Kisah Dongeng Ku

Ini merupakan kisah dongeng yang telah aku reka. Jangan risau, pendek je cerita ni. So nikmati lah cerita ini.


Di suatu kampung yang indah, ada seorang lelaki yang dinamakan Reids (bukan nama samaran) Beliau adalah lelaki yang biasa dikampung itu, seperti orang2 kampung yang lain. Segalanya biasa2 saja, tiada yang luar biasa ada padanya. Reids adalah seorang pekerja biasa yang melakukan perkara biasa seperti pekerja2 biasa yang lain. Pada setiap hujung minggu, beliau gemar berjalan ditaman yang satu2nya ada didalam kampung yang indah itu.
Di suatu petang hujung minggu musim bunga yang indah di dalam kampung yang indah, Reids ke taman seorang diri. Di taman, beliau menegur setiap orang kampung yang ada di taman tersebut. Di kampung yang indah itu, mereka saling mengenali menjadikan hubungan orang2 kampung amat rapat. Beliau berhenti disebatang pokok di tepi taman untuk beristirahat. Beliau memejamkan matanya dan menumpukan pendengarannya pada bunyi2an burung berkicau di taman yang indah itu. Lama kelamaan beliau terlelap kerana asyik mendengar nyanyian burung tersebut.

Sejam kemudian, beliau dikejutkan dengan satu bunyi yang kuat. Beliau terkejut lantas bangun dari tidurnya itu. Beliau terlihat seseorang di hadapannya. Beliau menggosok2kan matanya untuk melihat dengan jelas selepas bangun dari lenanya. Rupanya bunyi kuat itu datang dari trompet Juts, sepupu rapatnya yang datang melawat dari kampung sebelah yang juga indah. Mereka bersalaman dan saling bertanya khabar. Sambil bergelak ketawa dan bergurau senda, mereka berjalan bersama ke rumah Reids. Kebahagian berada dikampung yang indah itu membuatkan Reids, Juts dan orang kampung lain hidup dalam aman dan damai selamanya.

-Tamat.

5 ulasan:

whitecappuccino berkata...

indahnya hidup kalau macam ni..

Mr. N berkata...

indah kah??? :D

whitecappuccino berkata...

ye la dah kalau hidup aman damai sentiasa berbaik2 antara satu sama lain..:)

Mr. N berkata...

kisah dongeng mmg camtu...last2 mst happy jer...hehehe... kisah dongeng aku ni xd ppe.

sembil9n berkata...

indah kah??? :D