Aduhai, Chong Wei. . .

badminton

Kesian kan Chong Wei terpaksa lawan Lin Dan. Bapa aku kata memang Chong Wei susah nak menang bila lawan dengan Lin Dan, ntah apa jampi yang Lin Dan bagi pada Chong Wei sampai dia seakan2 lemah bila lawan Lin Dan. Lawan orang lain boleh pula si Chong Wei tu kan? Tapi aku rasa mesti Chong Wei tertekan masa main. Yela, mana taknya…semua jerit nama Lin Dan. Lawan pula China, di negara China memang gila tertekan lah. Kalau aku pun lawan dengan tuan rumah ketar lutut beb! Tambah pula dengan presure yang Chong Wei jarang kalah kan si Lin Dan, Ish3~

Sabar je la, bersukan memang macam tu. Lagi2 wakil negara. Aku ni tak lah kaki sukan, tak ada sukan pun yang aku main. Haha~ Bola? Tak pun, aku tak berminat lah. Pernah nak jadi macam lelaki lain, tapi bila aku tengok bola je aku mesti tertidur. Hehe~ Aku lebih suka tengok dance Batte, kadang2 ada juga lah disiarkan dalam Astro. X-game pun aku suka, tapi aku belum reti main skateboard ke, in-line skate ke, apa2 lah. Haha~

Ada masalah ke lelaki tak minat bola? Salah ke aku minat tarian? Ish3~ siapa kata tarian untuk orang lembut? Aku berani cabar pemain sukan untuk belajar satu rutin tarian dan buat persembahan. Lepas tu, bandingkan mana lebih penat bersukan atau tarian? Haha~ stamina kena tinggi bila menari, dan kena fleksibel sama macam bersukan juga. Tapi yang susahnya tarian, anda kena ikut lagu dan kiraan serta langkah. Itu belum masuk yang menyanyi sekali. Hehe~ Sorry…aku bengang sikit. Sebab ada budak dalam kampus aku yang kata tarian untuk lelaki lembut je. Haih~ marah lah aku. Hmm~ apa pandangan anda?

3 ulasan:

Syazwana berkata...

1. lin dan main laju..memang dia hebat..mase second set dia kalah tu mcm dia tak lawan betol2 je

2. eh zaman sekarang ni laki pompan pon boleh menari la..tengok step up tu..hebat pe

:D

sembil9n berkata...

@syazwana
bukan kata perempuan tak boleh menari lah :D
dunia tarian ni memang wanita yang dominasi, tapi knp menari POCO2? kan banyak tarian lain boleh dipraktik kan?

efa berkata...

wuwu ak tgk gak tp2...ades game last tak menang plak..second game ja...lin dan smack laju berdesup haish...tp dpt perak jd la...