Hari ini kan hari Jumaat, sebagai orang lelaki adalah menjadi satu kewajiban untuk dia mengerjakan solat Jumaat. Wah~ Ada gaya ustaz tak aku tulis? Hehe~ Aku sebenarnya nak cakap tentang khutbah Jumaat di masjid tadi. Tajuk harini adalah berkenaan gejala sosial. Kan dah nak tahun baru ni? Sah2 lah ada event and party mana2 yang kononnya nak sambut tahun baru. Tapi perkara macam ni akan mendatangkan gejala sosial seperti pergaulan bebas, dan juga akan melibatkan seks bebas juga.
Tadi dalam khutbah dia tegaskan lebih pada tentang seks bebas ni. Sebab ikut statistik 2005 hingga 2009, mencecah seramai 74 ribu lebih orang anak luar nikah didaftarkan di Malaysia. Lihat lah jumlah tu! Gila ramai kan?! Astaghfirullah~ Maksudnya perkara ni dah berleluasa. Adoi lah! Ni bukan dikhususkan kepada golongan muda, yang tua pun sama je.
Kalau lah lagu “Bila Berpacaran” tu di ambil sebagai panduan pun dah kira cukup dah. Aku tak kata lagu tu perfect kan, cuma memang jika kita duduk dekat2, pegang2 (tangan pun), dalam gelap lagi lah, nafsu tu akan berleluasa lah. Syaitan tak payah nak hasut pun, nafsu tu yang gerak dulu. Ish3~ Kalau tak tahan sangat apa lah salahnya kahwin je? Kenapa…? Muda lagi? Kenapa zaman dulu masa nenek2 kita boleh pula kahwin umur belasan tahun? Dalam Hadith pun ada nyatakan supaya kahwinkan anak muda yang dah cukup syaratnya. Aku tak nak lah sebut tentang dalil2, sebab aku tak arif sangat. Ni pun aku sampaikan ikut yang aku dengar dari khutbah tadi.
Ustaz aku dulu pun pernah berkata, apa masalahnya kahwin muda? Apa yang susahnya? Duit? Boleh cari. Anak? Siapa suruh dapatkan zuriat dulu? Dan banyak lagi alasan yang kami berikan pada ustaz dia boleh sangkal sebab dia kata memang tak ada masalah untuk berkahwin muda. Takut isu penceraian pula berleluasa? Itu dah kira topik lain, tak apa lagi dari anak luar nikah, seks bebas dan segala macam lagi maksiat. Semua perkara ni sebenarnya diganggu oleh pemikiran kita yang dah kurang Islamic. Betul tak? Banyak budaya barat yang tidak berteraskan Islam telah menguasai hidup masyarakat kita. Mana ntah Islamnya kehidupan kita ni? Solat? Cukup dan sah kah? Bertudung? Ikut landasan yang ditetapkan kah? Menutup aurat? Apa sebenarnya aurat?
Ish~ Aku ni bukan lah sempurna untuk menasihati orang, tapi aku adalah hamba-Nya. Ingat mengingati tu penting. Manusia kan makhluk alpa. Kita tak akan sesempurna Rasullullah S.A.W.. Aku tulis entry ni saja nak sama2 dengan rakan2 lain, muhasabah diri bersama. Agaknya kalau kita terus macam ni; cium bau syurga tak? Wallahu ‘alam~
1 ulasan:
setuju..yang jadi mangsa bayi2 yang dibuang..pernah buat assignment pasal seks bebas nie..kalau baca sal fakta dan statistik mmg uish...teruk malaysia kita skang..
Catat Ulasan