(Info) Beg plastik itu salah!

plastic

Beg plastik tu apa? Mustahil anda tak kenal kan apa tu plastik beg. Plastik beg ni bermula di pertengahan tahun 1950-an, namun tak meluas lagi penggunaannya. Tapi pada tahun 1957 beg plastik yang sebenar telah tercipta sebagai pembalut sandwish dan seterusnya meluas sebagai pembalut makanan. Pada tahun 1970-an, Retail giants Sears dan JC Penney telah menjadi pasaraya pertama menggunakan beg plastik. Lepas 2 dekad, pasaraya di seluruh dunia mengguna semula beg plastik dan menjadikan pada 1990-an ni penggunaan beg plastik yang meluas. Sampaikan di Denmark dan Ireland mengenakan bayaran cukai untuk penggunaan plastik sebagai cara membendung penggunaannya terus berleluasa.

Ini kerana, plastik ni sangat2 sukar dileraikan partikelnya. Makan masa ribuan tahun baru terlerai partikelnya namun itu pun masih merbahaya kepada alam sekitar. Tambahan lagi, plastik ni memerlukan petroleum yang banyak untuk dihasilkan! Kan dunia sekarang ni dah pun kekerurangan bahan asli ni. Minyak naik harga lah apalah. Ni semua ada lah sikit2 kaitan dengan penggunaan plastik di dunia ni.

Beg plastik ni sering membawa bencana kepada haiwan2 sebab kebanyakannya menyangka ianya adalah makanan. Setiap tahun, beribu haiwan mati tercekik kerana menelan beg plastik. Kasihan kan? Tak pasal2 pupus pula haiwan2 tu.

Jadi macam mana nak bendung masalah ni? Okay~ anda boleh gunakan beg yang serbaguna sebagai beg yang menggantikan beg plastik. Anda bawa je sendiri dari rumah, tak perlu lah minta beg plastik. Masukkan semua barang2 yang anda beli dalam beg. Beg serbaguna tu pula tak perlu lah anda beli kat kedai (tapi kalau beli pun tak salah) sebab anda boleh buat sendiri. Gunakan kain2 perca, sambung2kan dan jadikan satu bag. Kan ke bagus macamtu. Jimat!

Selain tu, kalau tak nak guna beg serbaguna sebab anda banyak mengumpul beg plastik di rumah. Ha~ tak salah guna semula beg plastik tu. Gumpal2kan dan masuk dalam poket. Ringan dan mudah. Guna je sampai hancur. Haha~

Ha~ ni ada satu persoalan; Adakah beg kertas lebih bagus dari beg plastik? Jawapan nya berdasarkan kajian sebuah negara yang telah melaluinya adalah beg kertas tidak bagus! Kenapa? Sebab dengan beg kertas ni akan menyebabkan peningkatan penebangan pokok untuk dibuat kertas. Kertas pun tak lah tahan sangat. Kalau basah, koyak pula.

Ada beberapa cara yang diamalkan oleh beberapa negara dalam dunia ni untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Contohnya kenakan cukai seperti yang aku tulis kat atas. Selain tu, negara Jepun telah menjadikan membalut atau bungkus sendiri barang yang dibeli sebagai satu budaya mereka. Tiada plastik digunakan.

Jadi sekarang persoalan paling besar adalah; Anda macam mana?

1 ulasan:

Miera Hassan berkata...

owh yeke..ingtkan beg kertas lg baik..huhu