Oleh kerana aku baru mendapat lappy aku semula, aku belek2 semula semua file2 gambar aku. Saja2 nak kenang kenangan2 lama sambil2 jenguk gambar si dia. Haha~ Aku teringat satu ketika aku dengan ahli kelab semua buat Basic Camp dekat Pantai Penarik, Terengganu. Seronok juga lah, sebab berpeluang melepaskan anak2 penyu ke laut.
Tapi waktu tu dah nak maghrib, jadi susah nak shoot gambar. Rupanya anak penyu tu comel ye. Haha~
Esoknya, kami main pasir. Wah~ Ni yang paling aku suka. Haha~ aku suka gila buat arca2 dari pasir ni. Tapi kali ni kami kena tanam seorang dan bikin arca dari dia dengan pasir. Hehe~ Kumpulan aku yang dipanggil kumpulan Pingguin, jadi kami pun buatlah arca pingguin. Hehe~ Nak tengok? Ni dia~
Tu junior aku yang kena tanam, nama dia Syaf. Haha~ dia dah tertekan dah sebab kami kerumun dia lama gila lepas tu gelak2 sambil ambil gambar. Hehe~ Jadi tak pingguin? Boleh lah kan? Dia bagi masa 30 minit je. Mana sempat. Kalau bagi lama lagi, sah2 aku buat yang berdiri punya. Haha~ Poyo je aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan