Blog Ramai Datang?

Aku tengok ramai je member2 blogger aku tanya macam mana nak bagi orang sentiasa berkunjung ke blog kita. Walau aku baru 2 bulan dalam industri blogging ni, tapi banyak juga aku dah kaji dan cuba2. Semua untuk aku lebih tahu macam mana dunia blog ni.

Satu benda yang aku kerap cuba adalah pasal penulisan entry. Entry kita rupanya kena kerap kita buat baru naik orang nak datang. Kalau kita hantar satu entry je pun belum cukup. Kurang2 kena 3 macam tu. Wah! Gila lah kan. Tapi memang ye, aku dah test dah. Walau tak ramai, tapi ada peningkatan. Mungkin sebab orang tertanya kenapa kita ni kerap hantar entry kot. Hehe~ Ntah lah.

Lagi satu, aku tengok orang lebih suka baca blog yang berinformasi dan menyeronokkan. Yang ni susah. Aku pun masih belum sampai tahap tu. Aku ni mana lah rajin baca. Huhu~ Tapi aku rasa aku jarang2 tulis entry yang 100% tentang kehidupan aku. Aku mesti selit2kan sikit info tentang dunia sikit. Yela, aku tahu aku bukan artis. Siapa lah yang nak tahu perihal hidup aku. Hehe~ Kalau nak jadi blogger yang betul2, kita kena celik pandangan kita ni. Kena banyak fikir2.

Wah~ aku bagi tips ke apa ni? Haha~ aku bukan lah bagus pun nak bagi nasihat. Aku cuma bagi pandangan pada kawan2 aku je. Maaf kalau salah kata. Aku pun belajar dari senior2 blogger. Huhu~

8 ulasan:

nama.aku.lynn berkata...

nice one!like2..=)

Arez Razin berkata...

agree yaww :)

chentaMAYA berkata...

bagus! gua pasal dunia gua je gua tulis! ngeh~

░♥si lampu neon♥░ berkata...

BETUL TU HEHEH =)

░♥si lampu neon♥░ berkata...

BETUL TU HEHEH =)

kai azmier berkata...

yeah! btol2.. aq pun da kaji.. kalau sehari lebih dr 1 entry mmg lg ramai org masuk blog kita..

kai azmier berkata...

yeah! btol2.. aq pun da kaji.. kalau sehari lebih dr 1 entry mmg lg ramai org masuk blog kita..

░♥si lampu neon♥░ berkata...

BETUL TU HEHEH =)