(9) Esok aku di MEDEC Kampus.

Siapa pelajar UiTM mesti tahu apa tu MEDEC kan? Kalau tak tahu mungkin tempat anda belum dibangunkan atau mungkin anda yang tak ambil tahu hal kampus anda. Haha~ MEDEC ni adalah singkatan pada The Malaysian Entrepreneurial Development Centre dimana menggalakkan pelajar di UiTM berkenaan keusahawanan. UiTM ada menyediakan ruang untuk pelajarnya membuat perniagaan kecil2an di dalam UiTM. Kira kalau di sekolah adalah persatuan KOPERASI lah, tapi di UiTM ni pelajar yang jaga. Jaga bukan percuma ye, bergaji! Walau tak lah banyak macam kerja diluar tapi kira okay la kan.

Kenapa aku sibuk nak cerita pasal MEDEC UiTM ni? Aku siang esok bermulalah shift aku menjaga kedai under MEDEC di kampus aku. Aku jaga kedai stationary. Ada banyak barang di jual untuk kegunaan student Art and Design di kampus aku. Harga dia terbaik lah. Haha~ Alahai setakat jaga kedai je pun kan? Bukan susah mana pun. Agaknya lah, aku tak pernah lagi jaga kedai. Kalau lingkup kedai tu sorry lah ye.

Apa2 pun, beruntung tak beruntung jadi student UiTM ni? Banyak peluang yang UiTM beri pada pelajar2nya kan? Aku rasa universiti lain tak buat banyak perkara yang UiTM bagi ni. Kalau tak pandai ambil peluang dalam UiTM ni memang tak kemana lah anda. Haha~ Aku cakap berdasarkan pengalaman.

Untuk pelajar2 semester satu UiTM atau pun yang lepasan SPM bakal masuk UiTM nanti; bersedialah untuk rebut segala peluang yang UiTM berikan. Jangan duduk hostel study je. Setakat kalau kumpul pointer, four-flat tiap semester tapi tak ada skill2 yang menaikkan kendiri tak berguna juga. Kira macam buat kek tapi tak ada gula, telur dan atau sebarang perasa tambahan lain. Harap cantik luaran je, rasa keknya teruk! Umpama kata2 aku dalam di comment Facebook kawan aku:

ajdakl

kontroversi satu publisiti peningkat populariti miningkatkan kualiti dalam diri dan kehidupan kendiri”

Apa kena mengena? Haha~ Renung2kan dan selamat berakal.

Tiada ulasan: