Request lah. . .

request

Ada sesiapa nak request lagi? Aku masih open penyertaan ni. Baru ada 6 penyertaan. Aku sebenarnya bukan lah nak banyak2 pun orang request, nanti aku yang penat. Huhu~ tapi risau jika aku tutup, ada pula yang nak request. Kasihan je nanti. Aku buat benda ni free pun sebenarnya nak tambahkan lagi semangat anda2 yang nak berblogging. Dari pemerhatian aku, bila blog dia cantik dan mereka suka dengan blog sendiri; ia akan membuatkan lebih semangat nak blogging. Walau kadang2 tak tahu nak tulis entry apa.

Aku rasa perkara yang agak penting dalam berblogging ni adalah pengurusan blog itu sendiri. Maksudnya widget2 di sidebar tu. Letak lah apa yang perlu. Jika terlalu banyak gambar akan menyebabkan berat blog anda tu untuk di loadkan. Letak mana perlu je. Dan lepas tu selalulah kemas kini blog ye. Bukan maksudnya tiap minggu tukar rupa, sebab kalau tiap minggu tukar rupa blog, pembaca susah nak ingat blog anda. Sebabnya blog anda tak ada identiti. Sama macam nak kenal orang lahkan, kalau hari2 kita berubah muka dan pakaian dan style, sah2 lah susah orang nak kenal. Yang kenal kita pun nanti kawan2 dekat je.

Huhu~ Ni sebenarnya tips untuk anda dan blog anda. Aku ni ni spesis silent reader juga. Aku kerap singgah blog orang2 lain walau internet aku lembab. Dan pelbagai ragam blog dah aku tengok. Yang seronok, yang kurang, yang sakit mata, macam2. Hehe~ Tapi kadang2 ada juga blogger ni nak orang singgah blog dia. Tapi entry dia amat2 sukar dibaca sebab font nya tak boleh dibaca dengan mudah. Maaf lah jika aku menegur, sebab aku nak semua blogger ni sama2 naik. Baru seronok kan?

Tiada ulasan: