(Website) Website seorang designer.

Sebelum apa2 cuba kau open Google kejap. Aku tak boleh buka lah. Klik pada link tu mudah. Ke aku yang salah taip tak tahu lah. Nanti di hujung entry bagitahu aku apa silap aku ye?

Anda tahu ke apa kerja2 seorang tukang design web? Pernah tak anda terfikir tentang tu? Sepanjang 21 tahun aku hidup ni, aku ni amat2 nak banyak benda. Aku rasa aku ni dilahirkan curious. Jadi dari kecil lagi aku suka tanya banyak benda. Sekarang ni aku tertanya2 apa pekerjaan ni buat, apa pekerjaan tu buat dan macam2.

Oleh kerana aku ni bakal seorang designer, aku memang suka cari inspirasi dalam web site2 ni. Jarang nak pergi perpustakaan. Tapi tadi tengah saja2 jalan2 dalam dunia maya kawan aku bagi link. Aku pun buka. Wow! Cool gila design tu. Bukan member aku tu yang buat. Tapi designer!adad

Dah cuba tekan link? Cool kan? Cuba anda search apa2. Lagi cool. Haha~ Aku tanpa melengah masa, aku terus ke main website dia iaitu mrdoob.com. Nanti ia akan keluar macam ni.

fas

Memang nampak kosong je sebabnya anda kena klik2 yang di atas tu. Try lah satu! Sangat2 terbaik design prototype mereka. Jangan risau, tak ada yang terkejut2 keluar zombie tu. Ini memang website yang buat anda rasa seronok. Paling aku suka The Wilderness Downtown. Nak tahu apa dia? Cuba lah sendiri, tapi ia agak ambil masa, jadi harap bersabar ye.

Selain tu, tab yang aku suka juga adalah Harmony. Sebab dia boleh lukis2 yang agak stylo! Aku mengadap sekali terus sangkut. Tengok apa aku buat:

1

Haha~ Tak siap lagi. Eh~ Memang aku tak siapkan sebab aku tak nak adap lama2 nanti tak jalan kerja lain. Style kan? Boleh sketch dekat web tu je.

Kepada anda2 yang minat benda2 yang cool dalam web site. Silalah pergi ke web site tu. Itu rupanya kerja web developer.

2 ulasan:

Miera Hassan berkata...

cntik kan..haha..miera pun dh try..

Unknown berkata...

woooh..semat kott