Ciri-ciri Wanita Idaman.

Aku pelik lah dengan beberapa orang ni, aku kadang2 rasa soalan ni kebudak2an sikit. Yela, bila ditanya kat anda jawapan anda seperti bajet bagus je kan? Haha~ biasa lah tu. Semua orang nak pasangan yang bagus2. Siapa yang tak mahukan? Kalau aku di tanya soalan macam tu pun aku akan jawab nak wanita yang hebat2 wal hal aku ni layak ke orang yang macam yang aku idamkan tu?

Bagi aku tak salah untuk manusia berangan2, tapi jangan lah lebih2. Maksud berangan aku tu ialah mengidamkan sesuatu yang hebat. Kenapa? Kadang2 ia sebagai tanda ukur pada diri kita untuk capai sesuatu tu. Tu pun kalau ke azaman lelaki tu benar2 kuat lah. Jika ia hanya sekadar kata2. Jadi ia cuma kata2.

Bagi aku lelaki tak mencari wanita yang cantik di mata semua orang, mereka cari yang cantik di matanya, dan hatinya. Tapi kalau wanita tu memang cantik, itu satu imbuhan atau bonus lah pada lelaki tu, untung dia. Untuk wanita pula jangan terlalu merendah diri apabila ada sesorang lelaki memuji kecantikan kamu tu tapi jangan pula terlalu membangga diri. Jadikan pujian mereka tu sebagai satu daya yang menambah keyakinan dalam diri. Sesetengah wanita ni, tak yakin yang diri mereka sebenarnya cantik. Bukan cantik di mata lelaki ini, mungkin di mata lelaki yang lain atau mungkin orang lain. Tapi kadang2 ada juga wanita yang terlalu bangga bila ramai lelaki memuji2. Bila satu hari pujian tu dapat pada orang lain, mula lah dia nak dengki. Ni dah biasa dah aku dengar, lebih2 lagi bila di kehidupan kampus. Haha~ masa semester 1 kawan baik. Semester 5 dah tak bertegur. Itu biasa dah. Haha~

Haha~ entry aku ni sebenarnya tak bertujuan dan bermotif. Cuma sikit2 perkara berkenaan dengan pemerhatian aku. Aku nak kata lebih2 nanti tersilap kata pula. Hehe~ aku dalam proses siapkan penulisan aku. Sedang kemas kini sikit2. Kalau ada yang menunggu, maaf ye. Harap anda sabar. Ada sehari dua lagi aku akan post kan.

1 ulasan:

azwa_amani berkata...

ermm...setuju ngn 9..selalunyer laki nak isteri yg solehah, baik, pandai masak,..tapi, soleh ke diri tu impikan yg solehah...

wanita yang baik, untuk lelaki yg baik, dan begitulah sebaliknya, jika Allah kurniakan yg sebaliknya, Allah ingin menguji keimanan, pasti diakhirat nnti, Allah beri pasanan yg baik...renung2kan dan selamat beramal..hikhik..lalalal~~~