Poco-poco?

Mesti semua tahu tentang tarian ini kan? Dan ada sesetengah dari anda yang suka tarian ini terutama kaum wanita. Tak kira lah umur anda berapa pun, pastinya anda suka/gemar tarian ni. Aku tak tahu kenapa ramai sangat yang suka tarian ni. Mungkin sebab ia mudah kot dan merak fikir ia menyihatkan badan. Haha~ apa2 gerakan tarian pun menyihatkan badan. Walau tarian ballroom. Tahu ballroom kan? Asas pergerakan tarian tu cuma melangkah seperti berjalan tapi berdua. Bagi aku memang kalau kita bergerak, ia akan mengurangkan lemak2 dan apa2 lah benda yang tak elok dalam badan ni.

Okay, balik kepada Poco-poco tadi. Majoriti anda tahu yang Poco2 bukan asal dari Malaysia kan? Tak, bukan juga Indonesia tapi sebenarnya dari Filipina. Dari yang aku baca, ia ditarikan untuk upacara gereja mereka. Sebab tu langkah nya seperti membentuk salib. Yeke? Aku tak tahu sebab aku tak pernah belajar Poco2. Aku dengar juga yang Poco2 ni haram untuk kita buat. Ish2~ betul ke? Benda ni masih belum ada jawapan yang sahih. Aku pula lupa nak tanya pada kawan Filipina aku. Tak apalah, nanti aku tanya dan aku akan bagitahu anda ye.

MJDalam entry ni sebenarnya aku bukan lah nak sentuh tentang Poco2 sangat tapi adalah tentang tarian. Malaysia ni kaya dengan tarian sebenarnya. Dan orang Melayu ni memang suka kesenian, tak kira lah menari ke apa. Aku tahu…aku belajar sejarah kesenian melayu ye~ Dan secara keselruhan aku boleh katakan orang Melayu ni kreatif. Tapi aku lebih minat nak cerita dalam konteks tarian ni.

Aku tak faham, kenapa Poco2 juga yang di praktikkan yang kononnya untuk senaman? Kan Malaysia ada tarian juga. Kalau rasa zapin itu susah, kan ada tarian joget. Kalau anda perasan la kan, sebenarnya semua orang melayu tahu tarian joget tanpa mereka sedar. Tak caya? Cuba la dalam majlis apa2 lepas tu suruh sesiapa menari sikit2 la kan, pastinya gerakan yang dia buat adalah gerak asas tarian joget iaitu melangkah kedepan dan kebelakang. Tapi dalam tarian joget bukan tu je langkahnya. Ada banyak lagi langkah yang boleh jadi satu siri yang lebih hebat dari tarian Poco2 tu. Kenapa lah kan? Ish3~

Tapi adakah anda kenal ini?

jahsaj

Aku tahu tak ramai yang tahu sangat tentang ni, atau mungkin aku yang tak tahu ramai dah tahu. Haha~ apa2 pun Senam Seni ini adalah satu usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk membuat rakyat Malaysia melakukan gerakan gerak tari untuk kesihatan atau senang kata aerobik ni cara Malaysia. Dalam Senam Seni ni ada memasukkan unsur gerakan asas tarian2 di Malaysia digabungkan dan menjadi satu gerakan senaman. Aku tak tahu mana anda nak dapat CD nya tapi aku dah ada lah video Full gerakan Senam Seni ni. Menarik! Nanti kalau aku jumpa mana2 tempat boleh download, aku kongsi dengan anda semua.

Haha~ kenapa aku semangat sangat nak kenalkan perkara2 tarian ni? Sebab aku memang minat seni tari ni. Dan aku sekadar nak kongsi dengan anda je. Hehe~ anda tak berminat tu terpulanglah. Tapi kalau nak belajar tari, mari la jumpa aku. Aku ajar, haha~

3 ulasan:

iyou berkata...

betul! betul! betul! iyou x suka poco2.. ayu lagi suka senam seni... lagi best layan tarian melayu.. ada feel gadis melayu terakhir! hehehehe

azwa amani berkata...

langsung x pandai menari...tapi amek kelas aerobik kat u...huhuhu...

iyou berkata...

betul! betul! betul! iyou x suka poco2.. ayu lagi suka senam seni... lagi best layan tarian melayu.. ada feel gadis melayu terakhir! hehehehe