Murung?


Sebelum ni aku tulis muncung, ni murung pula. Haha~ Tapi muncung dan murung ni berbeza, tak ada persamaan. Apa spesel dengan murung? Tak ada yang spesel pun, sebab murung ni di kira satu penyakit. Dan penyakit murung ni boleh jadi bahaya dan kadang2 bawa maut! Wah~ jangan main2. Apa tu murung? Murung ni ada juga orang kata muram, adalah sakit yang berkaitan dengan perasaan, emosi, dan mentaliti. Dari situ pun anda dah boleh agak tak yang ianya sukar di ubati?

Antara punca yang aku tahu adalah stress. Tekanan pada diri boleh menyebab kan kemurungan. Sesorang yang tertekan lama2 akan hilang rasa keyakinan dalam diri, dan merasakan dirinya tidak mampu meneruskan lagi. Oleh itu, dia akan berasa sedih dan sikap nya akan mula berubah.

Selain stress, murung juga boleh berpunca dari sikap yang suka memendam, bukan berdendam. Apa2 yang dia rasakan dia akn simpan dan tak akan luahkan, jadi permasalahan tak akan selsesai. Malahan masalah akan bertambah2 dan membuat diri jadi putus asa.

Mangsa buli boleh mendapat simptom2 kemurungan juga. Mereka akan merasa diri lemah, dan tak mampu berlawan. Ini boleh merosakkan masa depan orang yang menghidapi kemurungan jika ia tak di tangani.

Aku tulis ada gaya pakar tak? Haha~ ada lagi punca2 murung tapi aku tak ingat sangat lah. Apa simptom2 dia? Ni pun aku tak ingat semua, aku bagitahu sikit yang aku tahu ye. Biasanya orang murung ni akan menyendiri, sentiasa diam, sikap berubah sikit demi sikit, hilang selera makan, tak berkeyakinan, dan ada lagi lah beberapa. Kalau kita biarkan ia boleh menjadikan pesakit tu sakit jiwa, tekanan perasaan, kaki amuk dan lain2 yang berkenaan mental. Ada juga kes yang dia bunuh diri sebab tak tahan stress. Bahaya tak?

Siapa yang selalu kena? Yang aku tahu murung ni tak kira umur, asalkan orang tu berperasaan dan berakal boleh dapat kemurungan. Kalau anda berdepan dengan orang yang murung, dekati dia dan cuba berbual dengan dia. Buat dia tersenyum dan gembira. Kalau boleh bawa jalan2 pun okay juga, nak bagi hadiah lagi lah seronok. Haha~ Harap anda tak terus buat dia murung dah lah.

Jika anda stress, senang je nak legakan. Bersenama atau keluarkan peluh, dan dekat kan diri dengan Tuhan mu yang Maha Esa. Insha-allah semuanya okay.

6 ulasan:

fArAh!! berkata...

wah info yg terbaik..
yup2 entry nie ada kaitan dgn farah punye..
http://cikfarahnordin.blogspot.com/2010/12/tips-untuk-hidup-happy.html

azwa_amani berkata...

ooo..mmmmm..aaaaaaaaaaa..gitu rupenyer yer 9..hihihi..:P..tq..

Shaofie berkata...

murung ea? hahaha. chill2 beb!

sembil9n berkata...

aku tak ler murung. hehe~ cume menceritakan info saje... hee~

Biela Sapine berkata...

ohhh bgituuu.. hihih

fArAh!! berkata...

wah info yg terbaik..
yup2 entry nie ada kaitan dgn farah punye..
http://cikfarahnordin.blogspot.com/2010/12/tips-untuk-hidup-happy.html