Hidup adalah Drama Realiti.


Tajuk macam pelik je entry ni kan? Bukan pelik apa, sebab macam jiwang sikit, emo pun ada sikit. Hehe~ Apa kena dengan aku ni? Aku dapati pada diri aku, tak tahu lah kehidupan orang lain kan. Dulu, kalau tengok TV lepas tu tonton drama aku akan rasa semua tu rekaan untuk sedapkan cerita je. Rupanya bila umur makin naik ni, walau aku baru je 20 tahun tapi aku rasa aku dah lalui pelbagai drama dan babak2 yang lebih kurang macam drama2 di TV.

Aku tak adalah nak mengadu pada rakan2 blogger aku semua ni tentang kehidupan aku. Tapi di sini aku cuma nak kongsi pemerhatian aku. Segala yang kadang2 kita rasa benda itu mustahil berlaku sebenarnya tanpa kita sedar ia berlaku. Wah~ bahasa aku agak lain. Haha~

Jadi, apa pun yang berlaku dan akan kita hadapi nanti redha sahaja. Sebab segalanya ketentuan Allah. Dia tahu kita mampu harungi apa yang Dia beri pada kita. Dia kan Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Jangan salahkan sesiapa, dan jangan putus asa. Mohon pada dia supaya segala halangan yang dia berikan akan dipermudahkan dan akan dipertemukan kebahagiaan. Insya-allah~

1 ulasan:

azwa_amani berkata...

ALlah suka org yg redha dengan ketentuan DIa...dan Allah benci org yg selalu pertikaikan kehidupan..macam, kalau kita cakap...kan best kalau aku kaya...kan best kalau aku ade muka macam fasha sanda...errmm.tu x bek tau..hehehe...berleter plak amani ni..:)