lah. Hehe~

Ustaz serang nombor-nombor.

Assalamualaikum, kali ni mungkin tak lah lucu mana pun. Sebab aku nak menyampaikan sesuatu dan lebih pada memerli je. Maaf kalau terasa. Aku sendiri pun terkena dengan perkara ni. Huhu~ Pedih2! 

Mengapa agaknya kita ni bila ada sesuatu yang menghiburkan oleh mereka2 yang ternama sanggup perhabis duit sampai tak makan sebulan pun tak apa. Asal dapat pergi tengok konsert atau apa2 yang lagho2 ni. Astaghfirullah~ Aku pun tertanya2 kenapa kita terlalu leka dengan hiburan dunia sedangkan ajal kita bila2 ntahkan?

Konsert yang kadang2 jauhnya berbatu2 dari tempat tingal kita tapi masih kita sangguh dekati dan melompat2 dalam asakan2 orang yang ntah apa2 punya bau ntah. Tapi bila ada ceramah agama seberang longkang depan rumah, kita tak sanggup nak datang? Kadang2 siap keluar pergi merayau mana2 ntah waktu majlis ceramah berlangsung gara2 nak elak malu dari orang kata "kenapa tak pergi?".

Aduhai manusia. 

Jika kartun2 animasi Malaysia berborak sesama mereka?

Maaf lah, jika tak rasa lucu sangat. Aku cuma terfikir anda masih ingat lagi ke kartun2 lama tu selepas kehadiran kartun2 yang baru ni? Aku rasa ada setengah dari anda tak ingat dah atau pun ada yang buat reaksi "Tak pernah dengar pun?!!" betul tak? Haha~ Jadi aku sebenarnya nak kenalkan serba sedikit mengenai kartun lama2. Tapi cuma nama je lah, info2 cari sendiri. Huhu~

Oh! Terlupa pula. Nampak tak Eddy (Rebirth Project) tu? Tahu tak tu animasi mana? Haha~ Kalau tak tahu baca entry aku tentangnya. Menarik!! AKU JAMIN 99.9%!

Kalau anggota badan ada Facebook?

Macam tu lah agaknya kan? Ingat2 lah ye anda2 semua. Anggota kita semua akan jadi saksi. Suara kita terkunci tak boleh cakap apa2 sebab kalau kita sendiri cakap, kita akan menipu. Selamat beramal! Jangan gaduh2 macam buah2 sebelum ni!

(Jangan lupa kongsikan jika anda suka dengan klik Like kat bawah)

Kawan dunia cyber dan realiti.

Aku dapati, di dunia cyber sekarang ni setiap orang boleh dapat beribu kawan. Tapi adakah realitinya macam tu? Di dunia syber cyber sekarang, ramai yang kejar siapa lebih ramai kawan. Tapi persoalannya, adakah anda mengenali kawan2 tu seperti di dunia realiti? Dan adakah realitinya anda ramai kawan? Haha~ kawan tu bermaksud apa bagi anda? Bagi aku, ianya orang yang benar2 ambil tahu mengenai kita, peribadi dan segala benda. Bukan sekadar rakan berborak atau bergembira dan bersosial. Mari tengok komik ni kejap.

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Kesimpulan dari cerita ni, kita sebenarnya tak kenal pun siapa yang kita tegur di dunia cyber ni dan itulah realitinya. Kita hanya akan mengenali mereka jika dia adalah kawan2 terdekat tetapi jika tak; agak mustahil kita nak mengenali mereka.

Apa2 pun, nak bersosial tak salah pun; ikut anda lah kan. Cuma ingatlah segala batas2 kebun yang telah ditetapkan dalam agama kita. Yang nak berwebcam tu, paham2 lah ye. Dunia ni makin kecik tapi dosa makin besar kita dapat dan sangat2 mudah! Kalau dulu ada pepatah “Telajak perahu boleh di undur, terlajak kata padah jawabnya,” tapi sekarang kita modenkan dengan  “Tersilap menaip boleh dipadam, tersilap posting besar masalahnya.” So, fikir2kan lah ye.

P/s : Kepada mereka2 yang suka tegur aku di IM Facebook, sorry lah kalau aku tak layan. Aku bukan kaki chat. Kalau penting je aku layan. Okay~

DrBook2u.com?

senget-26.1.11Hah! Ingat lagi kisah kononnya ada website yang nak menyayingi Facebook? Haha~ Tak perlu selindung panjang2 lah kan, tajuk entry tu dah jelas terpampang tulis DrBook2u.com! Cakap pasal drbook2u.com ni mesti anda akan fikir ia berkaitan dengan Dr. Rozmey a.k.a si rambut cendawan. Hehe~ Nak tahu tak yang dikatakan drbook2u.com ni tak ada kena mengena pun dengan DDR tu! Mana aku dapat cerita? Asalnya aku baca entry di bilatergigithalia.com lepas tu aku pergi sendiri ke fans site DrBook2u.com di Facebook. Hah! Memang betul pun!

Ha~ Pelikkan? Hari tu yang kita dengar kat media tu apa ke benda nya kan? Konfius kan? Apa makna semua ini DDR? Adakah satu penipuan? Huhu~ Rileks2. Aku rasa mesti ada sesuatu yang belum sempurna didedahkan.

Bagi aku, benda ni mesti ada cerita yang menarik untuk dikupas2 umpama bawang dan nanti akan menjadi cantik. (Eh~ Macam skrip Wajibtayang!) Okay, kepala aku ada terbayang sesuatu yang macam mengarut tapi macam masuk akal tentang DrBook2u.com! Hehe~ Macam detektif pula. Okay, aku mulakan keterangan mungkin perkara yang berlaku disebalik semua ni:

  • Ada kemungkinan DDR telah tahu dari awal projek DrBook2u.com ni dan telah pun bercadang nak beli atau ada share besar lah kononnya. Lagi2 sebab namanya ‘DrBook’ kan. Tapi malangnya dia tak berjaya mendapatkannya. Sebab tu lah sekarang macam sayup dah cerita laman sosial DrBook ni.
  • Atau pun DrBook2u.com takut terkena badi seperti cerita 2 Alam tu. Kan ramai orang yang tak berapa nak suka dengan Dr. Rozmey ni. Jadi bimbang Dr.Book2u.com ni pun tak ada sambutan jadi di katakan tak ada kena mengena.
  • Atau mungkin DDR sendiri yang tak nak dirinya dikaitkan dengan laman sosial ni walhal dia ada share besar dalam projek ni. Jadi dia nak selamatkan projek ni, ia dikatakan tak ada kena mengena. Bagus juga idea ni.

Itu je yang aku terfikir, tapi tu pendapat personal aku. Tak ada kebenaran mana2 pun, saja buat cerita. Hehe~ DrBook2u.com ni akan di rasmikan pada 2hb Februari 2011 nanti. Aku tak tahu lah macam mana interface dia. Tapi dari rupa yang depan tu, macam kurang sikit lah. Logonya kurang memuaskan, pemilihan warna yang bagi mata aku tak menarik, dan font Cooper? Moga di ubah nanti ye.

Aku bukan nak menjatuh sesiapa dalam entry ni. Aku sokong kedua2nya, Dr. Rozmey serta website DrBook2u.com! Sebab kedua2 adalah Malaysian! Aku sokong bila ada orang melayu nak cuba melangkah setapak kedepan. Tak kira lah meniru ke apa, sebab dunia sekarang lebih2 dalam design (atau seni) susah nak cari sesuatu yang baru. Apa yang boleh dibuat adalah olah jadi benda baru atau versi kita atau pun juga kita buat penambah baikkan! Jadi, teruskan usaha wahai Malaysian!

P/s : Aku baru tahu ada lagi satu laman sosial Malaysia iaitu 1Malaysia.com. Aku tahu pun lepas ia dah kena HACK! Haha~ Dari kata kawan aku, interfacenya terabur dan securitynya sangat lemah. Sebab tu kena Hack!

Siapa kata Facebook nak Tutup?

Berikutan dengan entry aku mengenai Pengganti Facebook, majoriti komen kat aku dengan mengatakan Facebook takkan tutup. Anda ni baca ke tidak entry aku? Mana ada aku cerita pasal Facebook akan tutup? Aku cerita pasal pengganti Facebook. Memang lah baru2 ni kita di kejutkan dengan berita Facebook nak tutup. Tapi sebenarnya pada tahun 2010 telah ada satu isu dunia berbangkit mengenai Facebook ni. Dan selepas2 tu mula satu2 isu mengenai Facebook muncul dari pelbagai negara. Dari isu agamanya ke macam2 lah.

Dan satu persatuan telah ditubuhkan dan menetapkan tarikh May 31 sebagai hari keluar dari Facebook! Semua sebab musabab ada di laman web mereka QuitFacebookDay.com. Kumpulan ini muncul kerana ramai yang hendak keluar dari Facebook. Rata2 alasan mereka adalah mengenai isu; Privacy. Aku pun tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan privacy yang mereka maksudkan. Sebabnya aku ni jarang guna Facebook tu. Facebook aku tu untuk contact kawan dan si dia je.

fB-gg

Aku dari 2009 dah ikuti isu Facebook ni. Mula2 memang macam rumors, tapi lama2 kes ni makin besar. Ntah lahkan. Semua benda dalam dunia ni bila ada kat atas dalam satu jangka masa yang lama, pasti akan jatuh jugakan bila sampai masanya. Mungkin ini lah masa untuk Facebook jatuh macam Myspace dan Friendster.

Pengganti Facebook.

Aku rasa mesti ramai tertanya2 mengenai ni kan? Memandangkan dah semakin banyak dah berita mengenai Facebook ni. Pengasas Facebook pun dengarnya dah serabut dah nak penuhi permintaan pengguna yang berjuta2 orang. Dia ni bagaikan Raja yang nak uruskan urusan rakyat yang berjuta atau aku rasa berbillion kot. MarkZuckerbergTu lah, kaya2 pun tak bahagiakan. Letih uruskan manusia ni, lebih senang urus ayam sekandang.

Jadi masih lagi tertanya pengganti Facebook? Adakah pengguna Facebook yang merungut dengan kurangnya privacy akan berbalik ke laman sosial yang dulu seperti Friendster, Myspace, atau mungkin ke laman Tagged kah? Apa~ Twitter? Aku tak kategorikan Twitter sebagai pengganti Facebook sebab Twitter ni menyediakan perkhidmatan berbeza dari Facebook. Tak percaya, daftarlah Twitter! Tapi apa yang pasti adalah mereka tidak akan kembali ke laman sosial lama itu kembali kerana ianya bukan lagi trend masa kini. Ish~ Susah gila nak penuhi permintaan manusia seluruh dunia!

Jadi apakah penyelesaian nya? Adakah ia akan terus jadi persoalan? Ah~ Banyak pula aku nak tanya. Sebenarnya telah banyak laman sosial yang baru telah pun mula dibangunkan. Ada yang telah aktif, ada juga dalam beta, dan ada juga yang dalam proses rangka lagi. Tapi dalam banyak2 ni, syarikat manakah yang berani mengangkat tangan untuk menyayingi Facebook Mark Zuckerberg ni?

Dari sumber, syarikat yang berani angkat tangan untuk lawan adalah:

Appleseed

Laman sosial ni masih dalam Beta lagi. Dari yang aku faham, Appleseed ni biasa je seperti laman sosial biasa yang ada. Boleh hantar gambar, video, ikuti perbincangan dan macam2 seperti laman sosial lain.

Dengarnya juga, laman sosial ni ada kelainan dimana pengguna yang akan menetapkan sendiri apa yang kita mahu. Kira macam kalau anda tak suka, anda boleh ubah ikut kehendak anda. Macam menarik je kan? Tapi aku still tak dapat nak bayang sangat lah. Katanya kita boleh download software dia, dan install kan pada mana2 web server serta terus plug kan site anda ke Appleseed anda.

Wah, macam bunyinya sesuai untuk blogger kan? Tapi apa2 pun kita tengok je la nanti. Dah nak launch dah rasanya.

 

Diaspora

fe1b89f510ecef30dd52360ede99165cDibina oleh Dan Grippi, Maxwell Salzberg, Raphael Sofaer, dan Ilya Zhitomirskiy selepas mereka berjaya mengutip fund sebanyak $200,000. Diaspora memberi maksud lebih kurang penghijrahan.

Dalam interview dengan New York Times, Sofaer berkata, "We don't need to hand our messages to a hub. What Facebook gives you as a user isn't all that hard to do. All the little games, the little walls, the little chat, aren't really rare things. The technology already exists”. Tetapi Salzberg menyatakan "Facebook is not what we are going after".

Untuk memulakan Diaspora ni, bagi aku agak rumit. Aku tak faham sangat keterangan dia. Tapi ni pun masih permulaan walau ia telah bermula digunakan. Mungkin satu hari nanti, ia dapat dipermudahkan untuk pengguna dan semua boleh guna. Sebab Diaspora dengan Appleseed tu lebih kurang penggunaannya. (Katanyalah~)

 

Elgg

Ni satu lagi laman sosial yang perlu di download software nya. Laman sosial ni telah pun beroperasi sepenuhnya. Walau bagaimana pun, Elgg ni berbeza dengan dua di atas tu. Sebabnya, Elgg ni di reka untuk syarikat atau kumpulan yang mengoperasikan laman sosial mereka sendiri.

Kira macam hosting2 lah. Paham kan? Eh~ Memang Elgg ni ada perkhidmatan hosting pun. Katanya, kita boleh mengendalikan site kita sendiri melalui Elgg ni. Macam2 idea mereka ni kan?

Tapi Elgg bukanlah satu pesaing Facebook, tapi bagi pengguna Elgg yang mungkin beranggapan begitu. Semuanya terserahlahkan? Jadi kepada yang nak try membuat laman sosial sendiri, inilah dia yang boleh hostkan laman sosial anda!

 

Lorea

Lorea ni melabelkan diri sebagai satu project yang membuat sistem sosial sibernatik yang selamat, dimana jaringan manusia akan bersamaan dengan jaringan di dunia maya. Penjelasannya agak pening sikit. Tapi dia macam nak buat gabungan dari laman sosial yang menyediakan rantaian komuniti seperti blogging dan real-time updates macam Twitter.

Tapi dari gayanya, macam susah je nak lawan Facebook kan? Aku pun tak pasti. Tengok jelah nanti.

 

OneSocialWeb

Ha~ Yang ini aku rasa tertarik dengan idea dia. Sangat menarik! Ia bukan sahaja nak menjadi satu laman sosial yang menyayingi lain, malahan nak menjadi laman sosial utama dimana pengguna boleh menggabungkan ke semua laman sosial.

Maksudnya, aku ada Facebook manakala anda ada Myspace. Secara logiknya aku tak boleh jadi member anda kerana lain laman sosial. Tapi onesocialnetwork ni berbeza, dimana boleh add mana2 laman sosial pun yang ada. Tu lah yang dia sedang usahakan. Baguskan idea dia? Tak faham lagi? Ni tengok video ni:

 

Pligg

Yang ini kena sebut betul2 atau akan bunyi macam perkataan lain. Haha~ Apa kelebihan Pligg? Ianya sama seperti Elgg tadi, cuma apa yang membezakannya adalah Pligg juga mempunyai sistem pengurusan pengisian.

Jadi aku tak rasa yang ianya hampir2 dengan Facebook. Sebab ia lebih macam, hosting2 ni kan.

 

Pip.io

Hah~ Ini baru berita gembira, sebabnya telah pun beroperasi! Yeay~ Maknanya dah boleh jadi pesaing Facebook. Tapi…

Ada tapi pula, apa yang tapinya? Laman sosial ini masih lagi dalam penaik tarafan. Sebabnya, banyak lagi link2 dan apa2 dalam laman sosial ni sedang di naik taraf. Kadang2 ianya tak menjadi bila tekan button itu ini.

Laman sosial ini lebih seperti Twitter berbanding Facebook tapi ianya mudah digunakan. Dan katanya boleh menggunakan Facebook dan Twitter dari dalam laman sosial ini. Walau bagai mana pun, ia masih dalam pembinaan.

 

P/S : Dari banyak2 ni, Pip.io je yang macam boleh saing dengan Facebook. Tapi macam masih jauh nak tandingi Facebook!

P/S : Semua artikel ni bukan pandangan dari aku, aku cuma terjemah ikut kefahaman aku dari blog orang lain.

Lagi kisah Facebook.

Apa lagilah isu kali ni ye? Facebook ni banyak kontroversi dalam pelbagai versi yang dibalas dari segenap persepsi penggunanya sendiri. Ambik kau ayat aku pun dah macam rappers dah. Haha~

Baru2 ni, iaitu semalam aku berblogwalking sambil dengar lagu2 di lappy aku. Aku ternampak satu entry mengenai Facebook. Tapi dah terlupa ambik link! Aduhai~ Aku tertanya tak habis2 lagi ke kes yang konon Facebook nak tutup?

FB

Tu cuma rumor, jangan dipercaya. Takkan lah dah berjaya dapat juta2 punya projek dan dah linkkan hampir semua manusia di dunia, nak ditutup pula? Mark tu tak lah bodoh sangat cuma berat sebelah je.

Kenapa aku kata berat sebelah? Sebab isu ni lah juga menjadikan katanya Facebook ni akan di sekat pengggunaannya di Malaysia!

fbb

Kenapa lah pula? Ini kerana menurut satu persatuan dan seorang menteri tu; kata ada isu penghinaan terhadap Perdana Menteri kita dan juga agama Islam! Aduh~ Dengan adanya Facebook ni, orang seperti berani bersuara dah kan? Tapi kan benda tu boleh di kesan.

Apa2 pun tujuan nak disekat adalah sebab risau akan keselamatan negara. Yelah, kan kalau nampak perbalahan apa semua tu akan menjatuhkan air muka negara kita habis negara ni.

Bila ada dunia maya ni, semua benda tak ada rahsia lagi kan? Senang2 je tersebar. Kalau dulu nak sampaikan pesanan dari Melaka nak ke Selangor masa zaman Kesultanan Melayu dulu makan masa berhari. Nak ke Kelantan dah berpurnama. Kalau ke Jepun, Belanda… ntahla. Silap2 kalau nak sampaikan gambar terbaru Sultan masa tu, pergi2 balik je Sultannya dah berjambang balik. Haha~ Tapi sekarang ni, boleh tengok live je apa2 yang berlaku di negara yang jauhnya berjuta batu. Pergi Utara-Selatan boleh balik hari je. Senang!

Ish3~ Macam2 dunia ni. Sememangnya nak kiamat dah. Insaf2lah~

Sebelum tutup Entry, ni gambar latest dari Facebook aku!

facebook-aku!

Haha~ Cool x? Kalau nak add aku, tekan button2 tepi ni. Yang ada biru, biru, oren.