Tak dapat lena aku malam ni. Segala2 perkara yang aku fikirkan datang sekali kedalam kepala aku. Maaf lah, entry ni mungkin terlalu in personal untuk anda. Sebab ianya tentang aku. Ni kan blog aku, tempat meluah segala akal2 aku. Susahnya sebagai aku. Tapi adakah senang aku sebagai orang lain? Entahlah kan?
Aku ragu2 dengan keputusan yang aku ambil ni. Adakah tepat atau aku akan menyesal? Ish~ Tapi kalau aku teruskan juga. Adakah aku akan berjaya? Aku di situ bukan nya bagus pun. Mungkin bila betul aku dapat mulakan semula aku akan berjaya! Hmm~ Aku sebenarnya ambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran aku di kampus tu. Di situ, keputusan aku semakin menurun dan menurun. Aku tak boleh salahkan sesiapa pun. Silap langkah aku. Aku tak ada persediaan untuk berada disitu dan aku terlalu nak berada diluar kotak sangat kot. Keadaan di situ tak mengizinkan aku untuk berada diluar kotak. Lagi2 selepas semangat aku hilang. Hmm~
Selain penurunan gred aku, aku hilang 4 orang rakan baik aku. Ketiga2nya ditawarkan ke tempat yang lebih baik. Aku? Hmm~ Cuma di sini. Aku selama ni memang agak bergantung sokongan dari mereka. Mereka lah yang sering menaikkan semangat aku dan buatkan aku happy! Sebab mereka ex-roomate aku. Eh~ 2 orang tu bukan. Tapi diorang je yang faham aku punya perangai dan stroke design aku. Idea2 mereka membuatkan aku selalu menaikkan diri ke satu tahap yang baru. Tapi lepas mereka tak ada, aku agak kekok dan aku dah tak berganjak! Adoi~ kenapa aku ni ye? Hmm~ Sebab aku hilang kawan kot. Selama aku belajar dari sekolah rendah sampai sekarang, belum ada sesiapa yang aku gelarkan kawan baik selain mereka2 ni. Mereka memang the best! Apa2 pun thanks ye!
Dalam tahun yang sama, aku kehilangan si dia yang aku sayang. Yang ni aku tak nak perkatakan apa2. Sebab kami berkawan sekarang. Perkara ni tak menjejaskan sangat.
Hmm~ Selepas satu semester, seorang lagi kawan aku pergi. Walau dia dari kos lain, tapi dia ada sedikit sebanyak membantu aku dalam kerja2 aku. Idea2 dia juga menarik dan aku suka. Dia pergi kerana berhenti dan berpindah ke kos yang lebih dia minati. Heyh~ kenapa lah korang pergi?! Tapi aku tabik lah dengan korang! Sebab korang hampir capai apa yang korang nak. Aku ni masih lagi cuba nak bangun dan cuba tak nak berpaut mana2 dahan lagi!
Jadi apa keputusan dan rancangan aku? Seperti aku katakan, aku nak berhenti dari teruskan pembelajaran aku. Dan sementara aku menanti hari yang mendatang, aku cuba untuk bekerja dan kumpul duit poket untuk tampung Re-Start aku nanti. Ya! Aku nak mula semula! Aku nak mohon semula selepas aku berhenti ni. Aku nak mula dalam kos yang sama. Apa yang aku fikir sekarang adalah apa yang aku akan capai satu hari nanti. Umur tak jadi masalah utama sekarang ni. Sebab jika kita nak, kita tekad dan pasti akan dapat! Percayalah! Insha-allah!
Kepada kawan2 kelas aku, kawan2 kelas tarian aku, lecturer2 yang dah ajar aku macam2 dan yang dah pun jadi macam kakak aku, serta yang paling UTAMA adalah si dia yang sentiasa mendampingi aku dan beri semangat pada aku; terima kasih banyak2 dan minta maaf sebab tak beritahu korang awal2. Untuk si dia “Af, minta maaf ye sebab tak bagitahu. Harap kita masih kawan lagi. Buat mak ayah bangga tau! Habiskan dulu baru fikir pasal apa akan jadi nanti, okay? Af sentiasa ada! “
Untuk kawan2 blogger yang baca entry luahan ni. Terima Kasih!
1 ulasan:
Ok..Sama2..Kalo tu jalan y terbaek!! n dah pk masak2..Just go for it!! Do the best.. Hope ur dream come true!! Im support u.. ;)
Catat Ulasan