Woosh~ itu bunyi air terjun.

Disebabkan ini hari2 akhir aku ada di kampus, aku nak imbau2 sikit sambil2 baring gigit kuku. Tapi sebab imbau2an yang lalu membuat aku rase sedih. Aku pun stop kan imbauan dan sambung blogJogging aku. Hee~ Kenapa blogJogging? Sebab aku buka banyak2 tab dalam satu masa dan lain2 blog. Habis baca entry ni, aku baca entry dia ni. Tapi pada anda2, maaf ye kadang2 terlupa nak tinggalkan jejak. Dan kepada anda yang datang ke blog ini, dan tak nampak ShoutMix. Ada kat tepi tu, pada kanan screen anda. Hehe~ Aku akan tukar warna dia kepada warna lebih garang lagi, bagi orang nampak. 

Sedang aku berblogJogging tadi, aku terbuka cik Afiefah punya blog dan terjah lah, entry2 beliau. Dan terlihat gambar2 dia dengan family mandi air terjun. Jadi aku pun terimbau lah, aku pergi ekspedisi air terjun. Dekat mana? Jerangkang, Pahang. Tahu ke? Tak ramai sangat orang datang sini sebab jauh kedalam hutan nak pergi.

Aku pergi untuk kelab rekreasi yang aku sertai. Kelab tu dipanggil RELEX atau maknanya Recreation, Leisure and Expedition. Tu idea kawan aku lah tu, aku tukang buat logo je. Ni pengalaman pertama aku berkamping sebenarnya. Sebelum ni aku tak pernah lagi berkamping2 ni. Bukan ape, aku tak berkesemaptan dan duit pun tak ada. Yang ini, tiba2 ada duit...aku join lah. Sementara aku berkemampuan, and at least aku ada lah benda nak cerita pada anak2 aku nanti yang konon2 aku pernah berkamping. (padahal sekali je)

Kami bertolak petang dari Terengganu, dan sampai kat check point nak masuk hutan pukul 11malam macam tu. Nak sampai ke tapak khemah ada dalam 3-4jam lagi, naik 4x4 dan berjalan kaki. Aku masuk hutan rileks je pakai jeans. Haha~ bagi aku tak ada masalah pun. Menarik juga lah masuk hutan malam2 ni. Dengan berbekal lampu torchlight aku yang baru beli petang sebelumnya, berjalan malam. Malam tu sampai tapak khemah dalam pukul 3 pagi. Kami masak2 dulu dan tidur sekejap.

Esoknya, kami get ready untuk memulakan perjalanan ke atas. Nak tahu apa yang bestnya Jerangkang ni? Air terjun nya ada 44 tingkat (kalau tak salah nombor lah), tapi kami target nak sampai tingkat 33 je. So, kami pun redah lah. Air terjunnya memang dasyat2, cantik dan seram2. Kami lalu kat tepi2 air terjun tu. Mak aih~ takut gila dan licin! 

Ada beberapa check point, kami berhenti. Bukan apa, cuma nak pastikan ahli2 okay je. Tapi lepas checkpoint pertama, ada satu kejadian. Ish~ dasyat juga. Seorang budak perempuan (ahli kami lah) tergelincir dan jatuh kira2 ketinggian 1 tingkat bangunan lebih sikit terhempas ke permukaan batu. Tapi budak tu bernasib baik, cuma luka kat dagu je dan sikit bahagian lain, nasib baik terhempas pada bahagian lekuk batu yang menakung air. Jadi impak dia tak kuat (kot), sebab apa aku kata begitu? Sebabnya budak tu boleh lagi teruskan pendakian ke atas dengan kami, walau darah keluar tak henti dibawah dagu. Nasib baik ada medik. Ish3~ aku mampu tengok je, dan bernasib baik tak jatuh kat gaung. Sebab kawasan tu memang dah dekat sangat dengan gaung. Sikit je lagi. Ish3~ 

Bila sampai puncak. Fuh~! Lega rasanya. Tapi, aku sebenarnya tak boleh mandi air terjun. Aku ni tak boleh tahan sejuk. Aku tak tahu kenapa. Sepanjang kamping aku bersweater. Aku nak juga mandi, tapi aku tak boleh ke air. Aku tak boleh tahan, dan adalah beberapa peristiwa yang buatkan aku tak mandi air dalam. Hehe~ 

Ni lah antara gambar yang ada. Aku kongsi. Meh lah tengok2.

4 ulasan:

chentamiera berkata...

waa...suka la cara awk tulis entry camni..nampak smat.

sembil9n berkata...

:) awak susun lah... baru mudah bace... hihi

Nad berkata...

haha budak y jatuh tu macam kenal jea kan.

btw, memang rugi sape tak pernah pegi sini. BEST GILA ! CANTEK GILA ! semuanya GILA . haha :D

Nad berkata...

haha budak y jatuh tu macam kenal jea kan.

btw, memang rugi sape tak pernah pegi sini. BEST GILA ! CANTEK GILA ! semuanya GILA . haha :D