Wah! sembil9n di Google!



Haha~ aku buat kerja gila tengah2 malam buta ni. Apa aku buat? Aku search 'sembil9n' di Google dan hasilnya ada 1 bukan dari aku dan kebanyakannya adalah aku. Wah! gempak gila. Kira feymes juga aku ni? Lagi2 bila gunakan nama 'sembil9n'. Nama unik ini berbaloi digunakan rupanya. Tapi aku bukan artis orang nak search nama tu kan? Hehe~


Ada tak sesiapa yang tertanya kenapa 'sembil9n'? Kenapa bukan number2 lain? Ha~ aku rasa untuk mengisi ruang entry ini, aku cerita lah apa yang boleh.

Nama sembil9n ni asalnya bukan sembilan tapi Nine. Memang orang akan panggil aku Nine pun bukan sembilan. Haha~ Masa tingkatan 5 nama Nine ni mula di gunakan aku dan kawan2 aku. Tapi kawan2 sekolah aku tak panggil aku Nine, nama Nine ni hanya dipanggil oleh rakan2 zaman kampus je. Aku guna nama tu sebab aku ni student art grafik yang memerlukan nama komersial yang best dan unik untuk orang ingat. Tu kehendak aku je sebenarnya, tak perlu pun tak apa. Lepas beberapa semester, aku mula ubah menjadi sembil9n. Kenapa aku eja dengan tukar huruf 'A' dengan '9' adalah sebab nama internet aku dulu asalnya nine_ant yang bersamaan 9n. Nampak tak? Haha~ Susah nak jelaskan. Selain benda 9n tu, sebabnya adalah identiti aku sebagai Nine, sebab tu lah 9 tu ada di situ. Hehe~

Oh~ kenapa number sembil9n bukan number lain? Aku tak jawab lagi rupanya. Hehe~ dalam lingkungan number, ada number 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9. Aku tak nak number 1 kerana aku tak nak sentiasa di depan menjadi pemimpin sebab aku tahu ada yang lebih layak lagi dari aku. Aku tak mahu number 0 yang orang akan lihat aku sebagai nothing dan hakikatnya memang nothing, tak mahu! Dan aku tak mahu number2 lain yang berbagai2 tu. Aku nak jadi number sembilan seperti mana sifatnya memang sembilan. Sembilan adalah number paling besar dalam keluarga dan sentiasa diperlukan untuk setiap number maju ke keluarga seterusnya. Tampa number 9 ni, number lain tak akan maju kan, dan disebabkan 9 ianya jadi tak akan berakhir. Yelah, mana ada number paling besar dan terakhir tak wujud kerana kehadiran 9. Maksudnya aku nak jadi sesorang yang hadir memajukan bersama2 orang lain maju dan seiring. Pembangkitan orang lain tak kan berhenti selagi hadirnya aku seperti number 9 tu. Paham ke anda ni?

Haha~ falsafah yang pening. Tapi tulah pegangan aku dan falsafah nama aku!

3 ulasan:

Ainismaira berkata...

sukenye dia..tahniah2.. hehe

azwa amani berkata...

9 its yours...suke dengan falsafah tu..bgus ade pegangan sendri

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

sejarah sembilan..bersama falsafah sendiri..

bagus, moga terus maju ok!