Anda tahu ke tidak buah apa yang semua orang nak? Kalau dulu buah ni hanya ada dalam menu masakan atau makan macam tu je, tapi sekarang ada dalam poket atau beg seseorang! Buah yang dimaksudkan adalah :
Yup~ ianya blackberry! Yum2~ Sedap juga rasa dia. Tapi sekarang seronok digunakan. Haha~ Sebab sekarang ia dah tak dikenali sebagai buah, tapi sebagai telefon bimbit yang sangat2 serba guna! Buah blackberry ni sebenarnya buah dalam keluarga Rubus iaitu sepupu sepapat bunga ros! Tengok lah daun pokok ni macam manakan. Jadi lepas ni kalau tak bagi awek bunga ros pun tak apa, bagi blackberry. (Macam gempak kan bunyi)
Sebenarnya aku agak2 mengidam juga lah nak ada Blackberry ni. Eh~ Bukan yang buah tu, tapi handphone tu. Beli? Manalah mampu. Duit pun turun naik je. Top up pun jarang2 RM30, selalu RM10 je. Huhu~ Tapi aku ni bukan kaki ikut gadget2 ni, jadi aku tak tahu sangat apa special model Blackberry ni. Tapi aku suka bentuk dia yang banyak2 button tu. Haha~
Sekarang aku pakai handphone mak aku je. Belum termampu nak beli handphone sendiri. Handphone model apa ntah aku pakai sekarang. Aku rasa model masa awal2 3G diperkenalkan kat Malaysia ni. Tak ada application2 macam Facebook atau Twitter yang macam handphone2 3G baru sekarang. Handphone flip keluaran Samsung. Dah nak hancur keypad dia aku bantai hari2. Haha~
Tapi kadang2 aku fikir bagus juga aku pakai handphone hodoh2 gini. Kalau tak ada kredit pun tak ada hal. Ni handphone mahal, kredit tak ada gila tak best. Ada setengah kawan aku bidas dengan, handphone mahal2 ni ada internet, main game, dan applikasi2 yang best tak bosan. Macam mana kalau ada emergency macam, kaki anda tersepit ke apa, handphone mahal2 yang berinternet ke apa tu tak berguna sebab tak boleh call untuk minta tolong. Tak kan semua benda nak di Tweet2 kan? Haha~
Bak kata mak ayah aku, beli ikut kemampuan. Tak mampu jangan beli, riak nanti jadinya. Makan diri nanti. Anda kena balik kepada subjek Kemahiran Hidup masa sekolah dulu ada ajar dimana perlunya kita kenal mana kehendak, mana keperluan. Jadi sebelum buat keputusan, fikirkan adakah ianya kehendak atau pun keperluan?
P/S : Barang paling mahal aku beli sendiri seumur hidup aku adalah D3 Digivice masa aku darjah 5 tapi hilang kena curi dengan siapa ntah! Bengang gila! Masa tu harga dia RM 98. Sekarang kalau jual di E – Bay boleh dapat RM 100 – RM 150!
1 ulasan:
huhu.. nak blackberry jgaak!!
Catat Ulasan