Kenangan Dulu.

Akhirnya, setelah hampir satu minggu juga aku tak menyentuh blog aku. Berhabuk sikit dah ye? Mesti anda terbatuk2 bila singgah ke blog aku ni. Hehe~ Maaf lah, seperti yang aku kata kan pada entry sebelum ni. Aku tak sihat. Aku kena demam 4hari, dan antara demam biasa yang paling lama aku hadapi. Aku ni jarang dapat sakit2 seperti demam ni, kalau setakat seleseme dan batuk tu biasa lah sebebnya kena habuk je nanti aku jadi selesema lepas tu batuk lah. Ah! Tak kisah lah kan? Aku dah kira okay dah hari ni walau macam pusing2 sikit kepala ni.

Dalam entry ni aku nak imbau kenangan aku zaman muda2 dulu. Haha~ macam lah tua sangat aku ni kan? Dulu masa kecik2 aku suka tengok kartun. Sampai dah besar ni pun aku suka tengok kartun juga. Tapi kartun dulu dengan sekarang tak sama.



Satu cerita ni aku suka gila, tajuknya Tomatoman. Ingat lagi tak? Aku pun tak ingat sangat cerita ni macam mana. Tapi nama Tomatoman tu macam catchykan? Buatkan aku teringat je. Haha~ Tomatoman ni superhero rasanya di kampung dia lah. Dia nak terbang dengan memusingkan daun hijau atas kepala dia tu. Hehe~ comel2.

Banyak lagi cerita zaman aku kecik2 yang aku suka tengok. Bila dah besar dah kurang sikit dah. Tapi masih juga tengok. Anda tengok cerita kartun apa ye zaman dulu2?

2 ulasan:

aniji berkata...

heheh suka tgok zaman kecik2 duluu

aniji berkata...

heheh suka tgok zaman kecik2 duluu