Orang tua memang begitu ke?

Entry ni terhasil kerana aku nak mempersoalkan beberapa perkara. Aku tak tahu adakah ianya juga berlaku pada anda atau tidak. Haha~ Tapi kadang2 ada juga aku lihat ia nya berlaku pada kawan2 aku. Jadi bukan lah berlaku pada aku je. Tentang apa? Tentang kaum ibu memang suka tanya "Dah makan ke belum?". Hehe~ Kadang2 dia dah tanya perkara tu 15 minit lepas, lepas tu tanya lagi.

Asalnya nenek aku lah, masa aku kecik sampai sekarang, aku penat menjawab nenek aku punya soalan tu. Kadang2 rasa lucu je. Tapi kadang2 rasa berasalah juga. Dia bertanya sebab tengok lauk tak luak lah tu di dapur. Kalau tak, tak ada di tanya. Adik beradik aku ni bukan kaki makan. Nak tengok kami melantak memang susah. Sehari makan sekali dua je. Nenek aku ni pula suka masak, jadi paham2 lah.

Di rumah aku sekarang pun dah mula lah juga mak aku tanya, tapi tak lah mak aku masak apa2. Dia suruh kami masak sendiri. Hehe~ tak kisah lah. Tetap suruh makan.

Agaknya kenapa ye? Kaum hawa memang suka suruh orang makan ke? Eh~ jap. Aku rasa sekarang kaum lelaki pun dah tanya macam ni. Selalunya adalah si pakwa yang dah tak ada bahan nak SMS atau kata pada si makwa. Hehe~ Ah! Jawapan aku masih tak jumpa. Huu~

3 ulasan:

azwa_amani berkata...

dorang nu puas lah tengok anak2 mereka makan cukup...dari makan kepsi, mekdi yg kenyang yer sementara,..makan jelah...rezeki.. :)

mushee murtadza berkata...

nine, dah makan ke belum? HAHAHAHHA

mushee murtadza berkata...

nine, dah makan ke belum? HAHAHAHHA