Aku dan perkahwinan?

Cuti2 ni ramai yang buat majlis kahwin kan? Aku tengok mak ayah aku tak putus2 dengan kad jemputan kahwin tak kira lah dari yang dekat mahupun yang jauh. Ish2~ Bila pula family aku yang nak agihkan kad jemputan pada orang ni? Huhu~ Kakak aku tu, ntah bila ntah nak kahwinnya. Awal bulan ni abang sedara aku bertunang. Wah~ seperti seronok je mampu untuk mengikat sesorang yang kita sayang. Dah ikat lepas ni tinggal nak patri je. Hehe~

kahwin

Tapi anda perasan tak sekarang ni trend kalau buat majlis kahwin, bukan setakat bagi bunga telur. Macam2 dia bagi dah, gula2, mug, cake, atau apa2 lah yang dia nak bagi kan. Wah~ satu kepala tetamu agak2 berapa Ringgit habis ye? Makan je dah berapa campur gift pula. Pokai aku. Huhu~ Eh, macam aku je yang nak kahwin.

Tapi tradisi tetap tradisi, makanan mesti nasi minyak. Cume lauk kadang2 dah pelbagai lah. Semua bergantung pada bajet lah kan. Tapi kan, aku rasa nanti aku kahwin nak buat nasi ayam atau nasi lemak ke, tak pun nasi2 lain selain nasi minyak. Hehe~ saja ubah sikit. Okay kot? Lepas tu mungkin juga nak buat satu kiosk untuk sosej atau burger, senang cerita western food. Bukan apa, kadang2 ada tetamu tu dah pergi berapa rumah kahwin ntah kan? Takkan dia nak makan lagi. Kembung lah. Jadi kalau ada western ni, paling tidak dia boleh lah kunyah2 kan?

Aih~ berangan pula aku! Kahwin pun belum tentu lagi aku ni. Huhu~ duit tak ada ni. Malangnya siapa jadi kekasih aku. Ish3~ kesian si dia kan.

3 ulasan:

Shaofie berkata...

9, nanti kalau ko g org kahwin, ko cube rase nasi hujan panas dia. pergh! sedap siottt... nasi dia warna warni.. sedapp gilorr!!! pakcik sukoo!!!

sembil9n berkata...

oh~ kt kafe kampus aq kerap buat bnd tu..... haha

sembil9n berkata...

oh~ kt kafe kampus aq kerap buat bnd tu..... haha