Jumaat cuti?

Ada anda dengar ura-ura Jumaat ni bersamaan 31hb Disember 2010 adalah cuti sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan AFF Piala Suzuki. Betul ke? Aku pun dengar dari kawan je. Betul tak betul aku tak pasti. Dia kata ada di laman web Bernama. Kalau macam tu aku nak check kejap lah.

czcx

Wah! Memang betul lah! Tajuk tu dah menunjukkan cuti. Haha~ Best2 kan? Walau tak ada kena mengena dengan aku. Tapi agak best lah. Hehe~ Rasanya ramai yang memang seronok bila Malaysia menang dalam piala Suzuki ni kan? Bagi aku cuti macam ni untuk bagi penghormatan kepada pasukan Malaysia dan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan nama Malaysia. Walau baru peringkat Asia Tenggara. Kira okay lah tu. Lepas ni ke Asia pula. Insha-allah~

vcx

Moga perkara macam ni akan menambah majukan lagi industri sukan Malaysia dan menaikkan nama untuk terus menampakkan Malaysia di mata dunia. Syabas!

Tiada ulasan: