Sofea Jane tak ada.

Ada sesiapa kenal dengan orang bernama Sofea Jane? Aku duduk mencari2 tapi tak ada pun. Kalau cari kat Google memang lah jumpa, tapi tu penyanyi Sofea Jane. Aku cari Sofea Jane yang lain. Tapi dicari2 Sofea Jane tapi still tak jumpa. Mana ntah Sofea Janenya. Cuba cari Sofea Jane kat sini:

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Haha~ Sebenarnya ianya lirik lagu Black yang lagunya bertajuk Sofea Jane. Aku tercari2 mana Sofea Jane dalam lirik lagu ni. Memang tak ada. Seperti yang aku dengar dari malam AJL tu dimana lagu ni asalnya bertajuk lain iaitu ‘Kubur’ tapi macam seram je kan? Disebabkan minat Sofea Jane, dia letak nama Sofea Jane. Haha~ Macam pelik je.

Macam2 ragam orang seni ni kan? Banyak juga hasil karya di dunia ni mengabadikan nama sesorang pada karya mereka. Itu bertujuan supaya menghargai dan agar nama tersebut tidak dilupakan. Kadang2 tajuk2 karya seperti itu adalah bersifat peribadi. Bermaksud, pencipta karya2 itu sangat2 meminati sesorang lalu mengabadikan nama tersebut.

Cuba bayangkan apabila karya itu menjadi terkenal, nama tu akan disebut2 dimana2 sahaja dan orang akan mula mencari sejarah pembuatan dan dari mana datangnya nama tu. Dari situ orang akan tahu siapa pemilik sebenar nama tu.

Wah~ Macam kalau anda hasilkan sesuatu lepas tu anda abadikan nama kekasih anda pada ciptaan tu. Sampai ke cucu cicit, jika ada lagi ciptaan anda tu. Orang akan terus ingat. Fuh~ Macam romantik je bunyinya.

Tapi, jangan lah pulak pergi ukir nama pada pokok macam ni. Pokok boleh di tebang. Tambahan lagi, kesian kat pokok tu kena toreh macam tu. Kalau anda je yang buat okay la, tapi biasanya ada je orang lain yang ikut. Huhu~

P/S : Malam tadi kat kelas koir, adak budak laki ni dipanggil ‘Baby’. Tapi boleh tarik suara nyanyi lagu Sofea Jane! Cool gila!

1 ulasan:

EmanTheHalia berkata...

entri kau makin matang ape kate ko tukar warne side bar. takdelah nampak kosong sangat.