Otak Kiri Dan Kanan?


Cerita otak lagi, selepas entry yang sebelum ni. Haha~ kenapa aku cerita pasala otak je hari ni? Sebab aku rasa otak ni teramat2 penting untuk kita perlihara. Apa2 pun yang berlaku pada kita, dan seteruk mana pun perkara yang kita alami, otak perlu di utamakan untuk di jaga. Entry ni nak membawa anda berfikir dan fikir lagi dalam akal2 anda yang ada tu. Pernah anda ketahui anda guna otak mana? Ye, memang lah otak anda sendiri. Takkan otak orang lain pula kan. Maksud aku otak sebelah mana? Kiri atau kanan?

Otak kiri adalah menjurus kepada logik manakala otak kanan adalah kreativiti. Jadi agak2 otak belah mana lebih anda gunakan? Aku tak tahulah otak anda kan, tapi seperti aku agak2 aku guna mana? Ramai antara rakan2 aku dan mungkin anda juga fikir aku gunakan otak kanan iaitu kreativiti. Tapi baru2 ni, aku dapati aku gunakan kedua2nya. Maksudnya, kreativiti dan logik. Sebelum ni pun aku dah tahu tentang tu tapi aku fikir ia hanya kesilapan. Lepas mak aku yang cakap, bar aku percaya. Hehe~ Tapi mak aku pun garu2 kepala dengan aku. Tapi aku tahu aku lebih gunakan kreativiti sebenarnya, sebab aku lebih suka buat kerja seni dan muzik. Dalam waktu yang sama, aku suka mengumpul fakta dimana ianya berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku pada sesuatu ditambah dengan pengetahuan yang aku kumpul. Ah~ susah nya nak faham. Kena jumpa pakar otak tu balik lah. Haha~

Macam mana nak tahu kita guna otak mana? Okay, mula2 buat tangan macam ni;

Genggamkan secara selesa. Dah? Okay, sekarang lihat jika ibu jari kanan di atas bermaksud anda menggunakan otak kiri, manakala jika ibu jari kiri yang di atas bermakna anda menggunakan otak kanan. Fahamkan?

Aku tak lah tahu kesahihannya sangat, mak aku kata ni ada kena mengena dengan bahagian otak yang utama kita gunakan. Ah~ apa2 je la. Aku belum faham. Haha~ Ada satu lagi cara nak tengok kita guna otak yang mana. Hehe~

Mula2 dapatkan satu kertas dan lubangkan di tengah2. Lihat satu obejek jauh dengan kedua2 belah mata anda menerusi lubang di kertas tu.


Kekalkan kedudukan begitu dan cuba tutup salah satu mata. Dan cuba kedua2nya tanpa menggerakkan kedudukan kertas. Jika anda buat dengan betul, sebelah mata anda boleh nampak dan sebelah lagi tak dapat lihat objek menerusi lubang. Jika mata kiri boleh nampak objek menerusi lubang maknanya anda memfokuskan gunakan otak kanan, manakala jika mata kanan yang dapat lihat menerusi lubang adalah anda menfokuskan gunakan otak kiri. Hehe~

Selamat mencuba. (Ini mak aku yang ajar, mana dia belajar pun aku tak tahu.)

4 ulasan:

fatten berkata...

gud info...

azwa_amani berkata...

owhhh amani otak kanan....hehehe..memn pun xde kreativt langsung..hehehe

Nur berkata...

wah..menarik..

Nur berkata...

wah..menarik..