Sekali Tersembur daa. . .

Awal2 pagi aku bangun...sejuk gila lah. Aku cari2 selimut aku, tapi yang aku dapat cuma handphone aku. Bila dah terpegang handphone, aku pun tengoklah jam. Huh! Pukul 6.57pagi! Aku terus bangun. Lewat dah untuk solat subuh.

Selesai dah solat, aku mule rasekan hidung aku ....sok...sek...sok...sek....haaachuum~!  Adui, aku rase aku selseme lah. Sah2 roomate aku yang duduk katil atas bangun pagi2 tundukkan kipas dinding ke arah aku. Dah la satu hala je, no.3 pulak. Patut pun aku selsema pagi ni. Kelas pukul 8 pulak tu, sah2 gak lagi kene mandi air sejuk. Nak masak air panas dah tak sempat dah time2 camni. Kene gak lah redah mandi air sejuk. 

Brrrr~!! Sejuk gila. Aku terpaksa mengambil tuala tambahan dalam locker aku. Dan selimut aku untuk selubung dari kesejukan. Memang tak tahan! Aku pakai baju pun dalam selimut, sejuk punya hal. Selesai pakai baju, aku tak henti2 bersin dan sokseksoksek~ Aku pedulikan je, dan ambil beg laptop aku dan terus jalan ke kampus. Aku dah la takda motor, (tak reti bawak sebenarnya) jalan kaki pagi2 yang dingin dan berangin ini. Musim tengkujuh. 

Dalam kelas, rupenya ramai gak member aku yang dok sokseksoksek~ . Bagus lah, ada teman. Tak lah aku ganggu suasana kelas dengan bunyi sedut2 tu. Kelas 2jam yang bosan aku tempuhi dengan rasa hingus nak tergantung dihidung ini. Adoi, sedut2 sampai sumbat dah. Nak tak nak aku kene guna alternatif lain. Iaitu dengan bernafas guna mulut. Dah cam pergi scuba lah pulak kan. Tapi takda pilihan dari aku mati hidung sumbat hingus.

Seksaan 2jam tu habis, lega gila rasa. Niat hati nak ketandas membaiki saluran ku yang tersumbat. Tapi tak kesampaian, sebab sorang junior yang comel datang jumpa aku nak mintak tolong time tu gak. Die kate terdesak, kerja dia nak hantar time tu gak. Dia datang siap bawak laptop lagi. Nak taknak aku kena la tolong time tu, junior comel kot. Rugi2.


Wah~ perkara yang dia mintak tolong ni rumit gak. Apasal lah dia tak mintak tolong awal2. Time2 genting aku ni lah dia nak mintak tolong. Tapi sebab dia comel, okaylah aku bertahan. Bukan senang nak dapat duduk sebelah dia ni. Wangi lak tu. Boleh lah aku tunjuk sikit kehebatan aku.



Eh?! Jap wangi? Alamak aku dah lah tak boleh orang wangi2 ni. Nanti aku bersin. Hah! Hidung aku dah gatal nak bersin la pulak. Tahan punya tahan tapi wangian budak tu kuat. Gatal giler hidung. Hidung aku yang sumbat ni pun boleh kesan haruman tersebut. Ah! Tidak aku tak boleh tahan. Tak sempat aku nak bangun blah kejap. HAAAAchuuuuum~!!! Yerk~!!!!
Tersembur lendir yang tak diketahui. Melekit2. Ah! Sudah. Junior tu tengok gelak2 sambil angkat laptop dia. Adui, malu sungguh rasanya. Sumpah2 tak dapat ngurat dia ni.

Apa lah nasib~

4 ulasan:

Kak Amy berkata...

salam..

Jom join Giveaway ' The Best Entry With Sinar Raudah'

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/11/giveaway-best-entry-with-sinar-raudah.html

Miera Hassan berkata...

haha....lain kali bawak la tisu..eh, xmacho lak..ha, bawak kain lap tgn je..haha

Mr. N berkata...

ahaha...dah nak jadi...nak wat mcmne.. T__T
tp msih malu biler igt2

chentamiera berkata...

haha....lain kali bawak la tisu..eh, xmacho lak..ha, bawak kain lap tgn je..haha