Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.
Cuba anda periksa, mana tahu anda ada Split Identity?!
Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.
Cuba anda periksa, ada tumor otak ke tidak?
- Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.
- Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
- Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.
- Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:
- Loya dan muntah.
- Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
- Gangguan makan.
- Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
- Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).
- Kesukaran untuk berjalan.
- Keletihan dan terasa lemah badan.
- Peningkatan berat badan.
- Perubahan pada endokrin.
- Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:
- Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
- Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
- Gangguan percakapan.
- Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
- Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.
- Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)
- Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
- Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Pendengar yang baik.
Assalamualaikum, adakah anda pendengar yang baik? Anda rasa ye atau tak? Ish~ Tak jawab pun? Haha~ Nanti anda jawab kat komen ye? Okay, kita sebagai manusia yang normal sangat2 suka pendengar yang baik kan? Sebab nya pendengar yang baik ni akan setia mendengar permasalahan kita.
Tak ada manusia yang lari dari masalah dan biasanya, tak semua boleh selesaikannya dengan sendiri. Betul tak? Kadang2 ada yang ego untuk selesaikan dengan sendiri tapi hasilnya kadang2 tak berjaya pun. Jika kita ada rakan yang juga seorang pendengar yang baik, seeloknya anda ceritalah pada dia. Jika pun dia bukan seseorang yang boleh menasihat tapi sekurang2nya anda lepas dari tekanan. Memang manusia ni tak boleh tampung masalah seorang diri sebab dalam diri kita ni ada positif dan negatif. Bila kita bersendirian dalam masalah dan memikirkan dengan sendiri, pemikiran yang negatif akan ganggu dan menjatuhkan semangat kita. Walaupun diselang selikan dengan pemikiran positif namun, fikiran negatif akan seringkali menyampuk. Adoi! Kalau macam tu, macam mana nak selesai kan?
Dengan hadirnya seorang pendengar yang baik, sekurang2nya dia boleh mengatakan sesuatu yang positif. Jadi ada 2 pemikiran positif lawan 1 fikiran negatif; dan pemenangnya adalah pemikiran positif! Haha~ Itu kalau dia sekadar pendengar yang baik. Bagaimana jika dia juga seorang penasihat yang baik? Sah3 lah pemikiran negatif anda akan terkena machine-gun dari pemikiran positif. Kalah teruklah pemikiran negatif tu.
Jadi, entry ni aku khususkan kepada mereka2 yang suka sangat pendam2 masalah. Jika anda ada masalah, tak kira family atau peribadi atau tak atau apa2 pun; silalah berkongsi dengan sesorang yang sangat2 anda percaya. Jangan kongsi dengan orang yang tak leh di percayai, sebab nanti habis heboh satu kampung! Haha~ Pandai2 lah hidup ye?
P/s : Kaki ngumpat juga adalah pendengar yang baik, juga pemerhati yang baik, tapi perbuatan mereka tak baik sebab aib orang di hebah2kan. Bila aib sendiri tahu pula nak bengkeng?!
Kehadapan Blogger Tercinta

Ni entry untuk rakan2 blogger aku di grup Blogger Tercinta. Apa? Anda tak tahu tentang grup ni? Nak join? Tu tekan kat bawah penjuru kiri tu. Nanti direct ke grup tu. Hehe~ Okayh, balik ke tajuk utama aku. Hmm~ aku tengok kebanyakan rakan blogger aku dah kurang berblogging lah. Ayyo~ adakah kerana anda bersekolah? Ke tidak ada idea?
Aku rasa kalau sekolah lagi seronok nak menulis blog sebab bila pergi sekolah banyak benda kita mengarut2 dengan kawan yang boleh jadi bahan cerita. Tapi jangan lah personal sangat. Nanti takut kena ejek pula kat sekolah. Tak pun jangan lah tulis entry mengutuk kawan. Nanti jadi gaduh pula. Kalau nak cerita pun, bertapis lah. Kalau terus tembak. Sakit nanti. Adoi~
Aku pun sebenarnya dah kurang sikit update blog. Aku ada hal peribadi nak selesaikan dulu. Tambahan lagi lappy aku buat hal lagi. Adui~ Sakit je hati ini. Bagai diguris sembilu. Amboi! Jiwang pula. Haha~ Tak pe lah, esok keluar cari kerja...lepas tu kumpul duit beli lappy baru! Hahaha~ Dan esok aku nak pergi McD Banting lah! Siapa nak ikut?! Aku belanja!
