Apa benda masuk rumah?


Sedang aku melayan blog2 anda semua tiba2 adik aku bising. Dia kata ada benda masuk rumah. Aku ingatkan dia kena sampuk ke apa, nak je pelempang. Rupanya ada binatang sesat masuk rumah aku. Alahai~ cuma tupai je pun.

Adik aku suruh halau keluar. Aku ni bukan penangkap tupai, mana lah tahu macam mana nak halau. Eh~ aku bukan takut lah dengan binatang kecik tu, cuma anda kena faham. Itukan binatang liar, dia tidak jinak macam kucing. Jadi kena berjaga2, mungkin tupai tu ada virus apa2 yang boleh memudaratkan aku. Haha~ baik punya alasan.

Tupai tu bertenggek atas langsir. tak berani turun sebab memang tak ada cara nak turun. Lepas tu dia lompat ke frame kat antara tingkap tu. Then, boleh pula dia duduk je situ pandang kipas. Mungkin dia fikir boleh ke tak nak lompat ke kipas tu rasanya. Tapi dalam 5 minit, dia masih tak lompat. Kesian aku tengok, aku pun cuba jolok2 dari tingkap dan akhirnya dia lompat kebawah. Ish~ tinggi tu, mesti sakit. Kesian dia.

Apa jadi pada tupai tu? Dia dah keluar ikut tingkap balik. Haha~ aku pandai rupa nya halau tupai. Hebat kan? Jadi kalau ada tupai masuk rumah anda. Jangan segan2, jolok lah sendiri. Ingat aku nak tolong ke?

2 ulasan:

azwa_amani berkata...

waaaaaaahhhhh kalau dapat bela pun best tuuu

KimiCnoL berkata...

sepandai2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah..hehe

ADA AWARD NTOK AWAK
"1.Coolest Blogger Award??"