Gambar Terbaik

Assalamualaikum, masih mengikuti perkembangan akal aku? Hehe~ Terima kasih aku ucapkan. Maaf lah jika macam agak membosankan 2-3 hari ni. Seperti yang aku katakan, aku dalam keadaan keserabutan dengan kerja2 yang tak settle. Tapi jangan risau, dah ada back up plan untuk blog ni. Haha~

Ok lah, terus ke topik yang aku nak sampaikan. Lepas dari kelas aku semalam, aku buka Facebook je ada beberapa Nottification. Dari Cik Enna! Ouh~ Dia minta aku sertai kontest lah. Contest mengenai gambar2 ni yang dianjurkan oleh blogger baru! Yeah~

Tu dia Cik Fatimah kita ni. Jangan tanya aku berapa umur dia, aku tak tahu. Tapi rasa macam muda lagi. Kurang2 muda dari aku. Hehe~ Ouh…syarat pertandingan yang hanya untuk warga negara Malaysia ni adalah seperti berikut:

  1. Mestilah ada BLOG yang dapat saya melihatnya .
  2. Mestilah follow SAYA supaya  dapat info-info tertentu .
  3. Mestilah buat satu entry .
  4. TAYANGKAN gambar yang paling best dalam hidup you all . Gambar yang tak ada anda pun tak mengapa . No PAKSAAN . Maximum gambar anda adalah tiga .
  5. Send kan link anda pada imah_jpc@rocketmail.com (sertakan nama) nak hantar comment terus pun tak apa ....
  6. Tag beberapa aja orang yang anda mahu .....
  7. Tak tertinggal juga , letakkan kategori apa yang anda mahu :
      • PERFECT PICTURE
      • CANDID PICTURE
      • SMART PICTURE

Menarik juga kan? Eh~ Syarat2 tu bukan aku tulis, tu dia sendiri yang tulis. Tak adanya aku nak ber’saya2’ ni. Haha~ Jadi aku nak pertaruhkan apa? Hmm~ Aku fikir kejap.

A Perfect Picture of my family!

33655_167220149960009_100000160763079_640058_6576884_n

Aku sebenarnya nak gambar yang lain sebagai taruhan, tapi lappy aku yang lama dah mem’burn’kan semua files dalam tu! Hilang segala nostalgia, gambar2 dan macam2 dalam tu. Huhu~ Sedih gila! Hmm~ gambar si dia pun dah tak ada. (FYI : dia tengah demam waktu aku tulis entry ni)

Tapi ni antara dalam senarai yang aku suka juga. Ni di Pulau Pangkor semasa D40 aku masih boleh guna lagi. Gambar ni di ambil pada jam 6.45petang macam tulah, sebab baru je lepas naik bot.

Mana aku? Aku yang ambil gambar. Tapi sebenarnya gambar ni ada banyak versi. Yang atas ni versi tak ada aku dan adik lelaki aku yang kecil. Bawah ni, gambar versi ada aku dengan adik aku yang kecil. Hehe~ Versi lain, tak dapat diselamatkan.

33655_167220153293342_100000160763079_640059_6451792_n

Gambar ni aku copy dari Facebook aku. Aduh~ Sedihnya tak ada gambar ni lagi. Huu~

Aku tak mahu tag siapa2 sebab aku tak nak ada paksaan untuk join! Haha~

2 ulasan:

Ainna Jalil berkata...

budak yg anjurkan contest ni cute kan? geram je aku tgk dia. haha
neway good luck beb! :D

Fatimah Zahra berkata...

untuk pengetahuan anda , sy ni baru DARJAH ENAM . heheh . Sy ta biasa guna AKU and KAU . it's inapropriate to me ... i always use english when i talk to people . but , i prefer malay or BM la . it's easier for people to understand . Btw , gud luck !!!