Memaparkan catatan dengan label Request. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Request. Papar semua catatan

1 Header untuk Messy Mama.

Sebelum memulakan bicara, aku nak mohon maaf sangat2 pada Messy Mama sebab aku tak dapat tunaikan sepenuhnya permintaan dia yang lepas. Sila lihat entry beliau yang ini. Bukan beliau je yang aku nak minta maaf, semua yang join segmen lepas aku nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan mereka. Dulu aku ada segmen Header free juga. Tapi disebabkan dulu aku ngada2 gunaka Disqus untuk ruang komen maka, apa yang ada di komen lama hilang selepas aku ntah apa aku belek2. Aku ada copy dalam lappy lama aku data2 mereka2 yang menyertai, sekali lappy aku overheat. Bahana memakai CQ40! Langsung aku tak dapat selamatkan apa2 dalam tu. Jadi maaf kan aku sangat2. Silap aku juga sebab tak follow up benda ni kan? Adoi! Serabut aku~

Tak apa lupakan kejap tu, moga yang request dulu tu memaafkan aku dan bagi tahu aku untuk repost entry dulu. Okay, Balik ke Messy Mama. Aku dah pun buatkan beliau header ni. Harap2 Messy Mama boleh memaafkan aku. Kalau Messy Mama tak berpuas hati dengan hasil kerja ini, sila bagitahu saya ye? Saya akan perbaiki. Messy Mama minta aku buatkan gambar dia jadi versi kartun. Tapi aku sangat2 tak berjaya mengkartunkan wajah dia. Maaf lah, aku bukan kaki lukis sangat. Kalau nak suruh aku lukis menjadi katun, Makan masa dan ikut inspirasi ada ke tidak. Ish~ Banyak pula alasan aku. Okay3~ "Saya minta maaf ye Messy Mama, nanti saya fikirkan sesuatu jika Messy Mama tidak berpuas hati dengan ini, saya ada back up plan,". Hehe~ Mungkin patutnya aku panggil puan kot? 



Okay tak? Saya buatkan dua, tapi tak jauh beza sangat lah pun. Cuma warna je ditukar. Messy Mama boleh minta ubah apa2 atau mana2 dulu. Tulisan ke, warna ke, gambar ke atau apa2 je. Boleh2...saya akan usahakan. Saya free je ni (untuk beberapa hari ni).

Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni. 

P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~

Header untuk minggu ini.

segmen

Ingat lagi segmen ni? Ada peserta pertama telah join segmen ni iaitu Cik Biela dari chocococoklate.blogspot.com. Dia minta header simple je dari aku dengan ada gambar dia kat header tu. Tak kisahlahkan macam mana pun yang dia minta. Aku cuba je buat.

Tak ada halangan pun jika nak minta aku buat kartun2 atau apa pun. Aku akan cuba sebab aku dah blurr tak tahu nak design apa. Dengan ada request ni boleh lah aku mengarut2 sikit dekat design anda sambil2 dapatkan idea sikit kan? Hehe~ So, macam mana header hasil kerja aku?

lama

Tu adalah header asal yang ada pada blog Cik Biela dan aku telah mengubahnya menjadi seperti…

chococoklate

Okay tak? Menurut Cik Biela kita tu, dia kata dah cantik. Fuh~ Bernasib baik. Aku risau je. Nasib lah dia kata okay. Haha~ Apa2 pun, terima kasih ye Cik Biela sebab join segmen tu. Semoga bersemangat lagi untuk berblogging. Dan anda pula, jangan tak singgah blog dia ni. Best ni!


Kepada yang nak join, peluang masih dibuka. Sebab minggu ni baru satu je. Lagi satu boleh siap untuk minggu ni. Kalau lambat, kena minggu depannya. Hehe~ Nak join, sila klik ni untuk ke entry lepas.

Segmen 1minggu 2 header by sembil9n.com

Assalamualaikum semua, terima kasih sebab bertenggek ke blog akal2 aku ni. Lama gila aku tak buat segmen untuk blog ni. Biasalah, bukan feymes pun kan untuk buat segmen2 ni. Huhu~ Ayat nak touching je lah pula. Dulu aku pernah open segmen request2 ni, tapi segmen kedua ada masalah bila aku punya lappy lama ada masalah dan hilangnya semua link orang yang request aku. Jadi aku tak dapat trace balik. Maaf ye. Aku dah keserabutan dah waktu tu. Jadi aku nak tebus balik mana yang aku tak terbuat lagi tu? Ni segmen baru aku!

segmen

Aku dah tak nak buat dah macam dulu, sakit kepala. Huhu~ So sekarang cuma 1 minggu 2 header je yang aku nak buatkan. Ada tak yang berminat? Sesiapa nak join, sila ikut syarat2nya:

  1. Sebolehnya follow D'Antara sembil9n Akal ni untuk memudahkan komunikasi.
  2. Buat satu entry untuk hebahan beserta banner di atas yang berlinkkan ke blog ini dengan tajuk yang ikut suka anda tapi mesti ada nama aku ‘sembil9n’. Ok~? Dalam entry tu nanti;ceritakan apa request design anda pada aku tu. Kalau boleh nyatakan lah sebab rasional kenapa nak aku yang design.
  3. Kalau ada benda yang nak aku lukis semula (tekap/trace); sila letakkan kedalam entry tu juga ye. Dan seperti biasa postkan link URL anda dalam ruang komen entry ni yer? Kalau tak, aku tak tahu anda berminat.
  4. Aku berhak berkata "Sorry, tak reti lah pulak..." sebab aku punya skill grafik aku belum maximum lagi. Tapi apa2 pun, aku akan cuba dahulu untuk buat. Jangan bimbang.
  5. Aku akan hantarkan design menerusi email anda jadi sila sertakan e-mail di dalam entry anda.
  6. Tarikh tutupnya adalah sehingga aku kata aku dah malas nak buat. Huhu~

Segmen ni aku buat untuk practice aku je pun. Aku dah jarang buka software Adobe aku, so aku nak lah buat sesuatu. Bolehkan? Harap tak lah bagi yang susah sangat untuk aku. Menangis nanti tapi harap bagi yang agak mencabar. Hehe~ Sebab nak practice kan? jadi kena lah yang agak mencabar. Jadi, anda berminat ke?


Untuk design mereka yang dah join, klik sini!

-LAYAN vlog NI JOM-

Kawan dalam kartun…

Apakah yang aku maksudkan dengan kawan dalam kartun? Adakah ianya berkisarkan tentang kita mengenali kawan semasa menonton kartun? Ah~ Bukan! Adakah ia mengenai persahabatan yang terpisah lama dan ada tragedi di sebalik pertemuan dan perpisahan dalam sebuah cerita kartun? Bukan! Jika semua bukan; apakah ia? Sila jelaskan~

this-is-us

Ia sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan rakan blogger di dalam dunia maya dan tak pernah berusa muka. Eh? Jadi mana kartunnya? Haha~ Apa lah skema sangat ayat2 aku ni? Rileks2 dah lah kan?  Okay, sebenarnya entry ni nak mempersembahkan artwork latest aku. Baru siap pagi tadi dalam jam 7.15 lah lebih kurang. Tapi aku tak puas hati lagi sebenarnya. Kalau ikutkan memang tak ada pun artwork aku yang aku pernah puas hati. Sebabnya macam tak cukup je. Haha~ Tapi tak apalah kalau banyak2 nanti serabut pulakan? Nak tengok?! Tutup mata semua…kira sampai 3 baru buka ye? 1…2…3…! Buka! Haha~ Still tak ada. Cuba scroll bawah2 lagi sikit ye.




























eman-n-9

Itu dia! Cantik tak? Hehe~ Sebenarnya yang depan tu je. Tapi karektor aku tu saja tambah untuk entry ni SAHAJA. Itu adalah gambar kartun untuk pemilik blog Bila Tergigit Halia iaitu @EmanTheHalia. Aku bukan buat suka2 ni, dia yang minta. Kira tanda terima kasih lah sebab selalu (juga la) promote blog aku kat blog dia. Comel kah? Ada rupa gitar bass tak? Haha~ Sorry gang, aku tak tahu alat muzik. Ni pun aku cari kat internet. Ahaks~

Aku tak tahu apa sebab dia minta aku buat benda ni. Haha~ Aku sebab tak ada kerja, aku buatkanlah. Tapi sumpah lama gila aku buat benda ni (sebenarnya tangguh2). Penat gila buat kartun macam ni. 100% Adobe Illustrator CS5. Haha~ Si Eman ni menjanjikan yang beliau akan mensupport perbelanjaan kahwin aku nanti jika aku berjaya siapkan ni (kan?). Seronok tak? Hahaha~ Aku tuntut ye Eman! So, Eman? Apa macam? Okaykah? Atau aku nak ubah sikit lagi? Aku okay je.

P/s : Aku rasa gitar tu nak patah lah, kan? Haha~

Request lah. . .

request

Ada sesiapa nak request lagi? Aku masih open penyertaan ni. Baru ada 6 penyertaan. Aku sebenarnya bukan lah nak banyak2 pun orang request, nanti aku yang penat. Huhu~ tapi risau jika aku tutup, ada pula yang nak request. Kasihan je nanti. Aku buat benda ni free pun sebenarnya nak tambahkan lagi semangat anda2 yang nak berblogging. Dari pemerhatian aku, bila blog dia cantik dan mereka suka dengan blog sendiri; ia akan membuatkan lebih semangat nak blogging. Walau kadang2 tak tahu nak tulis entry apa.

Aku rasa perkara yang agak penting dalam berblogging ni adalah pengurusan blog itu sendiri. Maksudnya widget2 di sidebar tu. Letak lah apa yang perlu. Jika terlalu banyak gambar akan menyebabkan berat blog anda tu untuk di loadkan. Letak mana perlu je. Dan lepas tu selalulah kemas kini blog ye. Bukan maksudnya tiap minggu tukar rupa, sebab kalau tiap minggu tukar rupa blog, pembaca susah nak ingat blog anda. Sebabnya blog anda tak ada identiti. Sama macam nak kenal orang lahkan, kalau hari2 kita berubah muka dan pakaian dan style, sah2 lah susah orang nak kenal. Yang kenal kita pun nanti kawan2 dekat je.

Huhu~ Ni sebenarnya tips untuk anda dan blog anda. Aku ni ni spesis silent reader juga. Aku kerap singgah blog orang2 lain walau internet aku lembab. Dan pelbagai ragam blog dah aku tengok. Yang seronok, yang kurang, yang sakit mata, macam2. Hehe~ Tapi kadang2 ada juga blogger ni nak orang singgah blog dia. Tapi entry dia amat2 sukar dibaca sebab font nya tak boleh dibaca dengan mudah. Maaf lah jika aku menegur, sebab aku nak semua blogger ni sama2 naik. Baru seronok kan?

Dia Request pada sembil9n!

FA

Jeng~jeng~ Macam mana? Okay ke tidak? Aku buat simple ikut blog dia. Siapa dia? Nama dia ikut blog adalah FA. Apa tu? Tak sempat pula aku nak tanya. Hehe~ Sila lah lihat blog dia. Rasanya dia baru je lagi. Tapi blog dia amat2 comel. Entry2 dia menarik juga. Aku selalu juga singgah.

Bagus juga aku buka request macam ni. Sebabnya aku dapat lagi beberapa kawan baru. Hehe~

FA-header2

Sesiapa nak request lagi, masih sempat. Baru ada 5 request je. Sebelum aku tutup, elok lah anda join dulu. Klik button request sebelah tu ye. Haha~ Cepat2~

Bikin blog koleksi. . .

Aku dah lama terfikir nak buat ni tapi tak tercapai dek akal ku. Hehe~ Aku fikir perlahan2 adakah betul aku nak buat apa yang aku fikirkan tu? Dan kira2 3 hari lepas aku memulakan apa yang aku fikir. Anda nampak tak button:

button-dsgn

Ia terletak di kiri blog ni. Dah pernah cuba klik ke belum? Aku yakin belum ada yang klik lagi. Jangan risau, semua button2 di blog aku ni adalah link ke blog lain kecuali button Nuffnang. Tu anda buat tak tahu jelah, nak klik alhamdulillah. Hehe~  Okay, balik ke button ‘Akal si Sembil9n’ dan seperti namanya ia bermakna akal2 aku juga tu. Sebenarnya itu adalah blog baru aku yang menempatkan koleksi design2 aku yang aku nak kongsi2 dengan kawan2 blogger aku ni. Blog tu bukan blog utama lah tapi jika anda ada berminat lah kan nak tengok design2 aku. Silalah klik.

Blog tu amat baru jadi tak ada apa sangat dalam tu. Maaf lah jika berat sikit blog tu. Sebabnya design2 tu ada yang saiz besar juga. Tapi setakat ni aku buka tak berat sangat lah. Hehe~

Terima kasih kepada rakan2 blogger aku yang menyokong karya aku yang tak seberapa ni. Aku cuba hasilkan sehabis boleh ye. Kalau nak request aku design; sila lihat link button di sidebar ni. Hehe~

Dia Request pada sembil9n!

eaty-header

Haha~ kali ni macam mana? Aku pun dah naik kematu dah fikir idea. Idea kali ni agak simple aku reka untuk si Eaty ni. Character tu ada rupa macam budak Eaty ni tak? Hehe~ Aku mula2 fikir2 juga dia ni serius ke nak aku buat header untuk dia sebab header asal dia dah cantik dah. Tapi oleh kerana dia dah pun request, aku buatkan juga.

Jadi macam mana? Okay tak? Betul ke warna pelangi macam tu? Aku penat search di google warna pelangi. Ada yang tulis 6 ada yang tulis 7. Buat aku jadi konfius je. Sampaikan aku terpaksa tanya adik2 aku. Haha~

Dia dah pun puas hati. Okay lah kan? Anda nak tukar header juga? Nak aku design ke? Nak request? Aku sekarang dah open balik dah dengan nama 'Request pada sembil9n 2'. Pergi check! Banner ada di sidebar aku.

Request pada sembil9n lagi.

Ada tak yang menanti aku buat entry ni? Aku sebenarnya belum lah siap lagi design untuk request yang lama tu, tapi aku rasa esok confirm aku boleh bereskan! Yeah~ Jadi aku lepas ni boleh lah buatkan design untuk rakan2 blogger aku yang lain yang mungkin tak sempat lagi nak request pada aku pada sesi 1 lepas. Jadi dengan ini aku merasmikan:

request

Aku pun tak tahu ada ke yang mahu request lagi pada aku? Tak kisah lah, aku open je mana lah tahu kan ada yang butuh bantuan aku. Hehe~ Seperti biasa syarat2nya adalah seperti berikut:

