Penghargaan Blog dari sembil9n.com

Aku tak tahan dah tengok blog ni. Hasil berblogwalking dari satu blog ke blog lain sangat2 berbaloi lepas jumpa blog yang aku rasa patut di ketengahkan. Tapi ia akan jadi ke tepi kalau anda letakkan bannernya di sidebar anda. Hehe~ Blog ni sangat2 kreatif dan sangat berbaloi kalau nak di adap lama2 sebab menghiburkan.

ccccccIanya adalah blog shada wentz! Blog dia yang bernama shadawentz.com dengan bercogan katakan “where creativity becomes priority” rasa2 anda dah boleh agak blog beliau sangat kreatif kan?

Hehe~ Sangat comel karekter2 yang dia buat. Blog dia aku boleh kategorikan sebagai blog yang menghiburkan. Ia berkisarkan tentang kehidupan seharian. Bukan kehidupan beliau je, tetapi kehidupan semua orang. Aku rasa dia ni pemerhati yang bagus lah. Sebab kebanyakkan entry dia ada kartun2 yang dia lukis sendiri! Hebat gila! Paling syok kartun2 tu lucu gila!

bbkjlhj

Aku tak pasti beliau lukis guna apa, rasanya cuma guna Paint je. Tapi tu tak penting, sebab ianya identiti beliau yang ramai menerimanya! Aku kagum sebab beliau seorang perempuan (rasanya) dan seorang pelajar (agak je). Aku dari tengah hari sampai kepetang tak tutup tab blog beliau sebab entry dia menarik gila. Haha~ Last2 aku kena juga stop sebab beri peluang untuk aku tengok blog lain dan selesaikan kerja lain pula. Huhu~

Seterusnya anda pergilah lihat sendiri blog beliau! Aku jamin anda tak akan rugi sebab ianya sangat menarik! Kepada shada wentz, aku nak katakan:penghargaan

 

Teruskan berblogging!

1 ulasan:

nurulsyaheera :) berkata...

best blog dia <3