Salah siapa?

Kalau sesorang blogger itu kurang membuat entry di blog nya, hendak lah kita tidak menyatakan bahawa beliau hanya hangat2 tahi ayam. Adui, cuba anda fikir positif2 sikit. Sikit je pun jadi lah. Hehe~ Bagus aku tahu anda semua warga2 positif thinking. Mereka kadang2 tak berblogging sebab mereka ada aktivit lain yang berfaedah untuk dibuat. Eh2~ bukan aku kata buat blog ni tak berfaedah, berfaedah sebenarnya. Tapi kadang2 benda berfaedah boleh jadi tak ada faedah langsung. Macammana tu? Iya jadi tak ada faedah apabila anda tak dapat manfaat darinya.

Contohnya, cuba anda seharian di depan laptop atau PC anda berblogging tanpa membuat sebarang kerja lain dirumah tu atau berblogging sampai boleh jadikan anda hilang pekerjaan. Jadi faedah ke tu? Aku tak lah merujuk kepada blogging je, aku merujuk kepada umum sebenarnya. Semua perkara2 seharian yang kita buat boleh jadi tak berfaedah, even bersukan tu pun boleh jadi tak ada berfaedah. Faham ke maksud aku ni?

Aku sekarang tengok, lagi pada remaja2 dan orang2 muda lah kan. Susahnya nak buat perkara berfaedah dah. Merempit sana, merempit sini. Habiskan duit untuk ubah suai motor. Kalau lah tak menyusahkan orang tak apa lah, ni masalahnya berlumba atas jalan raya, lepas tu bila kemalangan, polis juga yang kutipkan daging2 yang bersepah atas jalan raya tu. Aku pun pelik, mereka hebat berlumba. Dan aku tahu mereka ada jaguh yang memang gempak lah. Kenapa mereka tak ikut perlumbaan kelas dunia? Kan ke untung? Siap ada awek cun payungkan lagi. Menang je sah2 duit dapat, tak menang pun sponsor banyak kan? Tak macam bila jadi mat rempit, sponsor datang dari kocek sendiri. Tapi satu info tentang mereka ni, saintis Jepun dan Barat kagum dengan rakyat Malaysia khususnya mat rempit ni lah. Motor kapcai je boleh lumba dengan motor polis yang CC nya lebih tinggi. Kalau lah mereka ni di bagi pendidikan lebih lagi pasal enjin lepas tu upgrade2 dengan fakta yang betul2. Aku boleh jamin lah, Malaysia boleh cipta enjin yang setanding Ferrarri...tapi mungkin enjin motor je. Haha~

Jadi anda2, agak2 ada terfikir tak yang anda ada tak buat perkara berfaedah harini? Atau semalam atau selama ni ke? Hehe~ muhasabah diri je...

5 ulasan:

Miera Hassan berkata...

hak3..gambar tu yg menarik perhatian...

cHan berkata...

smart la moto orang asli bawak tuh! hihi

Unknown berkata...

bINATANG APE YANG CHIP TUNGANG 2..

erie berkata...

bINATANG APE YANG CHIP TUNGANG 2..

cHaN berkata...

smart la moto orang asli bawak tuh! hihi