  1. Harap dah follow D'Antara sembil9n Akal ni untuk memudahkan komunikasi.
  2. Buat satu entry untuk hebahan beserta banner di atas yang berlinkkan ke blog ini dengan tajuk yang ikut suka anda tapi mesti ada nama aku ‘sembil9n’. Hehe~ Dalam entry tu nanti; ceritakan apa request design anda pada aku tu. Kalau boleh nyatakan lah sebab rasional kenapa nak aku yang design.
  3. Kalau ada benda yang nak aku lukis semula (tekap/trace); sila letakkan kedalam entry tu juga ye. Dan seperti biasa postkan link URL anda dalam ruang komen entry ni yer? Kalau tak, aku tak tahu anda berminat.
  4. Aku berhak berkata "Sorry, aku tak mampu lakukan..." sebab aku punya skill grafik aku belum maximum lagi. Tapi apa2 pun, aku akan cuba dahulu untuk buat. Jangan bimbang.
  5. Aku akan hantarkan design menerusi email anda jadi sila sertakan e-mail di dalam entry anda.
  6. Tarikh tutupnya adalah sehingga aku postkan entry: Aku dah keletihan! Haha~ Bila aku akan post? Aku tak pasti lagi.

Ha~ kali ni aku highlight kan apa yang di minta oleh aku. Haha~ Aku minta seperti itu sebab di sesi yang lepas ramai yang request tapi tak berapa nak jelas gambaran yang anda minat. Aku yang design ni risau je yang request tu tak suka. Yela, anda penat2 tunggu, last2 hasil tak best. Tak nak lah macam tu kan, so kalau boleh terangkan dengan jelas, dan nyata. Hehe~

Anda minta lah design apa2 pun yang anda suka pada aku tapi tiada unsur FLASH ye~ Aku tak reti lagi buat guna flash. Huhu~ Sedih tak? Alahai~ Bersyukur je lah ye, sebab aku buat semua ni PERCUMA! Terimalah aku apa adanya. Hehe~ Satu lagi, aku buat untuk semua yang request, cepat lambat tu maaf lah ye. Aku kadang2 kering gila idea, dan kadang2 ada gangguan2 lain yang tak menyempat nak buat. Harap anda bersabar menanti ye. Hehe~

SELAMAT ME’REQUEST’ PADA AKU~!

Dia Request pada sembil9n!

Hari yang memenatkan, tapi okaylah sebab bersama family kan. Sebelum aku nak rehat dan lelapkan mata, aku check e-mail aku. Ha~ Cik Haziqah dah pun reply. Oh, dia ni yang peserta request aku. Dia minta buat Header seperti yang lain. Lama juga aku kerah idea untuk dia ni sebab blog dia bertajuk “Serabut”. Memang buat aku serabut je. Haha~

Tapi alhamdulillah, dengan kerahan setiap sel kreatif otak aku akhirnya dapat juga keluarkan idea. Try2 font itu ini dan sketch sikit2 untuk karekter. Final nya:

akuserabut-header

Aku belum tahu reaksi sebenar dia lagi, cuma dia nampak gembira je. Aku rasa okay kot? Anda rasa macam mana?

Dalam keserabutan dan keletihan, aku sedang2 mencuba2 buat satu wallpaper desktop sendiri. Tapi aku test je ni.

aaaaaa

Ni lah wallpaper aku sekarang. Tapi aku suka tukar2 wallpaper desktop aku. Hehe~ Bergantung pada tahap mata aku ni.

Request lagi?

Ingat lagi segmen yang aku buat baru2 ni? Memang dapat sambutan sangat2 lah. Segmen apa? Segmen “Request pada sembil9n” tu. Memang tak menang tangan melayan. Aku terpaksa cepat2 tutup segmen tu sebab risau aku tak terlayan mereka2 ni. Maaf lah ye.

Disebabkan segmen tu, traffic aku meningkat. Wah! Terima kasih kerana menyinggah. Hehe~ Memang jelas blogger gemar benda free, lagi2 design free.

Aku ada lagi 2 header nak kena siapkan dan aku bercadang untuk membuka request lagi lepas ni. Bila? Tunggu siap design2 header tu nanti dan bila aku rasa aman sikit. Hehe~ Ada ke yang menanti ni?

asadsda

Sama2 lah kita nantikan nya ye~