Banana Stories #7 Challenge : Impak untuk aku!

Semalam aku dah tulis beberapa entry berdasarkan cabaran Cik Enna Banana. Ingat lagi ke entry tu? Ke anda belum baca? Kalau belum baca klik sini. Cabaran kali ni, Enna dah catit kan dalam jadual tu dan dia minta..."Gambar seseorang yang memberi impak yang besar kepada aku,". Haha~ gila susah cabaran kali ni. Aku harap sangat cabaran ni tak ada. Tapi disebabkan aku dah mulakan cabaran ni, jadi aku kena jugalah teruskan. Jadi...bissmillah~

Seseorang yang amat memberi impak besar dalam hidup aku adalah si dia. Siapa si dia? Aku selalu cerita dalam entry aku tentang si dia kan? Ha~ jadi nampak tak impak yang dia bagi. Haha~sasau juga aku dibuatnya. Apa makwa? Tak lah...kami kawan je sekarang ni. Soalan lain? Hehe~ sorry aku tak ada komen.

Kenapa si dia ni bagi impak besar dalam hidup aku? Banyak juga sebabnya dan banyak juga yang aku tak dapat nak jelaskan dengan perkataan apa lagi kata2. Selepas pelbagai peristiwa yang kami tempuh bersama, dan sekarang kami cuma mengambil tahu hal antara satu sama lain. Keputusan dia banyak membuatkan aku belajar pelbagai perkara. Walaupun perit nak tempuh sendiri, tapi jika tumpuan aku betul, arah aku betul. Segalanya mungkin. Kan?

Anda faham ke apa yang aku tulis ni? Maaflah, aku tulis agak tersirat lah. Maklumlah, muka je tak handsome, dalam hati dah bertaman2 dah siap ada kedai bunga lagi. Pemetiknya je belum ada. Haha~ maaf pada anda juga sebab aku blur kan gambar tu. Itu untuk langkah2 keselamatan je. Maklumlah, takut ada orang cemburu atau mungkin aku akan di maki oleh si dia. Hehe~ maaf ye.

Anda renungkanlah, apa agaknya yang memberi impak dalam diri anda. Kadang2 kita tak sedar akan kehadirannya dan kehadirannya tak semestinya berkaitan cinta. Mungkin dari persahabatan, persaudaraan atau mungkin sekadar kenalan. Ada kemungkinan sesorang yang memberi impak itu cuma dikalangan orang yang berjalan melintasi rumah anda dan inspirasi datang kepada anda. Munkin kan...siapa tahu?

3 ulasan:

azwa_amani berkata...

alololo 9..good luck tuk kamu berdua yerr...nam-ak cun jer si dia tuu

Enna Banana berkata...

awwww..enna doakan korang bahagia smp bila-bila! bukan smp anak cucu dah. kalau la kome kawin, jgn lupa jemput wokeh! nak duduk meja vvip punya :P

azwa_amani berkata...

alololo 9..good luck tuk kamu berdua yerr...nam-ak cun jer si dia tuu