Semangat Harimau Malaya!

Harimau-MalayaOleh kerana perlawan akhir peringkat kedua bakal berlansung, aku pun mencari logo Harimau Malaya dan aku trace! Haha~ Tak pernah2 semangat bola tiba2 sekarang aku merasakan semangat bola sepak ada dalam diri aku. Tapi rasanya lepas habis Piala AFF ni habis lah. Haha~

Aku harap perlawanan esok berjalan dengan lancar dan aman. Yela, kontroversi dia banyak gila kan. Malas aku nak cakap2 tentang perkara laser tu. Tak ada faedahnya, kalau pasukan kita menang pun mereka dapat piala dapat nama dapat gaji. Kalau kita yang bising2, gaduh2 dapat apa? Apa2 pun kita kena lah bagi sokongan pada pasukan negara! Sebab tanpa kita ni, sumpah mereka tak kan sampai tahap ni. Lagi2 emosi mereka terganggu dengan kekecohan oleh penyokong pihak lawan. Ya Allah~! Lindungi lah pasukan Malaysia dari segala bencana dan letakkanlah kami dalam golongan2 yang beriman. Amin~

Di sebabkan aku yang bersemangat ni. Aku cipta banner aku sendiri! Yeah! Haha~ Nak tengok? Ni dia:

aku-harimaw

Macam mana? Okay tak. Hehe~ Aku jadikan profile photo Facebook aku. Haha~ Siap ada nama aku lagi. Haha~ Baru lah nampak siapa yang semangat ye tak? Lepas ni tinggal nak beli jersi Malaysia je! Wee~ Tak ada ke yang nak buat contest dapat hadiah jersi Malaysia ye? Kalau ada aku nak join!

1 ulasan:

nub berkata...

gahaha.slamat sukses malaysia!!