Impian bukan mimpi…
Adakah anda yakin anda ada matlamat hidup anda? Aku tertanya2 berapa ramaikah pelajar di Malaysia yang memegang satu impian yang jadikan dia matlamat hidup? Benda ni aku suka sangat nak tegaskan pada sesiapa je. Kadang2 mereka rasa perkara2 ni tak penting sangat atau mungkin mereka rasa macam ingat tak ingat je. Aku bukan lah bagus sangat sampai mampu untuk mengingatkan sesorang pada sesuatu hal dalam hidup. Sebab manusia tak sempurnakan. Kita saling memerlukan untuk mencapai sesuatu. Jadi aku tiba2 terfikir saja nak beri idea pada rakan2 blogger untuk buat entry sambil muhasabah diri.
Seperti yang anda lihat pada banner di atas, ‘Best of Myself!’ adalah bererti perkara yang terbaik untuk diri anda. Di mana ia bermaksud perancangan anda masa depan depan berdasarkan masa lalu atau yang telah berlaku dalam segala aspek. Faham ke ni?
Jadi di sini, sesiapa yang sanggup nak terima tag aku ni aku nak beritahu beberapa panduan. Sebolehnya ikutlah ye.
- Jika nak sertai segmen ni, silalah letak banner tu dan harap link kan lah pada blog aku. Aku pun cari makan juga. Huu~
- Renungkan seketika tentang diri anda, muhasabah diri dan tuliskan apakah yang anda rasa perancangan terbaik untuk diri anda berdasarkan kisah lalu. Terpulanglah macam mana penulisan anda, tapi harap pembaca faham maksud anda cuba sampaikan.
- Nyatakan apa sebenar2 impian @ matlamat hidup anda? Adakah anda sedang berada dijalan yang menuju ke arah matlamat anda itu? Tidak kira ya atau tidak, apakah rancangan anda untuk sampai ke matlamat itu? Bagaimana dengan halangan?
- Lepas tu kalau boleh anda tanya pula rakan2 anda yang lain. Ajak mereka sama2 muhasabah diri. Aku tak kata kena tag sesiapa. Cuma semua terpulang pada anda. Kan itu blog anda. Dan kalau boleh, letakkan link anda disini agar boleh kita sama2 kongsi cerita dan saling memberi pendapat dan nasihat. Itu pun kalau tak keberatan.
Jika anda ada baca entry aku sebelum ni yang bertajuk ‘Susahnya sebagai aku. . .’ ia serba serbi mengenai keputusan aku dan sedikit masa lalu aku. Aku dah tersilap langkah dan agak tersungkur. Sekarang ni aku dalam situasi untuk bangun semula dari jatuh tu. Risiko agak besar, tambahan dengan halangan2 yang bakal aku lalui nanti. Tapi aku tetap nak teruskan juga, semua sebab aku nak capai impian aku. Aku nak sangat2 ada galeri seni aku sendiri dimana aku boleh pamerkan karya2 aku. Aku nak semua terhibur dengan hasil karya aku. Dan aku ada beberapa idea yang mungkin boleh mendekatkan diri orang ramai dengan seni dan seronok dengan seni. Aku nak sangat capai benda tu. Aku tak nak disebabkan kejatuhan aku hari ni akan sebabkan aku tak dapat capai impian aku! Oh tidak~ Tak mungkin! Aku harap dengan berkat sokongan rakan2 baik aku dan semangat seni aku. Aku tak kan berhenti dan terus mengalir bersama seni2 aku. Insha-allah~ Aku nak jadi The Best of Myself!!
Susahnya sebagai aku. . .
Tak dapat lena aku malam ni. Segala2 perkara yang aku fikirkan datang sekali kedalam kepala aku. Maaf lah, entry ni mungkin terlalu in personal untuk anda. Sebab ianya tentang aku. Ni kan blog aku, tempat meluah segala akal2 aku. Susahnya sebagai aku. Tapi adakah senang aku sebagai orang lain? Entahlah kan?
Aku ragu2 dengan keputusan yang aku ambil ni. Adakah tepat atau aku akan menyesal? Ish~ Tapi kalau aku teruskan juga. Adakah aku akan berjaya? Aku di situ bukan nya bagus pun. Mungkin bila betul aku dapat mulakan semula aku akan berjaya! Hmm~ Aku sebenarnya ambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran aku di kampus tu. Di situ, keputusan aku semakin menurun dan menurun. Aku tak boleh salahkan sesiapa pun. Silap langkah aku. Aku tak ada persediaan untuk berada disitu dan aku terlalu nak berada diluar kotak sangat kot. Keadaan di situ tak mengizinkan aku untuk berada diluar kotak. Lagi2 selepas semangat aku hilang. Hmm~
Selain penurunan gred aku, aku hilang 4 orang rakan baik aku. Ketiga2nya ditawarkan ke tempat yang lebih baik. Aku? Hmm~ Cuma di sini. Aku selama ni memang agak bergantung sokongan dari mereka. Mereka lah yang sering menaikkan semangat aku dan buatkan aku happy! Sebab mereka ex-roomate aku. Eh~ 2 orang tu bukan. Tapi diorang je yang faham aku punya perangai dan stroke design aku. Idea2 mereka membuatkan aku selalu menaikkan diri ke satu tahap yang baru. Tapi lepas mereka tak ada, aku agak kekok dan aku dah tak berganjak! Adoi~ kenapa aku ni ye? Hmm~ Sebab aku hilang kawan kot. Selama aku belajar dari sekolah rendah sampai sekarang, belum ada sesiapa yang aku gelarkan kawan baik selain mereka2 ni. Mereka memang the best! Apa2 pun thanks ye!
Dalam tahun yang sama, aku kehilangan si dia yang aku sayang. Yang ni aku tak nak perkatakan apa2. Sebab kami berkawan sekarang. Perkara ni tak menjejaskan sangat.
Hmm~ Selepas satu semester, seorang lagi kawan aku pergi. Walau dia dari kos lain, tapi dia ada sedikit sebanyak membantu aku dalam kerja2 aku. Idea2 dia juga menarik dan aku suka. Dia pergi kerana berhenti dan berpindah ke kos yang lebih dia minati. Heyh~ kenapa lah korang pergi?! Tapi aku tabik lah dengan korang! Sebab korang hampir capai apa yang korang nak. Aku ni masih lagi cuba nak bangun dan cuba tak nak berpaut mana2 dahan lagi!
Jadi apa keputusan dan rancangan aku? Seperti aku katakan, aku nak berhenti dari teruskan pembelajaran aku. Dan sementara aku menanti hari yang mendatang, aku cuba untuk bekerja dan kumpul duit poket untuk tampung Re-Start aku nanti. Ya! Aku nak mula semula! Aku nak mohon semula selepas aku berhenti ni. Aku nak mula dalam kos yang sama. Apa yang aku fikir sekarang adalah apa yang aku akan capai satu hari nanti. Umur tak jadi masalah utama sekarang ni. Sebab jika kita nak, kita tekad dan pasti akan dapat! Percayalah! Insha-allah!
Kepada kawan2 kelas aku, kawan2 kelas tarian aku, lecturer2 yang dah ajar aku macam2 dan yang dah pun jadi macam kakak aku, serta yang paling UTAMA adalah si dia yang sentiasa mendampingi aku dan beri semangat pada aku; terima kasih banyak2 dan minta maaf sebab tak beritahu korang awal2. Untuk si dia “Af, minta maaf ye sebab tak bagitahu. Harap kita masih kawan lagi. Buat mak ayah bangga tau! Habiskan dulu baru fikir pasal apa akan jadi nanti, okay? Af sentiasa ada! “
Untuk kawan2 blogger yang baca entry luahan ni. Terima Kasih!
Bila Sepanduk Anda Bergaya!
Aku hampir terlupa tentang contest anjuran Encik Shaofie ni. Haha~ Contest dia amat menarik! Tajuk dia pun menarik kan? “Bila Sepanduk Anda Bergaya!” Kreatif tak dia? Haha~ nak tahu info silalah klik untuk ke entry berkenaan. Info dan syarat2 semua di sana.
Sewel je kan Banner dia? Haha~ dia ni memang sengal2 sikit. Lucu dan menarik! Bagus jika ada blogger macam ni, tak lah bosan. Blogger kena juga gila2 sikit, lagi2 masa buat entry. Eh2~ merapu sudah. Sepanduk yang aku pertaruhkan adalah:
Haha~ macam mana? Okay tak? Moga di terima oleh Encik Shaofie. Okay, selepas tu aku kena main tag2 rakan lah. Kalau macam tu, orang yang aku pilih adalah:
- Rarez
Lagi kreatif lagi bagus taw!
Otak Kiri Dan Kanan?

