Bestnya Bangun Pagi


Zaman sekarang ni ramai di kalangan manusia bangun lewat. Aku pun sama lah, kadang2 bawa ke tengah hari. Mana tak nya, tidur ntah pukul berapa. Buat apa pun tak tahu. Bangun subuh, tu pun gila berat kepala. Tapi pernah tak anda cuba untuk bangun pagi? Maksudnya bangun awal, lepas subuh tu tak tidur. Ada perbezaan yang akan anda rasakan.

Banyak bezanya, dan mungkin ramai manusia zaman sekarang tak tahu. Dalam Islam, adanya solat subuh ada sebabnya. Selain dari nak kita bangun awal, ia juga nak Umatnya semua bangun pagi dan ada otak yang cergas dan cerdas. Ye, bangun pagi boleh menyihatkan otak! Lagi2 anda2 yang suka sangat tidur lewat. Dah nak subuh baru tidur pun ada. Mana aku tahu? Dah kalau aku buka Facebook ada je post yang bila aku hitung2 dihantar dalam waktu 4 pagi ke 5 pagi. Kadang2 anda fikir perkara tu biasa. Betul tak? Waktu muda macam ni mungkin anda tak rasa sangat. Mungkin lesu2 sikit dan pening, tapi bila dah tua nanti tahu lah.

Jika kita tidur lewat, kita akan lebih cepat dapat stress. Sebabnya adalah kerana otak kita tidak cukup rehat dan terlebih bekerja. Mungkin kita rasa kita berfikir seperti biasa tapi sikap kita akan berubah sedikit tanpa kita sedari. Selain tu, boleh menjadikan lemah daya ingatan juga. Yela, kan dah tidur lewat, jadi otak pun macam letih lah. Lama2 sel2 dalam otak tu mula memberi efek. Ada banyak akibat2 lain bila kita tidur lewat, tapi aku tak berapa nak ingat. Ni gara2 tidur lewat lah ni. Huhu~

Bukan susah nak jaga otak sebenarnya. Semua datang dari kita sendiri, nak dengan tak nak je. Otak ni benda penting dalam diri kita selain jantung. Jangan konon nak sangat jaga hati or jantung ke apa2 supaya boleh terus cintakan pasangan anda, tak ada maknanya. Tanpa otak anda, tak ada makna semua tu. Hehe~ Fikir2lah...renung2lah...amatilah~

Tiada ulasan: