Sekarang kena fleksibel!

tgn

Aku rasa kalau aku sebut fleksible, sah2 anda terbayang yang macam gimnastik tu, boleh lentur2 badankan? Tak pun yang macam orang getah ye tak? Sebenarnya aku cerita pasal fleksibel yang memberi maksud kepelbagaian. Kalau dulu cikgu suruh kanak2 ada cita kan, tapi aku rasa sekarang dah tak boleh macam tu. Sebab jika sekarang kita tumpu pada satu benda je, sumpah tak kemana sangat. Sebab sekarang ni syarikat tak mahu sijil2 sangat, kepandaian pun tak sangat, semua tu tak berguna kalau mereka tak ada skill. Skill tu yg paling penting.

Contoh; jika anda cuma seorang pekerja biasa di pejabat, tiba2 boss anda ada masalah dalam akauntansi kerana akauntannya sakit ke apa ke. Anda ada skill akaun, apa lagi cuba lah tawarkan diri. Dari situ sikit2 dapat tarik mata bos anda dengan skill anda. Ada banyak situasi lain, sebagai contoh skill yang pelbagai boleh membantu anda menambah pendapatan sikit2. Yela, bikin kerja sampingan seperti skill menaip, skill bina software, skill design, skill baiki komputer, skill memasak, & skill2 lain yang anda rasakan perlu ada.

Apa2 pun semuanya bergantung pada kemampuan kita. Satu lagi, harap jangan lah terlalu memilih kerjaya. Cuba je bidang mana2 dulu sementara tu cuba selami secara perlahan untuk masuk ke bidang yang anda inginkan. Nak berjaya kena menyelam dalam2 dan kena berani ambil risiko. Kepada yang baru nak ambil SPM tahun depan atau yang baru lepas SPM baru2 ni, moga anda pilih jalan yang betul dalam menentukan masa depan anda. Sementara berpeluang, belajarlah skill2 sampingan ye~ Percayalah! Anda tak akan menyesal!

5 ulasan:

mushee murtadza berkata...

yeah, aku pon fleksible gak. hehe

dabuldahi berkata...

aku baru ja lepas pmr.. sedih.. result aku teruk..
haihhh

sembil9n berkata...

ko flxible yg cane mushee?? teruje lak nak tahu...ahahaha :P

dabuldahi: ade mase lg utk perbaiki :) jgn rsw~

sembil9n berkata...

ko flxible yg cane mushee?? teruje lak nak tahu...ahahaha :P

dabuldahi: ade mase lg utk perbaiki :) jgn rsw~

mushee murtadza berkata...

yeah, aku pon fleksible gak. hehe