Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Cukup bagus ke nak jadi Tuhan?

Assalamualaikum, kepada pengunjung2 blog aku. Sekarang ni macam2 perkara yang berlaku. Dan manusia kian berani dari hari ke hari. Bukan saja pihak bukan Islam tapi pihak Islam pun dah berani mencabar kuasa Allah SWT. Astaghfirullah...

Tapi aku tak nak sentuh bab yang Islam tu, kang jadi isu lain pula. Aku nak cakap tentang satu game yang di buat oleh Ubisoft. Aku tak pasti dah keluar ke belum game ni. Tajuknya ; From Dust, dan ini adalah sedutan videonya. 


Ubisoft, ni memang suka buat game2 yang stylo macam ni. Dan From Dust ni bukan game pertama bercirikan 'menjadi Tuhan' sebab sebelum2 ni dah berlambak dah. Game macam ni biasanya kita menjadi 'Tuhan' yang mencipta dunia. Air terjun lah apalah bagai. Game jenis ini ada peminatnya tersendiri. Walau ramai yang tak sedar game ni boleh melanggar akidah.

Tapi dari sudut positifnya kita boleh ketahui betapa rendahnya kita untuk mencipta sesuatu yang SEMPURNA. Pada setiap game2 yang muncul akan ada kelemahan masing2. Lepas kelemahan dikenal pasti, sikual seterusnya dikeluarkan. Tapi masih ada kelemahan.

Walau ia boleh melanggar akidah, tapi harap pemain game2 seperti ini perlu tahu batas2nya ye. Aku tahu ia sekadar entertaiment. Tapi hiburan lah yang boleh menyesatkan kita tanpa sedar.

P/s : Dah besar dah kan? Boleh fikir sendiri.

Osama Bin Laden mati - The New York Times.

Assalamualaikum semua, terima kasih sebab mengunjungi lagi ke blog aku ni. Jika entry2 sebelum ni hal dalam negara je, tapi kali ni aku nak sentuh sikit isu luar negara. Eh, apa pula luar negara. Ni kira isu dunia lah. Sebenarnya ia berkenaan, laporan akhbar New York Tismes yang bertajuk "Bin Laden Is Dead" atau dalam bahasa Melayu nya "Anak lelaki Laden Telah Mati". 

Mati? Mati?! Meninggal?!!

Betul ke kisah tu? Betul lah agaknya. Nak baca klik ini. Siap ada pengumuman presiden Obama juga.

Aku pelik sebenarnya, siap Osama bin Laden yang sebenarnya? Kenapa dilaporkan orang tempatan tak pernah pun dengar tentang Osama bin Laden dan Al-Qaeda (kalau salah perbetulkan). Dikatakan ia hanya propaganda pihak musuh untuk menjatuhkan nama Islam yang kononnya kita ni pengganas. 

Ganaskah kita ni? 

Haha~ Tak tahulah nak jawab. Ganas apanya pun aku tak tahu. Kalau kita pegang senapang, dikatakan pengganas. Tapi bila orang mereka pegang senapang dikatakan hero?! Apa lah!

Kalau betul kita konon nak pertahan negara Islam kita yang tercinta ni dari serangan musuh. Kita nak ke tutup muka? Kenapa mesti tutup muka? Itu bukan orang Islam lah. Orang Islam tak pengecut macam tu. Dan ingat kita nak bawa kitab suci kita Al-Quran kemana2 lagi2 masa nak perang? Ish~ 

P/s : Anda fikir je lah sendiri...

J-Pop, K-Pop dan Malaysia. . .

Assalamualaikum, jika anda peminat K-Pop, J-Pop, Ais Krim Pop, lollipop, mercun POP, serta pop-pop yang lain. Maaf jika tersinggung dengan entry aku ni dan mungkin akan kata aku cemburu dengan mereka. Hello~ Sikit pun tak goyah ye, aku ada dia. Seperti yang anda tahu, perkara2 POP ni menjadi kegilaan remaja2 kita. Tapi bukan POP yang biasa2 kita dengar tu. Ini adalah K-Pop dan J-Pop!  

Okay, aku akui aku juga salah seorang peminat industri muzik mereka. Penampilan yang unik dan sememang2nya kita sedar ia datang dari mereka. Maksudnya the original. Tapi dah mula pula orang yang berkulit sawo matang, berhidung agak kembang, berambut hitam kerinting nak tiru gaya mereka. Tak ada masalah nak tiru gaya muzik tapi sampaikan penampilan pun nak tiru tu apa kes?!

Kalau dulu kita di kejutkan dengan warga Indonesia yang meniru gaya K-Pop dan J-Pop dengan menampilkan kumpulan SMASH. Mereka popular dengan lagu 'I Heart You'. Dan respond kebanyakkan orang adalah:

  • "Ewwgh~! Geli doe!"
  • "WTF?!"
  • "GAY~!!"
Eh? Ada yang tak tahu ke? Ni dia video mereka:
Pendapat? Kalau yang boleh terima tu ikut lah ye. Sebab Muka melayu tetap ada dan...ewww! Aku rasa macam tengok lelaki yang nak ke arah gay. Serius! Sebab aku dah banyak kali berdepan dengan lelaki spesis itu (AKU TIDAK GAY!). Sorry, aku tak minatlah. 



Itu di Indonesia, tapi kini dah ada di Malaysia! Maksudnya dah ada kumpulan di Malaysia yang nak jadi sebahagian K-POP dan J-POP!! Okay, anda mungkin dah terbaca dari blog orang2 lain. Yang aku tahu ada 2 grup. Satu grup lelaki dan satu grup perempuan. Pendapat?? Totally TERUK!! 


24:7 tu adalah nama kumpulan mereka. Tak kisah lah kan nama apa pun sebab aku rasa macam cool je dah tu, tapi mereka tidak! Tak tahu kenapa aku rasa bila tengok gambar ni seperti aku tengok segerombolan lelaki homoseksual bergambar beramai2?! Maaf lah, aku tak boleh terima LANGSUNG! Bagi aku orang2 macam ni adalah POSER. Err~ Apa maksud POSER tu? Ianya seperti berpura menjadi individu lain, serta menumpang nama yang telah orang lain guna. Hehe~ Salah kot maknanya. Aduh! Aku sarankan anda lihat disini. Siap ada grup anti-24:7 lagi. Haha~

Dan, ini satu lagi kumpulan yang meniru2 K-pop dan J-Pop. Ye, aku akui sebagai lelaki mula2 tengok rasa WOW! Tapi lepas tu, "Astaghfirullah~" mereka ni rasanya melayu dan biasanya Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Sama lah dengan 24:7 tu. Kalau pun mereka tak berpendidikan agama, tapi sekurang2nya tahu adat dan budaya orang kita. Apa? Fashion moden? Siapa kata moden? Cuba cari sejarah skirt dari zaman bila? Siapa reka? Moden ke?!

Allahu-akhbar! Kiamat dah dekat sangat2 dah ni.

Daging tu haram dimakan!

Assalamualaikum! Kali ni tak nak kata panjang. Cuma nak post juga perkara yang kawan aku post. Kire Repost lah. Aku sumpah mengalir air mata tengok. Manusia makin kejam. 


Hah, jangan kata ni bukan Malaysia. Kat Malaysia okay! Anda boleh buktikan kat Malaysia okay ke? Walau kita negara Islam tak semestinya pekara2 macam ni ikut cara Islam. Kira macam kita Islam, dan adakah kita ni 100% buat perkara yang berlandaskan Islam? Kalau anda kata ye, cuba renung balik. Ye? 

Mengapa adanya pertemuan?

Sedar tak bertapa hebatnya Allah SWT yang merancang segala perkara dimukabumi ini. Dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara. Mengapa tiba2 akal aku terlintas perkara ni? 

Dalam perjalanan pulang dari pasar, aku berjalan sorang2 ke arah tempat tinggal aku kat sini (Terengganu). Waktu tu azan maghrib berkumandang dan kebetulan aku terpaksa melalui surau tu. Tapi semasa aku melangkah pulang tu, fikiran aku agak kusut. Macam2 yang bermain dalam kepala aku, macam2 persoalan yang aku tertanya2. Tiba2 aku ditegur oleh seorang lelaki yang ada diluar surau tu. Dia bertanya2 duduk mana, student ke, dan macam2 lah. Soalan biasa2 je. Sebelum dia beredar, dia mengenalkan dirinya sebagai Fauzi dan aku pun kenalkan diri aku. Dan dia berlalu masuk ke surau.

Hmm... Persoalan yang bermain dalam kepala aku bagai terjawab je. Walau tak ada apa yang diperjelaskan, tapi akal aku seperti memahaminya. Allah SWT nak aku bertemu-Nya dan pertanyakan semua persoalan aku pada Dia. Hmm... Sesungguhnya Dia tahu segala jawapan dalam dunia ni. Dia yang merancang segalanya di dunia ini, dari yang baik ke perkara yang kita rasakan buruk. Jika kita sesat, Allah ada untuk kita. Hmm... Jika kita keliru, Allah juga ada untuk kita. Subhanallah... Kenapa kita lalai? Kenapa kita kian lupa? Astaghfirullah~


Sedar tak masa anda berbelanja di Pasar Raya?

Aku khaskan sikit2 untuk kaum wanita, juga untuk kaum lelaki. Tapi lebih pada kaum wanita lah. Sebab memang tak di sangkal lagi, naluri dalam 9 nafsu wanita mahukan sesuatu yang baru dan cantik. Ada sifat yang suka membeli belah. Benda tu tak salah pun, apa yang salah adalah bersikap boros. Tak salah nak berbelanja, tapi jangan lupa; ikut kemampuan. Okay? 

Tapi zaman sekarang ni, bukan wanita je berbelanja; lelaki pun sama. Baik lelaki atau pun perempuan, kalau tengah berbelanja kadang2 macam tak sedar je masa dah berlalu. Siap boleh kata masa terlalu pendek. Jadi maknanya tak sedar juga lah waktu2 solatnya kan? Kebanyakkan pasaraya di Malaysia ni, aku rasa tak ada pun mengumandangkan azan dalam pasar raya mereka. Kenapa ye? Mengganggu ke? Tapi boleh pula peniaga2 pasang lagu yang ntah apa2 kuat2? Kenapa ye? Terfikir tak? 

Memang ada disediakan surau untuk umat2 Islam mengerjakan solat. Tapi kadang2 aku tengok, pasar raya punya lah besar siap ada jolokan paling besar di Asia Tenggara lah apa lah. Tapi surau atau ruang solatnya punyalah sempit. Kadang2 nak buat jemaah muat 2 baris je. 1 baris ada dalam 6orang. Okay, lah juga. Ada juga yang tak sediakan ruang solat pun. Susah sangat ke? Adoi lah, kadang2 di letakkan di tempat yang tak berapa nak selesa. Macam bilik genrator ke apa ntah. Macam tu ke nak dijadikan tempat ibadah?

Adoi~ Bila fikir balik, jahatnya lah kita ni kan? Kenapa lah kita selalu alpa dengan benda2 penting. Kita lupa kot pelajaran Kemahiran Hidup masa sekolah rendah dulu, mana kemahuan, mana keperluan, mana kehendak? Aku rasa itu perlu di ingatkan kembali lah. Sebab manusia sekarang lebih pada nak tenaikan kemahuannya serta kehendak. Keperluan yang dituntut ntah mana diletaknya. Kita selalu takut apa orang kata kalau itu dan ini, tapi kita tak takut dengan apa Tuhan kata dengan itu dan ini yang kita tinggal? Ish3~ Apa nak jadi dengan kita ni ye?

Cuba tengok video ni. Kenapa ye tak ada video macam ni di Malaysia? Asyik di ingatkan tentang perpaduan je, tentang agamanya macam mana?

(Video) Azan dan tangisan.

Ini sekadar berkongsi. Sebab sebelum ni aku ada buat entry yang menyentuh tentang rasa hormat kita pada azan. Orang Islam sendiri tidak menghayati azan lagi2 yang kaki dengar MP3 yang sumbat telinga tu. Orang yang duduk sebelah pun dia tak dengar lagikan azan yang sayup2 kedengaran di kawasan kota. Aku bukan lah sempurna imannya nak menasihatkan orang, nak marah orang lain. Cuma kita sesama Muslim, manusia yang sering alpa dengan keseronokan dunia.  Beringatlah dan saling ingat-mengingati. Okay?

Topik hormat.

xxxvcSedar tak anda2 ni? Zaman sekarang makin ramai yang tak ada rasa hormat. Dari kes tak hormat ibu bapa lah, guru lah apalah. Itulah dunia bila tiada lagi kasih sayang malahan kasih sayang tu di salah tafsir pula. Perasaan tu lebih dirujuk kepada kekasih iaitu pasangan mereka. Aku malas nak cerita tentang kapel2 ni sebab nanti panjang ceritanya. Aku nak stay pada topik hormat ni.

Hormat orang tua

Dewasa ini (skema gila), anak2 muda semakin hilang rasa hormat orang tua. Mereka hanya hormat bila ada kena mengena dengan dia je. Maksudnya mereka hormat ada makna lah, mereka inginkan sesuatu. Contoh mungki orang tua tu ada anak yang cun atau kacak. Tak pun mungkin sebab orang tua tu ada syarikat besar ke apa dengan harapan akan memudahkan urusan. Ish~ Tapi kalau lihat di realitinya, sekarang, kebanyakkan mereka tak hormat pun. Seperti, tak bagi tempat duduk di dalam bas/LRT, tak mendahulukan orang lebih tua dan sebagainya. Ala~ Aku rasa anda lebih tahu banyak lagi kan? Sebab aku ni duduk di area yang tak berapa nak bandar, yang area KL tu sumpah macam2 dah kan? Fikir2lah sendiri.

Hormat ahli keluarga

Dalam keluarga patut adanya rasa hormat menghormati. Bila tak ada rasa hormat, tu yang jadinya bunuh membunuh, khianat mengkhianati, dan macam2 lagi yang jahat2. Aku tak faham lah, kenapa sampai macam tu sekali. Mungkin ni semua atas tiadanya dasar agama lah ni. Hmm~

Hormat. . .

Yang ni paling aku nampak lah sekarang ni. Kat mana2 je, baik kampung, bandar atau mana2 pun. Sekarang ni ramai yang dah tak hormat azan. Bukan ke kita disuruh diam ketika azan berkumandang? Sekarang ni bila azan je memang ramai yang perasan tu, walau waktu tu tengah galak bergelak2, mendengar muzik, tonton televisyen atau apa2 lah. Tapi kita ni hanya memperlahankan je bunyi2an tu. Allahu-akhbar! Terkena juga batang hidung aku. Kita kan diseru untuk menjawab azan tu. Kalau tak tahu macam mana, pergi tanya yang tahu atau Google lah. Bukan suruh jawab je, tapi seboleh2nya waktu tu kita berhenti melakukan aktiviti dan teruskan dengan persediaan untuk mengerjakan solat. Adoi~


P/s : Ingatlah apa yang perlu dan apa yang tidak. Tanya diri anda, apa yang telah kita buat selama kita hidup ni? Adakah ianya keputusan yang betul? Muhasabah. . .

Tiada Mood…?

Hari ni sangat2 lah aku tak ada mood nak buat apa2. Rasa tak ada semangat je. Aku pun tak pasti kenapa tiba2 tak ada mood. Adui~ Waku2 tak ada mood macam ni susah nak siapkan kerja. Siapa ada jalan penyelesaian tentang masalah ni? Bosan macam ni. Huhu~

Aku sendiri ada beberapa cara untuk atasi masalah tak ada mood ni. Aku rasa nak kongsi lah sikit dengan anda. Tu pun kalau anda sudi nak menerima perkongsian aku ni lah. Hehe~ Macam kerek je bunyi kan? Hehe~

Okay antara langkah yang boleh kita buat bila kita dalam ketiadaan mood ni; keluar berjalan2. Ye, keluar berjalan2 adalah satu terapi untuk mengatasi masalah tak ada mood ni. Sebenarnya tak ada mood ni ada kaitan dengan kebosanan atau kemurungang. Mungkin anda bukan sesorang yang suka berkongsi dengan orang lain, jadi ni antara perkara terbaik untuk kita atasi masalah tiada mood ni.

Selain itu, cuba bergaul dengan sesiapa yang boleh. Bertukar2 idea dan bersosial tu antara perkara terbaik juga untuk kita lakukan bila tiada mood. Jangan menyendiri atau erti kata lainnya bersendirian dan menjauhkan diri dari orang lain. Ini kerana nanti otak anda akan sentiasa mengeluarkan kata2 negatif kepada diri anda. Ia membuatkan diri anda makin murung. Jadi, pergi lah bergaul2. Jangan melampau batas dah lah ye.

Dari tadi asyik antara yang terbaik je, mana terbaiknya kan? Haha~ Paling baik adalah mendekatkan diri dengan Tuhan! Kalau kita dapat ubati penyakit rohani ni, gerenti segala hari2 kita akan tenang dan lancar. Kalau kita jauh maka gelap lah jalan kita. Ingat lah Tuhan sentiasa menyebelahi kita dan akan membantu hamba-Nya.

P/s : Sebenarnya aku yang tiada mood sekarang ni. Tapi aku tulis blog untuk meluahkan sesuatu. Blog ni perkara yang memuaskan perasaan dan hati aku. Seronokkan? Hehe~

Status pelajar di Mesir membimbangkan!

Terkejut selepas membaca blog hasil penulisan Arif Shah yang menyatakan berita mengenai keadaan pelajar2 di Mesir. Aku tiba2 risau lah pula, padahal aku tak ada pun saudara-mara disana (rasanya). Tapi aku ada beberapa kawan yang belajar disana. Aku memang dah tak dapat menhubungi kawan2 aku kat sana dah. Aku asalnya memang tak tahu tentang krisis ni. Tapi lepas ternampak link entry blog Arif Shah  dari ‘adik’ aku baru aku tahu apa terjadi. ‘Adik’ aku ni ada abang kat sana jadi dia memang tengah risau gila.

Aduhai~ terfikir macam mana keadaan kawan aku kat sana. Aku jadi agak risau sebab dikatakan krisis disana sangat2 dasyat. Mereka mencari pelajar Malaysia! Apa mereka nak buat? Mereka sangat2 dalam kesusahan sekarang ni.

Dari entry Arif Shah, aku menjumpai link ke blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita yang menceritakan status pelajar disana. Dikatakan kita tak dapat berhubung dengan pelajar di sana sebab kerajaan mereka menyekat talian2. Dari yang aku bayangkan, keadaan amat huru-hara dan semua polis dah tak buat kerja kepolisian lagi. Risau betul!

Berita terbaru adalah pelajar2 itu akan dibawa ke negara2 jiran berikutan keadaan semakin tegang. Mereka akan dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Aku petik dari Berita Harian. Jumlah rakyat Malaysia disana adalah 11, 000! Hmm~ Risau2. Aku tak tahu apa yang aku risau, tapi aku risau. Moga segalanya selamat.

P/s : Mereka terpaksa hadapi risiko untuk menimba ilmu, sedangkan di Malaysia ini ramai pelajar yang ponteng, lompat pagar sekolah, bermalas2an. Malaysia ni tenang je setakat ni, itu pun tak nak belajar lagi. Bersyukurlah!

How Proud You As Muslim?

Wah~ Apa kena aku buat tajuk english pula ni? Hehe~ Sebenarnya saja je, nak tarik perhatian sikit. Sekali sekala kita kena juga muhasabah diri. Hari aku tulis entry ni adalah hari yang aku amat2 kosong dalam fikiran aku. Bila minda aku kosong, aku akan mula perlahan2 muhasabah diri sebab bagi aku, waktu minda kosong tu lah mudah untuk kita tingkatkan peribadi kita.

Aku tengok di mana2 ada je slogan “I’m Proud to Be Muslim”. Pada t-shirt, pada sticker, pada kereta, paling banyak pada grup di Facebook! Dan banyak dah orang guna slogan ni.

senget-26.1.11

Tapi persoalan yang muncul dalam kepala aku, seberapa banggakah kita sebagai Muslim? Pernah tak anda fikir? Dalam sehari berapa kali kita sebut perkataan Allah, selawat ke atas Rasul kita, istighrfar dan paling penting ucap alhamdulillah. Aku rasa boleh dibilang dengan jari je. Tapi cuba renung pula, berapa kali dalam sehari kita mencarut atau sebut perkataan negatif? Aku rasa boleh dikatakan setiap ayat yang kita sebut adakan? Dan kebanyakkan dari kita akan menyebut perkataan yang bukan2 bila melatah, bila marah jangan kata lahkan?

Ish3~ Tu dalam sebutan kita. Macam mana dengan perbuatan kita? Pergaulan kita? Dan kehidupan seharian kita? Adakah segalanya berlandaskan tuntutan agama? Aku pun tak boleh fikir dah. Bila kita muhasabah macam ni, kesannya cuma 2-3 minit je. Paling lama pun 2-3jam kot. Mungkin kerana tiang asasnya tak kukuh kan?

Aku menasihati ni pun atas sebab diri aku dan pemerhatian aku pada mereka2 disekeliling aku. Islam kah kita ni?

Ada pernah sekali tu aku dengar Ustaz cerita, ada siswa siswi tidak solat dari kecil atas alasan tak ada yang ajar. Astaghfirullah~ Sebenarnya banyak alternatif untuk kita mendekatkan diri ni. Macam kata2 “malu bertanya sesat jalan”, maka bertanya lah sesiapa. Jika malu juga, cuba cari bahan2 yang berkaitan. Cari bahan hiburan boleh pula tahu je sumber2 kan? Terbalik dah dunia sekarang ni. Selain tu, ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu.

Tiada Alasan untuk terlepas Solat.

Tengok video ni, aku terasa macam bodohnya diri aku. Kadang kita ni dengar pelbagai alasan bila ditanyakan? Tapi buat kejahatan tu tak boleh pun di boleh2kan. Adui3~

P/s : Agak2 kita ni ke syurga ke? Ingat tak lagi kita pada asas Islam?