Kasih ke?

Hari ini aku amat blur dan bosan. Tapi aku di bangunkan dari lena aku dengan mesej si dia dan tendangan adik aku. (Jaga kau!) Aku tak rasa diriku comel seperti hari2 sebelum ni. Oh~ baru aku tahu yang aku tak sentuh blog aku lagi. Sebab broadband Maxis bapa aku yang selalunya laju je, dah sampai limit dan gila2 slow. Adoi~ aku guna broadband Celcom aku sekarang, dan aku berpuas hati. Haha~

Aku baru menyinggah ke blog cik Amani, dia rupanya Tag aku lah pula. Haha~ Seperti biasa, ada soalan kena jawab. Oleh kerana aku tak ada idea gila malam ni, aku nak jawablah soalan itu. Jika berminat nak kenali aku bacalah. Hehe~



1- Apa benda paling penting dalam hidup korang?
-- Diri aku sendiri. Bukan pentingkan diri. Tapi utamakan diri. Keluarga adalah sebahagian diri kita. :D

2- Benda terakhir yang korang beli dengan duit korang?
-- Topup RM5 ke nombor aku sendiri. kering kerana tiada kerja. T__T

3- Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan nanti dan apakah temanya?
-- ikut bini lah. :D

4- Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-- ye, saya sedang bercinta. Hehe~

5- Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-- dari mula rasa cinta tu datang. asalnya minat, lepas tu suka, then sayang last2 baru cinta.

6- Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
-- di mana2 kalau terjumpa.

7- Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
-- aku tak ingat pula aku ada beli buku. Ha! Ada2 buku kosong! Awal semester ni, buat conteng2.

8- Apa nama penuh korang?
-- Mohammad Afnan bin Mohammad Salleh. Nama tu maksudnya 'Kesenian Terpuji'!

9- Antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra?
-- aku di rumah diam je. Tak banyak cakap.

10- Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
-- aku nak jumpa bakal bini aku. Siapa?!

11- Adakah korang basuh baju korang sendiri?
-- Tak. Mesin basuh tu boleh guna lagi kan. Apa guna ada kalau tak guna.

12- Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
-- Mekah tu semestinya, kewajiban kan? Tapi tempat lain aku nak pergi adalah tempat yang aku tak pasti kewujudannya. Apa dia? Ntah~ wujud ke?

13- Pilih salah satu, peluk atau cium?
-- nombor 13 ni ada soalan ke tak? Aku tak nampak lah.

14- Beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag?
-- sendiri.
-- matang.
-- beragama Islam.

15- Lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup?
-- Laptop dan internet aku
-- Handphone aku
-- Topi aku
-- Wallet aku dan isi2nya
-- Kasut aku

16- Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
-- Ya Laddan :D aku suka gila bunyi gambus nya.

17- Lima rakan blogger yang korang nak tag?
err.....aku tak ada idea lah~ =_=:

1 ulasan:

azwa_amani berkata...

9..nak tahu tak, 9 lah org pertma cakap amani matang....selalunye org akan cakap amani ni childish..tu lah, dorg x nampak kematangan amani..heheheh..xdelah gurau jer..