Aweks dan Bibir Muncung?


Aha~ apa kaitan tajuk entry itu? Jangan nak tipu lah kalau anda tak memahami maksud aku tu. Itu satu fenomena biasa kan? Mana2 anda pergi dalam laman sesawang ni, di hand-phone dan kadang2 majalah mesti ada lah gambar Aweks dan muncung2nya. Eh~ bukan kemurungan lah~ itu kes lain. Tapi apa yang aku cerita ni adalah kes fenomena bergambar dan bermuncung untuk awek2. Jarang lah aku tengok lelaki buat. Kalau ada sumpah dia 'aww~' dan buruk!

Aku nak kupas isu ni sebenarnya adalah menjawab sikit persoalan dari blog rakan kita ni, marhaenkacak.blogspot.com dan entry dia yang bertajuk Kenapa Aweks Suka Berposing Muncung?????. Aku nak jawab persolan dia tapi aku rasa aku nak tulis panjang, jadi aku buat lah satu entry. Hehe~ Tambahan aku dah pernah tanya beberapa kawan2 aku dan junior2 aku sebab musabab. Kadang2 jawapan mereka masih membuat aku sangsi. Tapi aku still lagi selidik dan buat pemerhatian.

Ada sekali tu, aku terjumpa lah dalam internet tentang tekni photography. Dan ada juga rupanya orang kategorikan gambar dari handphone tu sebagai satu teknik photography. Maksud aku gambar yang anda suka tangkap dari atas lepas tu anda pandang senget sikit, atau jeling ke arah kamera. Pelbagai lah gaya anda tu. Zaman tok kadok dulu tak ada teknik tu. Mana taknya, kamera sekarang makin kecil dan ringan. Kalau zaman dulu kan besar, nak angkat pun tak larat. Haha~

Apa kelebihan ambil gambar macam tu? Kelebihan nya adalah ia akan menampakkan orang tu lebih, kurus, adorable (comel lah kot), round eyes, dan ada lah beberapa aku tak berapa ingat lah. Tapi semua ni akan bermula dengan try and error. Sebab muka orang tak sama. Setiap wajah dan diri manusia ada satu titik pandangan yang akan menampakkan dirinya cantik. Betul aku tak tipu.

Apa kena dengan muncung pula? Kenapa buat muncung? Teknik muncung ni pula muncul bila laman sosial ni kian popular. Ada juga yang yang panggil teknik ni "Look-at-my-Lips". Haha~ Ia ada kena mengena juga dengan teknik photography tu. Kadang2 gambar tu nampak bosan je, walau di ambil dari atas tu. Jadi bila ditambah dengan lips tu adalah titik pandangan dalam gambar tu. Faham ke anda ni? Haha~ Macam susah je kan?

Okay aku lurus ke punca je lah ye, gambar muncung ni di mulakan oleh ahli2 di laman sosial sebagai gambar profil mereka. Mereka dapati, mereka lebih ramai pengikut bila ada gambar2 cute. Beza gambar bermuncung dan biasa adalah, bila gambar biasa si pentengok ni akan mengkategorikan mereka sebagai orang yang bosan dan tak akan berkawan dengannya. Manakala bila gambar muncung2 ni, mereka akan rasa "Oh, budak ini nakal2 dan gila2. Boleh jadi kawan." Lebih kurang begitu. Bagi yang tak tayang dan hanya letak sebagai wallpaper handphone je, aku rasa sebagai self-motivate. Untuk yakinkan diri "Ye, aku juga cute,".

Aku tak lah pasti sangat semua ni betul, ada setengah2 yang aku tulis ni datang dari kawan2 aku juga. Maaf kalau ada salah kata. Hehe~ aku cuba menerangkan tapi macam susah pula. Ni akal aku, cuba lah fahami. Kenapa muncung, ye? Haha~

9 ulasan:

Bella ♥ berkata...

NANTI AKU PUN NAK TRY SENYUM MUNCUNG MUNCUNG LAH. HEHEHE

mushee murtadza berkata...

Kau lekaki kau apa tahu. hahaa apa kata kau buat muncung juga Af :)

azwa amani berkata...

hehehhe..budak buat kiut, kalau org dewasa uat....adeyyyyyyyy..xkuase i...

Mr. N berkata...

mushee: aku buek??? ko giler? sumpah hodoh! hahaahah

amani: tp si dia buat kiut jer~ :P

zaie zainal berkata...

aku suka muncung2 ni haha

Miera Hassan berkata...

wah..betul ke..slama ni tak tao pun mende ni..look at my lips...!!!ahaks...

cik miera berkata...

wah..betul ke..slama ni tak tao pun mende ni..look at my lips...!!!ahaks...

azwa_amani berkata...

hehehhe..budak buat kiut, kalau org dewasa uat....adeyyyyyyyy..xkuase i...

Bella ♥ berkata...

NANTI AKU PUN NAK TRY SENYUM MUNCUNG MUNCUNG LAH. HEHEHE