Telur Goreng Masak Rangup

Dengan bakat aku yang serta berbekalkan perut yang berkeroncong ni, aku cuba masak sendiri di dapur. Eh~ Jangan ingat aku hanya tahu menekan keyboard lappy aku je. Aku boleh masak ye. Tak hebat pun, boleh masak. Hehe~ Jadi harini aku nak masak apa?

Hmm~ Buka peti ais, ada macam2. Buka bahagian beku atas, ada sosej, ayam dan nugget. Agak2 apa aku nak masak? Pergi ke periuk nasi, masih ada nasi; elok lagi. Kuali dah ready, tinggal hidupkan api je. Eh~ ada telur lah. Lama tak makan telur. Haha~ Aku goreng telur je.

telor

Panaskan minyak. Lepas tu ambil telur dua biji, basuh dan pecahkan cara profesional. Sebelah tangan je. Haha~ Poyo je kan? Aku memang reti pecahkan telur sebelah tangan je. Tapi tadi nak dijadikan cerita; aku tak ketuk2 kuat dulu telur tu. Ketuk sikit je, terus nak masukkan dalam kuali. Hah! Kan dah termasuk dengan kulit2 telur sekali. Adoi~ Tu lah aku berlagak hebat lagi. Aku cuba alihkan kulit2 telur dengan sudip. Ha~ berjaya pun.

telurLepas bebrapa minit, siap pun. Aku ambil pinggan, ambil nasi dan letakkan telur goreng tu dalam pinggan. Letak kicap sikit, dah boleh di makan. Nyum~ Nyum~! Sedap weyh! Tapi… sedang sedap2 makan, tiba2 *krup, krup*! Adoi~ kulit telur tak habis buang lah tadi. Huhu~ jadi telur goreng rangup dah. Lapar punya pasal belasahan je la. Huhu~

2 ulasan:

nub berkata...

gilo weyy lapaqq..aduiiii

amar berkata...

haaa.jadila telur ranggup.haha
nape tak goreng je tadi takyah bkk kulit.haha