Contest Mewarna Dino!


Pertandingan lepas aku tarik semula kerana aku dapati ramai tak pandai melukis, jadi aku kali ni aku cuba mengubah format contest lepas dengan Pertandingan Mewarna! Aku rasa mesti ramai yang reti mewarna. Hehe~ Aku dah pun sediakan character untuk diwarna. Tapi sebelum tu, kita lihat dulu syarat2 penyertaan:

  1. Warga negara Malaysia berumur dari 6 tahun sehingga 45 tahun.
  2. Sebolehnya menjadi follower D'Antara sembilan Akal ni untuk memudahkan berhubung nanti.
  3. Warnakan ikut suka hati anda dan boleh menambah background yang bersesuaian jika anda mahu.
  4. Boleh guna Software apa2 atau nak print dan guna warna pensel pon boleh. Tak ada halangan untuk anda. Dan sila isikan dialog di dalam 'bubble' di sebelah Dino itu dengan kata2 yang sesuai.
  5. Tidak ada unsur2 lucah atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
  6. Copy kan gambar yang disediakan, warnakan dan post kan di dalam satu entry.
  7. Di dalam entry, anda di kehendaki meletakkan banner pertandingan yang di link kan ke entry ini. Selepas itu, letakkan gambar yang telah diwarnakan serta penerangan mengenai gambar yang anda warna itu. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? (Hehe~)
  8. Postkan link entry ke ruangan comment di entry ini sebelum: 7hb February 2011
  9. Hadiah MISTERI di sediakan!
  • Tempat PERTAMA : Hadiah MISTERI bernilai RM50 ke atas.
  • Tempat KEDUA : Hadiah MISTERI bernilaiRM30.
  • Tempat KETIGA : Hadiah MISTERI bernilai RM20.
Gambar yang anda perlu warna ialah (klik gambar untuk saiz besar dan download):
Warnakan ikut kreativiti anda!
Selamat Mencuba!

1 ulasan:

erie berkata...

aku join...
http://eriekacik.blogspot.com/2010/12/contest-merwarna-dino.html