Aku ingat rancangan ni dah habis dah. Rupanya ada lagi? Sudah2 lah dengan hiburan tu. Cukup2 lah dengan menambah artis2 yang tak ada kualiti. Sengatnya dah tak ada dah Akademi Fantasia ni. Makin lama makin bosan. Banyak artis produknya yang kian hilang entah ke mana. Sekarang ni dah masuk musim ke-9 pula. Apa pula cerita kali ni?
Dengarnya kali ni adalah musim terakhir siarannya. Betul ke? Oh, mungkin sebab tu juga nak gunakan artis yang besar pengaruhnya sebagai pengetua? Seperti yang anda tahu, mereka nak gunakan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19! Persoalannya adalah kenapa gunakan orang Indonesia? Ini bukan deskriminasi terhadap rakyat Indonesia, cuma kenapa tak gunakan rakyat Malaysia? Artis Malaysia dah tak ada? Kalau dah tak ada, tak payah lah buat penyiaran. Ni semata2 kerana duit kan? Ish3~
Yang boikot2 memang ada tapi lebih ramai yang menyokong. Tak percaya pergi tengok masa ujibakat. Tunggu dari sebelum Subuh pun ada. Jadi Subuhnya macam mana? Tak termasuk dengan yang datang dari jauh lagi. Datang semata2 untuk perkara lagho macam ni? Aduhai~ Dengarnya sekarang ada uji bakat melalui YouTube pula. Makin banyaklah benda2 mengarut di laman kongsian tu. Aduh~
Cuba kita lihat rancangan berbentuk agama. Banyak yang macam di buat atas sekadar ada je. Publisitinya pun ala2 hidup segan mati tak mahu je. Sampaikan kadang2 ada manusia di Malaysia ni tak tahu kewujudan rancangan realiti TV berbentuk keagamaan. Mereka2 ni adalah golongan yang kurang tonton TV tapi boleh tahu tentang Akademi Fantasia. Ni media punya kerja lah ni. Aduh2~ Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “Buka minda, buka hati…”.
P/s : Kenapa tak ada Akademi Azan? Ke ada aku yang tak tahu? Cara azan pun ada. Macam nyanyian juga. Azan ni kena sedap dan dihayati baru orang yang mendengar rasa. Ni nyanyian atas pentas nak dibangga2kan, suruh azan malu2. (Ni aku yang buat ye. Bukan media –> )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan