Anda dah cukup kenal Badut?

clownPernah tak anda berpengalaman menjadi badut? Anda rasa apa kerja2 badut ni ye?  Haha~ Aku rasa mesti anda semua fikir badut ni kerjanya menghiburkan orang? Memang pun, tu lah kerja si badut ni. Biasanya kita jumpa badut ni di parti hari jadi dan event2 menghiburkan kanak2. tapi tak lah semua budak suka dengan badut ni. Kanak2 kecik kadang2 takut dengan badut.

Badut ni dah lama wujud dah, dari zaman Firaun lagi dah wujud badut ni. Lepas tu waktu zaman China pun dah wujud badut ni dan di kesan di tamadun2 lain juga! Dasyat tak? Tapi badut dulu tak lah kerja waktu hari jadi je, masa zaman firaun; badut ni bekerja sebagai jester dalam mahkamah zaman firaun. Apa tu Jester? Jester tu macam ni lebih kurang rupa dia.jester Tapi aku tak pasti lah rupa yang ni untuk masa tamadun bila.

Jester ni pun badut juga, kerja dia adalah mengkritik. Dia diberi kuasa besar bebas bersuara. Jadi maksudnya Jester ni bukan calang2 orang lah; mesti dia bijak. Sebabnya dia membawa orang berfikir dengan tingkah lakunya yang mungkin seakan mengejek. Tapi sebenarnya senang cerita dia ni cakap sesuatu yang makan dalam lah. Tak kira lah orang yang dia cemuh tu raja ke, hakim ke atau siapa2 orang berkuasa. Hebat tak kuasa dia? Haha~ Tu zaman dulu lah, zaman moden ni dah tak ada badut seperti ni dah yang boleh berkata2 untuk kritik pihak atasan dengan bijak. Huhu~

Tapi kan, cakap pasal badut. Teringat aku masa sekolah rendah, darjah lima. Aku masuk perbarisan rumah sukan. Aku rumah ungu (JUARA!), tema tahun tu adalah Badut. Tapi cikgu rumah sukan aku ni terlebih kreatif, sepatutnya cuma ‘maskot’ je yang jadi badut. Ni semua orang dalam rumah ungu punya perbarisan kena jadi badut. Adoi! Habis muka aku gelap jadi putih. Diconteng pipi lagi! Huhu~ aku tak jumpa lah gambar masa tu. Kalau jumpa boleh aku tunjuk. Badut-badut. . .

3 ulasan:

azwa_amani berkata...

amani pernah jumpa badut yang tinggi tu..amani jadi takut..hehehe

nub berkata...

kengkadang memembe jenih menggelabah aku panggil badut jaa.haha

sembil9n berkata...

@amaani haha penakot :P

@nub ....badut xmgglabah ler -_-