D'Antara sembilan Akal : Jawapan untuk FeeZ!


Kali ni macam menarik sikit lah soalan dari cucu tok aji ni. Haha~ Walau soalan dia panjang tapi maksudnya pendek. Soalan beliau berbunyi begini:

"Dalam banyak-banyak lagu jiwang atau lagu cinta (tak kisah, mat salleh or malaysian or indonesian),,Lagu yang manakah sangat bertepatan dengan jiwa Nine? dan huraikan kenapa lagu itu menjadi pilihan...." memang tak thriller pun soalan cucu tok aji ni. Hehe~

Jadi apa lagu jiwang yang bersesuaian dengan jiwa aku tika dan saat ini? Biar aku berfikir sejenak... Okay! Aku sudah dapat mengenal pasti, ianya lagu dari negara jiran kita. Aku rasa lah, aku dengar lagu ni dari page facebook rakan aku. Aku pun terus cari di internet. Eh~ aku belum bagi tahu ke tajuknya? Haha~ tajuknya adalah Aishiteru dari kumpulan Zhifilia. Aku tak tahu pun lagu lain band ni cuma lagu ni je. Haha~

Sebab aku suka lagu ni? Cuba hayati liriknya, maksudnya sangat2 menarik aku. Sebab aku di dalam situasi tersebut. Aku berharap dapat petik gitar dan nyanyi lagu tu di telinga si dia. Wah! Tapi malangnya ku pegang gitar pun tak betul, kata rakan2 ku. Alat muzik apa aku reti main? Viola, piano, seruling, drum dan bonggo semua tu aku tak reti. Dan tak ada satu pun yang aku reti sebenarnya. Haha~ Aku boleh menari je dan ketuk2 meja ala2 drum. Sedih tak? Tak sangat lah.

Kepada cucu tok aji, tu lah lagu pilihan aku. Mesti anda pernah dengar. Kalau belum dengar silalah cari di internet. hehe~ Aishiteru!

2 ulasan:

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji berkata...

penah dengar taw..dan memang best..huhuhu.. T_T feeling betul lagu tu..haha..nine ni jiwang juga ye :)

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji berkata...

penah dengar taw..dan memang best..huhuhu.. T_T feeling betul lagu tu..haha..nine ni jiwang juga ye :)