Hari2 yang ku lepas.

Anda nampak jadual minggu ni diatas? Tu la cabaran si Cik Banana tu minggu ni. Aku semua skip sebab internet yang amat2 slow. Aku benci. Haha~ Sebenarnya aku nak mengisi kebosanan aku waktu aku menulis entry ni. Jadi aku nak jawab la sikit2 cabaran yang aku dah lepaskan. Tapi yang hari Isnin tu aku tak mahu jawab sebab nya aku dah pernah tulis sikit2 dan aku ni tak pandai nak kata tentang diri aku. Anda nak kenal, add la Facebook aku. Hehe~

Yang hari selasa tu menyuruh aku menerangkan makna disebalik blok aku ni. Jadi, silalah hayati maknanya ye.
D'antara sembilan Akal, sebenarnya merujuk kepada tenciptanya diri aku sebagai lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Tu lah yang Allah SWT telah tuliskan kan? Anda pun tahu. Jadi, maksud tajuk tu tak lah merujuk pada 1 nafsu tu. Tapi merujuk kepada salah satu di antara sembilan akal tu. Aku tak ingat pula apa pula setiap akal yang ada, tapi yang aku rasa aku paling banyak guna dalam kehidupan aku sekarang adalah kreativiti dan logik. Sebab, aku suka membayangkan sesuatu maksud aku apa2. Bukan perkara yang bukan2, tapi aku ni memang orang yang fikir sesuatu dari satu sudut yang lain. Jadi susah orang nak faham aku ni. Ish3~ kesian si dia. Bila aku membayangkan, then aku berfikir mengikut segala pengetahuan aku. Haha~ tulah yang aku maksudkan dengan D'antara sembilan akal tu.
Task seterusnya dalam jadual tu suruh aku letak gambar kawan aku. Aku ni sebenarnya tak ramai kawan dan aku tak ada kawan rapat sebab orang tak faham aku. Hehe~ jadi aku biasanya seorang2 je. Tapi aku ada letak gambar aku dan kawan2 aku di entry yang lepas2. Waktu tu kami tangkap gambar ramai2 di pantai sebelum balik. Tapi ada dua kawan aku yang aku sangat 2 berterima kasih sebab sokong aku sampai sekarang adalah Rash & An. Aku berterima kasih sangat2 walau mereka sebenarnya tak lah faham aku tapi mereka sentiasa sokong aku. Terharu nya~ Ni gambar mereka aku specialkan sikit mereka ni.


Jadi, ni lah kawan yang aku cakap sentiasa menyokong aku. Terima kasih!! Haha~ Korang berdua patut bangga sebab aku pamerkan gambar korang di blog kesayangan aku. Tapi aku blur kan muka korang untuk keselamatan. Mana tahu ada yang dengki, mereka jampi ke apa gambar ni. Kesian korang. Haha~

Kepada rakan2 bloggger ku, jangan kecil hati, anda tetap kawan2 aku yang sentiasa teman aku. Haha~ ayat tak tahan. Okay, aku malas nak sambung ikut jadual Cik Enna tu. Jadi, bila dah cakap pasal kawan ni anda mesti ada kawan juga kan? Kawan yang rapat ke tak rapat ke, tak kira lah. Kalau anda rasa tak ada. Cuba anda fikir balik. Ada ke tak sebenarnya, atau anda yang terlalu ego untuk akui anda mempunyai rakan yang anda sayang?

1 ulasan:

Ainna Jalil berkata...

tahniah! dah berjaya buat separuh! ahha
tenet umah anda mmg cam ciput, sila upgrade okay! haha

sembilan! saya suka itu! mmg betul! tapi kalau pondan mcamne pulak eh? dorg ikut laki pun ke or pompuan punya? adesss