Aku kurang update blog hari ini kan? Maaf lah kawan2, aku keluar berjalan2 makan angin. Cadangan asal adalah Zoo Negara tapi tak jadi kerana mak aku kata risau hujan. Hehe~ Aku rasa sebenarnya mak ayah aku tak larat berjalan dalam zoo tu. Aku faham dah. Sebelum2 ni, kami selalu singgah Zoo Melaka. Aku dengan adik2 aku memang akan singgah semua kandang haiwan yang ada walau kandang tu kosong. Jadi mak ayah aku lah penat nak ikut.
Adik beradik aku memang suka pergi zoo dari pemerhatian aku. Tapi hari ni kami pergi Bukit Malawati di Kuala Selangor dan balik rumah nenek kejap. Pernah tak anda pergi Bukit Malawati? Salah satu tempat bersejarah di Selangor.
Dari yang aku faham, mak aku kata dulu Bukit Malawati ni salah satu tempat pemerintahan dan kubu pertahanan Negeri Selangor. Tapi malangnya sekarang cuma popular dengan Rumah Api nya dan beruk2 yang kutip makanan dari kita. Mana pergi sejarahnya?
Tempatnya tak terpelihara pun. Teruk dengan papan tanda yang dah kelam2. Adoi lah~ ni mesti kerajaan sebok dengan perkara lain ni sampaikan tak terpandang pun tempat2 penting untuk rakyat ingat sejarah tanah air.
Last2 aku dengan family2 aku pergi melawat tempat lain sebab hampa dengan Bukit Malawati. Kami melawat TESCO Kuala Selangor! Haha~ Kami beli barang2 sikit. Sebelum pergi rumah nenek aku dan jumpa nenek aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan