Banana Stories #6 Challenge


Ni sebenarnya cabaran dari Cik Enna Banana, tapi asyik lupa je aku nak buat. Maaf lah ye, aku tak boleh sambung internet dengan mudah. Kalau mudah, lama dah aku buat. Hehe~ Cik Enna ada letak jadual kat blog dia dan ada lah hari2 nya yang mana sesiapa yang nak ikut cabaran tu kena ikut jadual. Tapi disebabkan aku dah terlambat, aku skip terus ke nombor 6. Boleh kan cik Enna? Haha~ Nombor 6 dia punya task adalah, superhero kegemaran dan kenapa?

Mudah je tu. Aku ada satu je superhero yang bila aku tengok kuasa dia, aku rasa WOW!! Ianya adalah Jumper. Apa? Dia bukan superhero? Yeke? Haha~ aku mana tahu. Tapi bagi aku dia hero juga, sebab menyelamatkan kaum lain dan membanteras orang jahat tu. Dan dia ada awek cun. Jadi kira dia hero lah.

Aku suka gila Jumper ni sebab nya dia boleh pergi ke satu tempat lain sekejap je. Aku berharap sangat ada kuasa tu, sebab kalau aku terlambat pergi kelas senang je dah sampai. Haha~ Kalau nak pergi jalan2 pun mudah je. Tapi memang dalam movie ni jelas tunjuk yang jadi Jumper ni banyak negatifnya. Sebab tu ada watak si Paladin tu yang nak bunuh si Jumper ni.

Tapi apa2 pun, aku suka teleport2 punya kuasa ni. Aku dulu punya lah minat sampai aku buat satu video aku edit sendiri boleh teleport2. Haha~ tapi video tu dah hilang. Sedih gila! Tapi bagus juga kalau tak, malu aku kalau ada yang jumpa. Jadi apa superhero kegemaran anda?


2 ulasan:

Enna Banana berkata...

mak aih! jumper noooo..
i like it too..
tapi anta jumper ngan doremon, enna prefer doremon sebab ada pintu suka hati! hahaha
x payah nak jump jump
tapi doremon tu hero ke?? haha :P

deefaLya~ berkata...

hahahha.kelakar lak cik enna ni.hmmm.jumper, bgus gak kan. =P