Bikin blog koleksi. . .

Aku dah lama terfikir nak buat ni tapi tak tercapai dek akal ku. Hehe~ Aku fikir perlahan2 adakah betul aku nak buat apa yang aku fikirkan tu? Dan kira2 3 hari lepas aku memulakan apa yang aku fikir. Anda nampak tak button:

button-dsgn

Ia terletak di kiri blog ni. Dah pernah cuba klik ke belum? Aku yakin belum ada yang klik lagi. Jangan risau, semua button2 di blog aku ni adalah link ke blog lain kecuali button Nuffnang. Tu anda buat tak tahu jelah, nak klik alhamdulillah. Hehe~  Okay, balik ke button ‘Akal si Sembil9n’ dan seperti namanya ia bermakna akal2 aku juga tu. Sebenarnya itu adalah blog baru aku yang menempatkan koleksi design2 aku yang aku nak kongsi2 dengan kawan2 blogger aku ni. Blog tu bukan blog utama lah tapi jika anda ada berminat lah kan nak tengok design2 aku. Silalah klik.

Blog tu amat baru jadi tak ada apa sangat dalam tu. Maaf lah jika berat sikit blog tu. Sebabnya design2 tu ada yang saiz besar juga. Tapi setakat ni aku buka tak berat sangat lah. Hehe~

Terima kasih kepada rakan2 blogger aku yang menyokong karya aku yang tak seberapa ni. Aku cuba hasilkan sehabis boleh ye. Kalau nak request aku design; sila lihat link button di sidebar ni. Hehe~

Tiada ulasan: