Dua hari tanpamu.

Sedih gila dia tak ada. Selama ni aku dan dia jalani hari2 dan malam2 bersama. Tapi sekarang, walau dia nampak di mata tapi dia seperti tiada apa2 lagi. Dia tak lagi boleh menemaniku, tatkala suka duka dan susah senang aku. Dulu, boleh dikatakan dia lah penyelesai masalah aku. Dia juga yang membuat aku tersenyum, sedih, dan segala emosi yang lain. Kini dia tak lagi berfungsi. Apa anda fikir ni? aku cerita tentang CQ40 aku lah. Laptop aku kan rosak. Ish~ mana aku ada awek. Buah hati je ada lah, awek tak ada. Haha~

Aku nak ucap terima kasih kepada mereka2 yang cuba untuk membantu aku menyelesaikan masalah aku. Kepada Ezal R, MrConteng, dan beberapa orang lagi lah yang memberi sokongan. Aku terasa macam orang bodoh je bila laptop aku rosak. Aku tak dapat buat kerja2 grafik aku. Adoi lah!Dulu aku ada terfikir nak jual laptop aku tu, beli baru. Tapi aku sayang gila laptop aku tu. Aku siap bagi nama lagi pada laptop aku tu. Nama dia Afina, aku tak tahu apa maknanya tapi tu lah nama dia. Isk3~ mungkin hari ini atau esok aku akan hantar dia jumpa doktor laptop kot. Adui, kopak aku! Tak apa lah, kita kena korban kepada sesuatu yang kita sayangkan? Haha~

Jadi kepada sesiapa yang ada menenmpah design tu, maaf ye. Aku terpaksa postpone sekejap. Nanti aku bagi harga special kat anda2 ye. Jangan risau, design anda akan siap juga nanti. Haha~

1 ulasan:

azwa_amani berkata...

ciannyer 9..sabar naa...