Ah! Tipu la sesiapa antara anda ni tak pernah menyanyi. Di rumah, dalam bilik masa tiada orang sambil mendengar lagu kegemaran mesti ada juga menyanyi2 perlahan kan? Tapi ada juga antara anda yang suka pergi tempat karaoke kan? Tak kira lah yang bayar RM1 satu lagu atau yang pakej besar punya siap makan. Aku pun suka juga pergi tapi lama dah tak pergi, sebab tak ada teman. Dulu masa lepas sekolah pergi dengan kawan untuk lepas geram. Paling dasyat aku pernah pergi berdua dengan member kamcing aku, main 30 lagu. Kami berdua bantai semua 30 nyanyi sama2. Keluar2 je suara dah tak ada. Haha~ Dari serendah2 lagu punya key sampai yang tahap Amy Search naik lagi ke Ning Baizura. Wah kan?
Perkara ni dah jadi fenomena juga dalam negara kita dan sebenarnya di seluruh dunia dah pun merebak. Tapi semua ni bermula di negara matahari terbit iaitu Jepun. Eh~ mesin karaoke asalnya bukan situ, tapi Box2 karaoke tu yang Jepun mulakan. Dulu set karaoke di rumah je dan tak lah semua ada. Sekarang semua orang boleh karaoke. Pusat karaoke pun dah bersepah.
Bagi aku benda ni tujuannya bagus dan amat2 berguna. Yelah, yang tertekan dengan apa2 masalah seperti di tempat kerja, sekolah, kolej, rumah atau mana2 boleh lepaskan tekanan di pusat karaoke dengan menyanyi dalam tu. Tapi ada juga pihak2 tertentu salah guna dan jadikannya pusat buat kerja2 tak berfaedah. Adoi~ Apa lah. Nak nyanyi2 lah, nak buat 'projek' pergi lah masuk bilik lain. Cemar je. Huhu~
Jadi siapa yang duduk area dekat2 dengan area Banting, dan boleh jumpa aku. Jom pergi karaoke! Aku lama tak melalak karaoke lah. Hehe~
8 ulasan:
karaoke jamban memang terbaek.. haha
weh afnan.. jom karok same !
aq suke pggl ko afnan..
sbb name ankbuah aq..BHAHAHAHA
HHAHA RAJIN G KAROK KE WEH
Pqa: panggil la ape pun...tu tetap name aku....kalau nme tak elok..ye aku sekeh ko...
neon: ko xske karok ke???
bila bila? joooom weh! hahaha
bila bila? joooom weh! hahaha
weh afnan.. jom karok same !
aq suke pggl ko afnan..
sbb name ankbuah aq..BHAHAHAHA
karaoke jamban memang terbaek.. haha
Catat Ulasan