Otak kiri adalah menjurus kepada logik manakala otak kanan adalah kreativiti. Jadi agak2 otak belah mana lebih anda gunakan? Aku tak tahulah otak anda kan, tapi seperti aku agak2 aku guna mana? Ramai antara rakan2 aku dan mungkin anda juga fikir aku gunakan otak kanan iaitu kreativiti. Tapi baru2 ni, aku dapati aku gunakan kedua2nya. Maksudnya, kreativiti dan logik. Sebelum ni pun aku dah tahu tentang tu tapi aku fikir ia hanya kesilapan. Lepas mak aku yang cakap, bar aku percaya. Hehe~ Tapi mak aku pun garu2 kepala dengan aku. Tapi aku tahu aku lebih gunakan kreativiti sebenarnya, sebab aku lebih suka buat kerja seni dan muzik. Dalam waktu yang sama, aku suka mengumpul fakta dimana ianya berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku pada sesuatu ditambah dengan pengetahuan yang aku kumpul. Ah~ susah nya nak faham. Kena jumpa pakar otak tu balik lah. Haha~
Macam mana nak tahu kita guna otak mana? Okay, mula2 buat tangan macam ni;
Genggamkan secara selesa. Dah? Okay, sekarang lihat jika ibu jari kanan di atas bermaksud anda menggunakan otak kiri, manakala jika ibu jari kiri yang di atas bermakna anda menggunakan otak kanan. Fahamkan?
Aku tak lah tahu kesahihannya sangat, mak aku kata ni ada kena mengena dengan bahagian otak yang utama kita gunakan. Ah~ apa2 je la. Aku belum faham. Haha~ Ada satu lagi cara nak tengok kita guna otak yang mana. Hehe~Mula2 dapatkan satu kertas dan lubangkan di tengah2. Lihat satu obejek jauh dengan kedua2 belah mata anda menerusi lubang di kertas tu.

Kekalkan kedudukan begitu dan cuba tutup salah satu mata. Dan cuba kedua2nya tanpa menggerakkan kedudukan kertas. Jika anda buat dengan betul, sebelah mata anda boleh nampak dan sebelah lagi tak dapat lihat objek menerusi lubang. Jika mata kiri boleh nampak objek menerusi lubang maknanya anda memfokuskan gunakan otak kanan, manakala jika mata kanan yang dapat lihat menerusi lubang adalah anda menfokuskan gunakan otak kiri. Hehe~
Selamat mencuba. (Ini mak aku yang ajar, mana dia belajar pun aku tak tahu.)
Bestnya Bangun Pagi

Zaman sekarang ni ramai di kalangan manusia bangun lewat. Aku pun sama lah, kadang2 bawa ke tengah hari. Mana tak nya, tidur ntah pukul berapa. Buat apa pun tak tahu. Bangun subuh, tu pun gila berat kepala. Tapi pernah tak anda cuba untuk bangun pagi? Maksudnya bangun awal, lepas subuh tu tak tidur. Ada perbezaan yang akan anda rasakan.
Banyak bezanya, dan mungkin ramai manusia zaman sekarang tak tahu. Dalam Islam, adanya solat subuh ada sebabnya. Selain dari nak kita bangun awal, ia juga nak Umatnya semua bangun pagi dan ada otak yang cergas dan cerdas. Ye, bangun pagi boleh menyihatkan otak! Lagi2 anda2 yang suka sangat tidur lewat. Dah nak subuh baru tidur pun ada. Mana aku tahu? Dah kalau aku buka Facebook ada je post yang bila aku hitung2 dihantar dalam waktu 4 pagi ke 5 pagi. Kadang2 anda fikir perkara tu biasa. Betul tak? Waktu muda macam ni mungkin anda tak rasa sangat. Mungkin lesu2 sikit dan pening, tapi bila dah tua nanti tahu lah.
Jika kita tidur lewat, kita akan lebih cepat dapat stress. Sebabnya adalah kerana otak kita tidak cukup rehat dan terlebih bekerja. Mungkin kita rasa kita berfikir seperti biasa tapi sikap kita akan berubah sedikit tanpa kita sedari. Selain tu, boleh menjadikan lemah daya ingatan juga. Yela, kan dah tidur lewat, jadi otak pun macam letih lah. Lama2 sel2 dalam otak tu mula memberi efek. Ada banyak akibat2 lain bila kita tidur lewat, tapi aku tak berapa nak ingat. Ni gara2 tidur lewat lah ni. Huhu~
Bukan susah nak jaga otak sebenarnya. Semua datang dari kita sendiri, nak dengan tak nak je. Otak ni benda penting dalam diri kita selain jantung. Jangan konon nak sangat jaga hati or jantung ke apa2 supaya boleh terus cintakan pasangan anda, tak ada maknanya. Tanpa otak anda, tak ada makna semua tu. Hehe~ Fikir2lah...renung2lah...amatilah~

