Oh! Baru aku ingat!
Apa dia?
Pembayaran adalah melalui bank-in ke akaun aku. Kejujuran dalam urusan jual beli ini adalah amat penting. Harap anda bekerjasama ye.
Terima kasih kerana menyokong!!
Assalamualaikum semua yang datang ke blog aku. Kali ni aku cuma nak buat satu entry pendek je. Aku kurang keseronokkan harini. Hehe~ Masih berfikir nak buat apa sebenarnya. Jadi aku semak2 blog aku dan aku mendapati ada seorang telah join segmen Hari Bumi aku tu, dan masih lagi open sampai malam ini. Blogger tu adalah Cik Huda! Terima kasih kerana menyertai. Aku dah baca entry dia dan bagus untuk dia. Menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita sebagai manusia yang tinggal dibumi ni. Pergi lah baca entry dia tu. Blog dia pun bagus tak terlalu peribadi macam sesetengah orang perempuan tu kan? Hehe~![]() |
| Ini Desktop aku punya lah. |
![]() |
| Poster Blogger Tercinta |
![]() |
| Wallpaper Blogger Tercinta |
Assalamualaikum, ramai dah tanya aku macam mana nak susun buat blog macam aku? Mana dapat template, macam mana buat itu, macam mana buat ini dan banyak lah. Kadang2 soalan sama berulang2 je. Ke anda yang baca ni pun tertanya2 juga?
Okay, sebenarnya caranya simple je. Semua yang aku guna adalah yang telah sedia ada di blogspot ni. Cuma kena main2kan dengan warna. Untuk design2 Header, Button, aku gune Software Adobe je. Okay, meh aku ajar sikitlah ye. Mungkin ada yang nak tahu.
Mula2, pergi Designer Template dan pilihlah template.
Aku biasanya amik Template Simple @ Picture Window, sebab mudah bagi aku untuk di padan2kan bentuk dan rupa. Dalam entry ni aku gunakan Tamplate Simple (black).
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya pergi ke tab Background. Disini anda boleh letakkan background yang anda suka, terpulang lah. Tapi entry ni aku akan letakkan background bunga2. Untuk pilihan bacground, aku suka pilih di sini.
Selepas Upload gambar pilihan anda. Klik Done. Gambar yang diupload akan automatic Tile, & Scroll with page. Sila untick Scroll with page.
Ini adalah kerana untuk page blog anda lebih tenang di pandang oleh pelawat. Bila di scroll gambar berbunga/bercorak2, mata kita akan rasa serabut atau tidak selesa. Tak percaya cuba. Untuk Theme tu, terpulang pada anda nak gunakan tema warna apa untuk blog anda.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya, pergi ke tab Adjust Width, disini anda akan mengubah saiz kelebaran blog anda. Ini penting kerana untuk memastikan keseimbangan blog anda. Seimbang dari segi apa? Itu yang kita tak tahu. Hehe~ Okay, seimbang dari segi entry post dan sidebar.
Dalam entry ni, aku gunakan kelebaran Entire blog adalah 1000px manakala Right sidebar adalah 360px. Itu saiz biasa aku gunakan supaya blog tidak nampak terlalu sempit atau pun semak.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Teruskan ke tab Layout. Pentingnya bahagian ini adalah untuk menjadikan blog anda kemas. Nanti akan aku terang lebih lanjut. Jadi, dalam ni aku gunakan Layout seperti berikut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Akhirnya, sampai ke tab terakhir iaitu warna2kan blog. Pergi ke tab Advance. Lompat terus ke tab Background untuk ubah latar belakang dulu atau keseluruhan Layout.
Padankan warna Main Background dengan warna Outer Background atau jika gunakan background seperti diatas padankan dengan Background. Jika menggunakan header transparent, sila Transparet kan warna Header Background. Tapi jika anda nak warna pun boleh. Untuk panduan warna, sila baca entry lepas.
Selepas itu, sila balik ke Page Text untuk padankan warna tulisan entry dengan warna2 background yang anda telah pilih. Pastikan ia mesra dengan mata kita ye? Selepas itu, terus ke bahagian Links kerana ia sama seperti tulisan untuk entry sebab orang nak baca. Tapi untuk link sebolehnya biar agak kontra supaya orang boleh membezakan link dan tidak.
Dah? Okay, sekarang untuk tab yang Blog Title, Blog Description, Tabs Text, & Tabs Background tu boleh abaikan jika anda tak gunakan pun dan biasanya aku tak pakai pun. Jadi aku tak terangkan kat sini. Maaf~
Kita langkau ke Post Title pula. Sila gunakan Font yang mudah dibaca, dan besarkan saiz taju supaya orang tahu itu tajuk bukan entry.
Seterusnya, untuk Date Header, Post Footer, Gadget tu sila edit ikut anda. Pastikan Font yang jelas, warna yang padan serta mudah dibaca ye. Aku nak langkau terus ke yang lebih penting bagi aku iaitu di tab Images.
Di tab Images ni anda hendaklah berbuat demikian:
Nampak tak? Background Colour hendaklah di transparentkan beserta Border Colour. Ini adalah untuk gambar berformat .png atau gif tidak mempunyai background seperti yang selalu aku buat dalam entry. Fahamkan? Maksudnya gambar pun backgriund transparent. Hehe~ Caption Text Colour tu jangan transparent. Kot anda nak letak caption, tiba2 tak keluar pula. Kan?
Dah selesai semua? Tekan butang Apply to Blog. Di penjuru kanan atas screen anda.
Hah~ Itu lah cara aku warna2kan blog aku. Kena banyak main2 warna je. Lepas tu untuk susunan widget, aku akan buat entry yang lain ye? Selamat mewarna blog!
Ingat lagi segmen ni? Ada peserta pertama telah join segmen ni iaitu Cik Biela dari chocococoklate.blogspot.com. Dia minta header simple je dari aku dengan ada gambar dia kat header tu. Tak kisahlahkan macam mana pun yang dia minta. Aku cuba je buat.
Tak ada halangan pun jika nak minta aku buat kartun2 atau apa pun. Aku akan cuba sebab aku dah blurr tak tahu nak design apa. Dengan ada request ni boleh lah aku mengarut2 sikit dekat design anda sambil2 dapatkan idea sikit kan? Hehe~ So, macam mana header hasil kerja aku?
Tu adalah header asal yang ada pada blog Cik Biela dan aku telah mengubahnya menjadi seperti…
Okay tak? Menurut Cik Biela kita tu, dia kata dah cantik. Fuh~ Bernasib baik. Aku risau je. Nasib lah dia kata okay. Haha~ Apa2 pun, terima kasih ye Cik Biela sebab join segmen tu. Semoga bersemangat lagi untuk berblogging. Dan anda pula, jangan tak singgah blog dia ni. Best ni!
Kepada yang nak join, peluang masih dibuka. Sebab minggu ni baru satu je. Lagi satu boleh siap untuk minggu ni. Kalau lambat, kena minggu depannya. Hehe~ Nak join, sila klik ni untuk ke entry lepas.
Apakah yang aku maksudkan dengan kawan dalam kartun? Adakah ianya berkisarkan tentang kita mengenali kawan semasa menonton kartun? Ah~ Bukan! Adakah ia mengenai persahabatan yang terpisah lama dan ada tragedi di sebalik pertemuan dan perpisahan dalam sebuah cerita kartun? Bukan! Jika semua bukan; apakah ia? Sila jelaskan~
Ia sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan rakan blogger di dalam dunia maya dan tak pernah berusa muka. Eh? Jadi mana kartunnya? Haha~ Apa lah skema sangat ayat2 aku ni? Rileks2 dah lah kan? Okay, sebenarnya entry ni nak mempersembahkan artwork latest aku. Baru siap pagi tadi dalam jam 7.15 lah lebih kurang. Tapi aku tak puas hati lagi sebenarnya. Kalau ikutkan memang tak ada pun artwork aku yang aku pernah puas hati. Sebabnya macam tak cukup je. Haha~ Tapi tak apalah kalau banyak2 nanti serabut pulakan? Nak tengok?! Tutup mata semua…kira sampai 3 baru buka ye? 1…2…3…! Buka! Haha~ Still tak ada. Cuba scroll bawah2 lagi sikit ye.
Itu dia! Cantik tak? Hehe~ Sebenarnya yang depan tu je. Tapi karektor aku tu saja tambah untuk entry ni SAHAJA. Itu adalah gambar kartun untuk pemilik blog Bila Tergigit Halia iaitu @EmanTheHalia. Aku bukan buat suka2 ni, dia yang minta. Kira tanda terima kasih lah sebab selalu (juga la) promote blog aku kat blog dia. Comel kah? Ada rupa gitar bass tak? Haha~ Sorry gang, aku tak tahu alat muzik. Ni pun aku cari kat internet. Ahaks~
Aku tak tahu apa sebab dia minta aku buat benda ni. Haha~ Aku sebab tak ada kerja, aku buatkanlah. Tapi sumpah lama gila aku buat benda ni (sebenarnya tangguh2). Penat gila buat kartun macam ni. 100% Adobe Illustrator CS5. Haha~ Si Eman ni menjanjikan yang beliau akan mensupport perbelanjaan kahwin aku nanti jika aku berjaya siapkan ni (kan?). Seronok tak? Hahaha~ Aku tuntut ye Eman! So, Eman? Apa macam? Okaykah? Atau aku nak ubah sikit lagi? Aku okay je.
P/s : Aku rasa gitar tu nak patah lah, kan? Haha~
Selama beberapa bulan aku menjadi blogger ni, dah banyak aku nampak ragam si blogger ni. Memang pelbagai betul. Yang itu…yang ini. Huhu~ Lagi2 bila dalam group Blogger di Facebook. Aku bukan la nak kata aku bagus sangat. Tapi jika betul nak jadi blogger, berblogging lah dengan betul.
Aku ni bukan blogger otai pun nak bagi nasihat pada orang tapi banyak lah aku baca tips kan dari yang otai2 ni. Jangan itu…jangan ini. Jadi, mungkin aku nak sampaikan balik kot apa yang aku dah baca. Sharing is caring kan?
Budaya “Aku follow kau, kau follow aku…” ni aku rasa dah makin berleluasa dah. Aku tertanya, kenapa nak follower ramai? Apa seronoknya follower ramai? Adakah anda ramai follower bermaksud anda feymes atau popular? Jawapannya; tak ada yang seronoknya follower ramai dan tak akan jadikan kita popular pun dengan ramai follower. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya:
Jadi kenapa nak ramai follower? Anda silap dalam berblogging sebab sepatutnya bila anda ada blog bermaksud anda ada website sendiri. Jadi apa yang penting dalam website adalah TRAFFIC! Traffic adalah benda paling penting bila mempunyai blog. Ada traffic bermaksud ada pembaca. Tak ada traffic, maknanya tak ada pembaca. Nak lagi best kalau ada COMMENT. Hehe~ Komen tu kira macam satu pnghargaan lah untuk kita yang dah penat2 tulis entry. Sebab, bila kita buat sesuatu kita mesti mengharapkan feedback. Itu untuk perbaiki diri kita dan blog. Jangan fikir negatif bila ada yang bagi feedback buruk, okay?
Dan akhir kata dari aku, keep blogging! Don’t Spamming!
Assalamualaikum semua! Terima kasih sebab singgah ke blog tak seberapa ni. Aku minta maaf jika 2-3 hari ni blog ni kurang memuaskan servisnya. Aku sedang berusaha nak profesionalkan appearance blog aku, tapi tak reti lah. Menyampah aku. Tapi aku berjaya membetulkan beberapa error yang aku jumpa. Ada error lagi, sila khabar ye. Hehe~
Okay~ Aku nak kongsi lagi button yang aku ngada2 buat. Sebab apa aku buat? Sebab selalunya ada je orang tanya aku macam mana nak buat. Dan ada juga orang macam si Eman ni minta aku buatkan. Hehe~ Jadi apa aku nak kongsi kali ni? Terjah jom~
Syarikat tayar kereta Michelin telah mencipta tayar spesi baru. Apa yang baru? Tayar nya tidak memerlukan angin, dan tidak bocor! Wah~ Agak2 macam mana dia buat ye?
Ia direka dengan bentuk yang mampu menyerap tekanan yang tak akan merosakkan rim luar. Eh~ Macam mana tu? Aku pun dah pening dengan ayat aku ni.
Nampak macam tulisan Jawi kan? Hehe~ Aku download tulisan ni sebab tulisan ni ala2 kaligrafi je. Kadang2 kita nak gunakan design dengan mood Islamic tapi tak mahu tulis jawi. Jadi tulisan2 macam ni membantu sikit mood tu. Tapi bagi aku, agak susah untuk dibaca kan? Kena lihat betul2 baru boleh baca. Aku tulis ayat “Sahut-sahut” untuk button shoutbox anda yang di hide tu.
Maksudnya aku nak beri anda pilihan button2 untuk anda gunakan di shoutbox tu. Setakat ni, aku mampu nak beri ni je untuk pelawat2 blog aku. Belum mampu nak beri lebih dari ni. Huhu~ Selamat mengambilnya.
P/s : Sorry tak cantik, sebab tengah dalam trial punya segmen. Aku tak pasti boleh ke tak anda nak attach dari blog aku. Kalau ada masalah bagitahu ye? Aku nak test je dulu. Lepas ni aku buat yang lain.